Sunday, January 2, 2011

Isu SUK Selangor: Khalid perlu berhati-hati

Di dalam kemelut perlantikan setiausaha kerajaan negeri Selangor yang baru, Menteri Besar Tan Sri Khalid perlulah berhati-hati di dalam menangani masalah tersebut kerana Umno dan BN berkemungkinan besar akan mengapi-apikan isu ini dengan mengatakan Pakatan Rakyat menderhaka dan memberontak terhadap Sultan Selangor.

Jika sekiranya pihak istana di Selangor membiarkan diri mereka terus dipengaruhi Umno, seperti apa yang telah berlaku di negeri Perak setahun yang lalu (di mana rampasan kuasa yang dilancarkan oleh Umno mendapat perkenan Sultan Perak yang telah mengesahkan kerajaan pemberontak negeri Perak sebagai pentadbiran baru negeri tersebut), maka akan berlaku satu lagi krisis perlembagaan yang serius.

Pihak istana juga perlu sedar bahawa, mereka tidak sepatutnya membiarkan diri mereka terus dipergunakan oleh Umno dan BN bagi tujuan politik yang keji mereka. Raja-raja perlu sedar bahawa kedudukan mereka ini adalah berada di atas saluran politik dan mereka patut bertindak secara khusus dan tidak berpihak kepada Umno semata-mata.

Lantas daripada itu, Menteri Besar Selangor juga perlu berhati-hati di dalam menguruskan masalah tersebut dan beliau hendaklah mendapatkan khidmat nasihat beberapa pakar undang-undang sebelum melaksanakan tindakan yang selanjutnya.

Ampun tuanku, beribu-ribu ampun, harap patik diampun. Patik ingin memohon tuanku agar janganlah dijadikan diri tuanku sebagai alat atau hamba kepada Umno dan BN untuk diperkasa politik jijik mereka itu.

Tuanku kenalah beringat bahawa kedudukan tuanku sebenarnya adalah di atas kedudukan politik di mana tuanku perlulah bertindak mengikut budibicara dan nasihat kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat dan bukannya bersekongkol dengan Umno dan BN untuk menentang sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

Pohon patik harap diampun.

Isu SUK: Khalid dakwa KSN tak hormati fungsi MB, sabotaj Selangor

Oleh G.Manimaran

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau kesal kerana Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang didakwanya sengaja membelakangkan proses pemilihan yang telah ditetapkan bagi memilih Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

“Pemilihan Datuk Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Ketua Setiausaha Negara telah mengabaikan proses pemilihan mengikut Nota Amalan Perkhidmatan Awam yang menyatakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri perlu mendapatkan nasihat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam peringkat pusat dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Mengikut pengumuman Sidek Isnin lalu, pelantikan Khusrin berkuat kuasa hari ini dan akan mengangkat sumpah 6 Januari.

“Proses pemilihan itu memerlukan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri mengemukakan calon yang sesuai bagi mengisi jawatan berkenaan dan mendapatkan kelulusan Menteri Besar sebelum diserahkan kepada Sultan Selangor untuk diperkenan.

“Selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri memanjangkan nama calon berkenaan ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam peringkat pusat untuk proses dokumentasi pelantikan,” kata Khalid lagi.

Sehubungan itu tegas Khalid, kerajaan negeri Selangor telah mengambil langkah sewajarnya dengan membentuk sebuah jawatankuasa khas diketuai Speaker Dewan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim untuk menemu duga kesemua lapan calon yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri.

Hasilnya menurut Khalid, jawatankuasa tersebut telah memilih tiga calon terbaik berdasarkan jasa-jasa mereka selain kriteria yang diperlukan bagi mengisi jawatan strategik dan paling kanan dalam pentadbiran awam kerajaan negeri Selangor.

“Ketika mengumumkan pelantikan Datuk Khusrin, Ketua Setiausaha Negara bukan saja membelakangkan Menteri Besar, malah mengabaikan proses pemilihan calon berdasarkan kredibiliti, kemampuan dan pengalaman,” kata Menteri Besar.

Menurut Khalid lagi, tindakan Sidek bukan sahaja melanggar Perlembagaan, malah tidak bertanggungjawab dan tidak profesional.

“Malah boleh dianggap bermotifkan politik, sebagai salah satu usaha untuk mencabar kredibiliti kerajaan Pakatan Rakyat Selangor,” kata Khalid (gambar).

“Lebih merungsingkan saya, tindakan Tan Sri Mohd Sidek tersebut telah menghantar mesej yang tidak sihat iaitu kemampuan dan pengalaman bukan keutamaan dalam mempromosikan kenaikan pangkat pegawai kerajaan.

“Mesej ini sangat bahaya apatah lagi sememangnya perkhidmatan kerajaan acap kali dikritik sebagai tidak efisyen,” kata beliau lagi.

Khalid memberikan kenyataan rasmi bertulis kedua dalam seminggu ini ketika pakar perundangan dan perlembagaan berpendapat bahawa pelantikan kontroversi Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dilihat menuju krisis perlembagaan jika istiadat mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, yang dijadual akan berlangsung 6 Januari ini, diteruskan.

Pakar-pakar perlembagaan berhujah upacara Khamis depan itu sebagai “tidak sah” memandangkan perlembagaan negeri menyebut bahawa upacara seumpama itu perlu dilaksanakan di hadapan Menteri Besar bukannya Sultan Selangor.

Kerajaan negeri Selangor sebelum ini menegaskan ia mempunyai kata putus dalam menentukan calon Setiausaha Kerajaan Negeri selepas Sultan Selangor memberi perkenan kepada nama yang disyorkan Putrajaya untuk melantik Khusrin.

Khalid yang bercadang untuk menghadap Sultan Selangor Rabu lalu tetapi terpaksa menangguhkan hasrat beliau sebab baginda bercuti sehingga awal minggu depan.

Peguam veteran Karpal Singh berkata, perkembangan itu boleh membawa kepada krisis perlembagaan kerana ia tidak selari dengan perlembagaan negeri.

“Sultan perlu mendapatkan nasihat perundangan daripada penasihat undang-undang negeri sebelum majlis angkat sumpah diteruskan.

“Dalam perkara-perkara macam ini, Sultan bertindak atas nasihat Eksekutif, Tuanku tidak boleh bertindak sendirian. “Perkara yang dikhuatiri ialah jika majlis itu diadakan, ia boleh diisytihar sebagai tidak sah oleh mahkamah,” kata beliau kepada The Malaysian Insider semalam.

Dalam pada itu, pakar perlembagaan Prof A Aziz Bari juga menyifatkan majlis angkat sumpah di hadapan Sultan Selangor sebagai “amalan baru” yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Pada pengetahuan dan pengalaman saya ini kali pertama majlis angkat seumpama diadakan, walaupun saya berpendapat ia hanya satu majlis rasmi semata-mata dan tidak diperlukan,” kata beliau.

Menurut beliau, tiada peruntukan dalam perlembagaan negeri Selangor yang memerlukan pegawai-pegawai kanan negeri mengangkat sumpah di hadapan sultan.

Dalam kenyataan pertama, Khalid berkata pelantikan Khusrin, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru belum muktamad kerana beliau tidak pernah dimaklumkan mengenainya.

Isu SUK: Nizar ramal Pakatan mungkin hilang sokongan Melayu

Oleh Adib Zalkapli

Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengingatkan kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat kemungkinan berhadapan dengan risiko kehilangan populariti di kalangan orang Melayu dan akan didakwa menderhaka raja ekoran pendirian dalam isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Nizar yang kehilangan jawatan menteri besar Perak dua tahun lalu berkata, Umno akan mendakwa Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tidak menghormati peranan Sultan ekoran pendirian enggan menerima pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai ketua pegawai perkhidmatan awam negeri, yang dilaporkan telah mendapat perkenan istana.

“Disebabkan mereka mengawal media, mereka akan menggunakan isu ini untuk mendakwa Khalid menderhaka terhadap Sultan seperti yang berlaku ke atas saya di Perak. Bagi orang Melayu ini perkara serius,” kata Nizar kepada The Malaysian Insider.

“Sebab itu, mereka terus-menerus mengatakan Sultan sudah memberi perkenan kepada pelantikan,” katanya.

Nizar kehilangan jawatan menteri besar awal 2009 selepas Sultan Perak enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri ekoran tindakan tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat keluar parti.

Beliau kemudian didakwa menderhaka Sultan selepas meminta agar DUN dibubarkan bagi mengadakan pilihan raya negeri yang baru.

Nizar yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat berkata, di sebalik usaha sepatutnya untuk memperkukuhkan sokongn tradisi Pakatan Rakyat, kehadiran Khusrin akan menjejaskan lagi usaha-usaha pentadbiran kerajaan negeri.

“Ini akan menjadi sesuatu yang sukar bagi Khalid,” katanya.

“Khusrin dilihat sebagai calon terbaik untuk mencabar Menteri Besar,” kata beliau sambil menambah, Umno-BN akan menggunakan isu itu untuk melancarkan kempen terhadap Pakatan Rakyat Selangor kononnya menentang institusi diraja negeri itu.

Khusrin sebagai ketua Jabatan Agama Islam Negeri sebelum ini juga dilihat menentang pentadbiran kerajaan negeri dalam beberapa siri isu.

Pelantikan kontroversi Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dilihat menuju krisis perlembagaan jika istiadat mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, yang dijadual akan berlangsung 6 Januari ini, diteruskan.

Kerajaan negeri Selangor sebelum ini menegaskan ia mempunyai kata putus dalam menentukan calon Setiausaha Kerajaan Negeri selepas Sultan Selangor memberi perkenan kepada nama yang disyorkan Putrajaya untuk melantik Khusrin.

Khalid yang bercadang untuk menghadap Sultan Selangor Rabu lalu tetapi terpaksa menangguhkan hasrat beliau sebab baginda bercuti sehingga awal minggu depan.

Nizar juga berkata, pelantikan Khusrin juga sebahagian daripada usaha BN yang menguasai Putrajaya boleh memulakan usaha rampasan kuasa terhadap Selangor sebagaimana berlaku di Selangor.

Justeru, Nizar menasihatkan kerajaan negeri Selangor agar bersedia untuk menghadapi kemungkinan krisis berterusan di negeri itu dan memberi penjelasan pendiriannya menolak pelantikan Khusrin kepada rakyat.

“Sebagai menteri besar, beliau ada kuasa untuk menolak Khusrin daripada memasuki pejabatnya, Langkah terbaik ialah membuatkan beliau masyghul,” katanya.

“Akan ada banyak lagi kemelut (selepas ini), krisis akan berterusan tetapi sekurang-kurangnya rakyat boleh disedarkan (tentang keadaan sebenar peruntukan) dalam perlembagaan,” katanya.

Oleh itu kata beliau, pentadbiran Khalid akan memperoleh kemenangan jika menguruskan isu semasa ini dengan baik.

“Pada masa lalu tidak siapa yang tahu tentang perlembagaan Perak, tetapi sekarang setiap orang mengingatinya,” kata beliau.

Malah Nizar juga menjangkakan isu tersebut tidak akan berakhir dengan memihak kepada Khalid sebagaimana berlaku di Perak apabila beliau cuba untuk menggantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Abdul Rahman Hashim.

“Saya telah cuba dua kali,” kata beliau merujuk kepada usahanya merujuk Sultan Perak dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan untuk menggantikan Rahman tetapi tidak berhasil.

Semalam The Malaysia Insider melaporkan pakar perlembagaan Prof A. Aziz Bari berpendapat peluang terbaik yang ada pada Khalid bagi menyelesaikan kemelut pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri baru ialah dengan membawa pertikaian itu ke mahkamah.

“Undang-undang, sebagaimana termaktub, memihak Menteri Besar Khalid dan pentadbiran Pakatan Selangor,” kata beliau.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa ini memberitahu, peruntukan berkaitan sangat jelas dalam perlembagaan kerajaan negeri.

“Di bawah perlembagaan, kuasa untuk melantik anggota ‘ex-officio’ Exco termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri terletak pada Sultan,” kata Aziz.

“Tetapi baginda (Sultan) perlu mempertimbangkan nama-nama yang dipersembahkan oleh suruhanjaya perkhidmatan yang berkaitan, dan sebelum baginda melakukannya, Sultan mesti mempertimbangkan nasihat Menteri Besar,” kata beliau lagi.

Dalam kenyataan dikeluarkan pagi semalam, Khalid berkata, beliau kesal kerana Sidek yang didakwanya sengaja membelakangkan proses pemilihan yang telah ditetapkan bagi memilih Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

“Pemilihan Datuk Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Ketua Setiausaha Negara telah mengabaikan proses pemilihan mengikut Nota Amalan Perkhidmatan Awam yang menyatakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri perlu mendapatkan nasihat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam peringkat pusat dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri,” kata beliau.

Mengikut pengumuman Sidek Isnin lalu, pelantikan Khusrin berkuat kuasa semalam.

Friday, December 24, 2010

Program 100 Hari PR atasi 53 tahun BN

Oleh Muhayat Jasmin

Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Pusat, Mohd Firdaus Jaafar menyifatkan reaksi mengelabah para pemimpin Barisan Nasional (BN) terhadap janji pakatan rakyat sekiranya memerintah, khususnya Program 100 Hari kerana ia akan mengatasi pencapaian BN selama 53 tahun mentadbir negara.

Kata beliau, apa yang terkandung dalam 'Buku Jingga' PR adalah sesuatu yang diluar jangkauan BN sendiri, sebaliknya bagi PR ia adalah satu aspirasi yang akan menjadi realiti sekiranya berjaya menjadi pemerintah.

"Setelah 53 tahun memerintah BN tidak mampu untuk memberi apa yang tercatat dalam Program 100 Hari PR tersebut," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Jerai.

"Misalnya, pemberian imbuhan khas pendidikan kepada para guru dan pegawai pendidikan tidak dilakukan oleh BN. Tapi PR akan lakukan, ini sudah mencabar dasar yang selama ini BN amalkan.

"Malah imbuhan ini juga akan menelan belanja sebanyak RM3.2 bilion setahun. Ia lebih baik daripada menyalahgunakankan wang dengan penyelewengan, korupsi dan pembaziran melalui projek tidak berfaedah seperti diamalkan pemerintah ketika ini," kata beliau mengulas serangan bertali arus pemimpin BN terhadap janji PR melalui saluran media.

Sebelum ini PR mengeluarkan Buku Jingga yang mengariskan rancangan jangka pendek dan jangka panjang mentadbir negara sekiranya diberi peluang mengambil alih pemerintahan dalam pilihan raya akan datang.

Buku Jingga yang merupakan dasar bersama dipersetujui parti-parti dalam PR itu dikeluarkan melalui Konvensyen Ke-2 PR di Pulau Pinang pada 19 Disember lalu.

Antara yang menjadi perhatian, Buku Jingga itu turut mengariskan sepuluh perkara yang akan dilakukan oleh PR dalam tempoh 100 hari pertama memerintah, iaitu :

Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.
Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.
Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan Menaikkan memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang.
Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.
Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.
Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannyakepada generasi kedua dan ketiga Felda.
Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20%.
Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman.
Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.
Mengulas lanjut, Firdaus berkata perancangan PR yang merangkumi pendidikan, ekonomi, pengurusan negara, merombak struktur subsidi dan menitiberatkan kesejahteraan dan kebajikan rakyat itu bukan satu pembohongan sepert dakwaan pemimpin BN.

"Kenapa BN mesti takut dengan cadangan PR sekiranya mereka benar-benar yakin bahawa rakyat sememangnya menyokong kepimpinan mereka. Apa yang jelas mereka gentar kerana Program 100 Hari tersebut mencabar kewibawaan dan kredibilit mereka," ujarnnya.

Lelaki dipukul, ditumbuk dan dirompak polis

Polis sedang menyiasat dakwaan seorang lelaki kononnya dia dipukul beberapa anggota polis di balai Dataran Sunway pada Sabtu lepas menyebabkan kedua-dua matanya lebam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat oleh Chua Buang Hing, 34, yang turut mendakwa dia ditumbuk oleh tiga anggota polis lain sebelum itu.

Chua memberitahu pemberita hari ini bahawa pada 11 malam Sabtu lepas, beberapa anggota polis yang sedang mengadakan sekatan jalan raya di Petaling Jaya Utara telah menahan keretanya kerana tidak mempamerkan cukai jalan.

“Saya telah akui kesilapan saya kerana tidak menampal cukai jalan yang baru dihidupkan dan rela disaman. Saya terkejut seorang anggota polis itu terus menyeluk poket saya yang mengandungi RM7,000 dan meminta wang saya, namun saya tidak mahu memberi dan ini membuat dia marah. Tiga daripada mereka kemudian menumbuk muka dan mata saya serta menggari saya,” katanya.

Chua, yang juga pengerusi sebuah tokong, berkata dia kemudiannya dibawa ke Balai Polis Dataran Sunway dan di situ, dia mendakwa dipukul, ditendang dan dipijak oleh tujuh anggota polis sehingga dia muntah darah, selain cedera di lengan kanan dan kiri.

“Mereka kemudian memaksa saya supaya membuat laporan polis mengaku bahawa kecederaan saya adalah akibat kemalangan jalan raya. Jika saya bersetuju, barulah mereka akan bebaskan saya,” katanya.

Chua berkata dia kemudiannya dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan sebelum dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya untuk direman dan dilepaskan pada Rabu lepas.

Kit Siang minta Selangor kaji semula larangan guna logo 1Malaysia

Oleh Yow Hong Chieh

Penasihat DAP Lim Kit Siang mahu kerajaan Selangor mengkaji semula larangan penggunaan logo 1 Malaysia pada papan iklan di negeri itu yang mana Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Pakatan Rakyat gentar dengan konsep itu.

Lim bagaimanapun mengecam tindakan Muhyiddin yang mendakwa 1 Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semakin popular.

"Kenyataan Muhyiddin ini sangat tidak munasabah kerana sebelum ini beliau tidak secara langsung menyokong 1Malaysia," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Belaiu mengatakan bahawa Muhyiddin mempunyai banyak kenyataan yang amat "memudaratkan", yang bertentangan dengan objektif 1Malaysia.

Ahli Parlimen Ipoh Barat bagaimanapun menekankan semua rakyat perlu menjadikan Malaysia sebagai keutamaan diikuti dengan bangsa, agama, geografi dan sosioekonomi.

"Bila saya mencabar semua Menteri di Parlimen pada Mac lalu mengumumkan yang mereka adalah rakyat Malaysia dulu... Muhyiddin berkata beliau adalah Melayu dulu kemudian baru Malaysia," kata Lim.

Tambah Lim, tindakan Muhyiddin mempertahnkan komen-komen bersifat perkauman Biro Tata Negara (BTN), kenyataan bekas pegawai Najib, Datuk Nasir Safar ke atas orang Cina dan India dan keputusan berdiam diri Muhyiddin dalam satu forum kerajaan di mana orang Kristian diugut agar ulangi 13 Mei apabila mahu menggunakan perkataan "Allah" adalah bukti pemimpin Umno nombor dua itu menolak 1 Malaysia.

Lim meneruskan serangan terhadap Muhyiddin dengan menyifatkan ia sebagai "percubaan berlebihan" untuk membantu media yang dikawal Umno iaitu Utusan Malaysia dan Berita Harian, yang sebelum ini menggambarkan Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai anti-Melayu dan anti-Islam, beliau mengatakan ia sudah termaktub dalam Perlembagaan dan ancaman agar menarik kewarganeraan kepada sesiapa yang mempersoalkan had subjek peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Sejak Mac, sudah ada, malah lebih banyak contoh retorik yang ekstrem bersifat perkauman dan keagamaan yang menyerang slogan 1 Malaysia.

"Slogan 1 Malaysia adalah contoh terbaik yang luas dan menambah kata-kata dan perbuatan di bawah pentadbiran Najib. Sama ada 1 Malaysia, Program Transformasi Kerajaan, Model Baru Ekonomi atau Program Transformasi Ekonomi," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Selangor Ronnie Liu dilaporkan berkata larangan penggunaan logo 1 Malaysia itu dibuat kerana ia melanggar undang-undang kecil kerajaan tempatan dan merupakan mesej politik Barisan Nasional.

"Adakah anda nampak papan iklan di Selangor menggunakan logo PKR, PAS dan DAP?

“Undang-undang kerajaan tempatan di Selangor menyatakan dengan jelas bahawa logo parti politik tidak boleh digunakan ke atas papan iklan,” kata Liu.

Beliau berkata undang-undang itu bukan baru, ia adalah strategi untuk menentang musuh politik.

Masalah hanya selesai dengan proses politik

Naib presiden PKR yang baru dilantik N Surendran berkata, melalui pengalamannya, beliau percaya masalah rakyat akan hanya dapat diselesaikan melalui proses politik untuk mengubah kaedah negara ini ditadbir.

NONE"Dan tiada keraguan pada saya bahawa PKR dan Pakatan Rakyat mampu menyelesaikan proses untuk mewujudkan keadaan yang lebih adil dan makmur di Malaysia," katanya.

Pada 18 Disember lalu, Surendran antara yang dilantik sebagai naib presiden PKR, menyertai bekas menteri kesihatan Datuk Seri Chua Jui Meng dan ketua PKR Sarawak Baru Bian.

Selain mereka, empat lagi naib presiden yang dipilih dalam pemilihan langsugn PKR adalah ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, ahli parlimen Batu Tian Chua, ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Othman.

azlanDalam kenyataan sulungnya selepas dilantik ke jawatan itu, peguam hak asasi manusia itu juga menegaskan menolak politik berpuak-puak dalam parti.

"Saya percaya, matlamat politik bukan untuk kepentingan diri sendiri sebaliknya untuk kebaikan rakyat terbanyak dan mengangkat martabat negara.

"Apa saja yang baik di hati rakyat, itulah haluan perjuangan saya," katanya.

Menurutnya, prinsip itu dipegangnya sejak daripada dahulu lagi apabila beliau sebagai pengamal undang-undang terlibat membantu kes melibatkan pelbagai bangsa seperti kematian A Kugan serta kes tembakan pada arwah Aminulrasyid Amzah dan Norizan Salleh.

"Sebagai naib presiden PKR, saya akan terus membantu rakyat Malaysia daripada pelbagai bangsa dan fahaman," katanya - Malaysiakini.

Sunday, December 5, 2010

Bagaimana hendak mengubah negara kita?

Salah satu-satunya langkah yang paling berkesan di dalam melaksanakan proses perubahan di negara kita ini adalah mengubah kerajaan pusat yang sedia ada sekarang. Caranya adalah melalui proses pengundian di dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Kenapa selama ini, sehingga kini, kita semua masih mengadu mengadu mengenai ketidakadilan kerajaan pusat di dalam beberapa isu seperti hak asasi kemanusiaan, kekejaman polis, kematian yang disebabkan oleh pihak berkuasa, pembersihan politik dengan penangkapan ahli-ahli dan tokoh-tokoh politik pembangkang, isu ketuanan dan penghambaan dan sebagainya.

Ini adalah kerana segala kesilapan tersebut mungkin disebabkan oleh ketidaktentuan diri kita sendiri selaku pengundi, sehingga kini, kita masih sering keliru dan tertipu dengan kebanyakan dakyah-dakyah yang dipelopori oleh kerajaan pusat yang dikuasai oleh Umno-BN.

Paling ketara di dalam dua siri pilihanraya kecil yang lalu, rakyat ternyata mengundi BN dan Umno dengan harapan mereka itu dapat memenuhi harapan yang telah dijanjikan. Akan tetapi, janji itu kini menjadi malapetaka yang sungguh menggerikan.

Setelah Umno-BN membelanjakan jutaan ringgit di dalam dua pilihanraya kecil tersebut, mereka itu tanpa segan silu mengambil keputusan untuk menarikbalik kesemua yang mereka telah berikan kepada rakyat melalui kenaikan harga mendadak beberapa barangan keperluan seperti minyak dan makanan.

Sudah semestinya kesemus lapisan masyarakat kita telah mula terasa dan sedar apa yang tersirat di dalam hati Umno-BN selama ini. Rakyat kita, pada kebanyakan sudah tentunya telah menyedari bahawa mereka telah ditipu dan tertipu dengan pelbagai dakyah dan dusta yang disalurkan oleh Umno-BN.

Namun demikian, menyedari kesilapan kita sekarang ini masih berharapan. Kita masih mempunyai satu lagi pilihanraya umum yang bakal diadakan.

Mari kita tunjukkan kepada golongan bangsawan Umno-BN ini bahawa kita bukan mudah diperbodohkan lagi.

Janganlah kita mudah terpadaya dengan adegan dan lakonan persamaan ketuanan melayu dengan keturunan diraja. Harap maklum kedua-dua konsep ini adalah langsung terasing dan tiada kaitan langsung dengan satu sama lain.

Ketuanan melayu itu adalah sebenarnya ketuanan Umno dan bukannya mengenai bangsa Melayu pada keseluruhannya.

Friday, September 10, 2010

Akar umbi Selangor saran Anwar, Azizah teraju PKR

Sekumpulan pemimpin akar umbi PKR yang mengelar diri mereka sebagai Majlis Muafakat Kepimpinan Keadilan Negeri Selangor (MMKKNS) mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dicalonkan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden PKR pada November ini.

Timbalan pengerusinya Abdul Kudus Omar berkata langkah itu bagi mengatasi kemelut dalam perebutan jawatan timbalan presiden yang semakin panas di antara Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim.

"Dengan ini calon-calon yang telah menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan timbalan presiden hendaklah menarik diri," kata Abdul Kudus ketika membaca kenyataan media bagi pihak pengerusi, Syed Shahir Syed Mahamud.

"Kami juga berpendirian bahawa mencalon dan memilih mereka berdua bukanlah bermakna kita mahu menyuburkan amalan nepotisme dalam parti tetapi dilakukan atas pertimbangan menjaga keharmonian dan kemantapan parti," katanya pada sidang media, di Petaling Jaya hari ini.

Dasar nepotisme

"Saya ingin tegaskan kami bukan menggalakkan dasar nepotisme dalam parti. Dalam isu ini ia bukan di antara Anwar Ibrahim dan isterinya tetapi di antara dua orang tokoh yang telah diuji.

“Cuma secara kebetulan Azizah adalah isteri kepada seorang manusia hebat bernama Anwar. Azizah pula adalah satu manusia cemerlang, telah terbukti kemampuannya memimpin sebuah parti walaupun baru dan tidak besar tetapi ia telah mencapai kejayaan yang belum ada tolok bandingnya," jelas Abdul Kudus yang juga ketua cabang Tanjung Karang.

Bagaimanapun katanya, jika saranan itu tidak diterima, majlis itu menyarankan agar status quo untuk kedua-dua jawatan tertinggi PKR dikekalkan iaitu Azizah sebagai presiden dan Syed Husin Ali sebagai timbalannya.

"Dengan cara ini kami yakin kemelut pertandingan jawatan timbalan presiden akan dapat diselesaikan.

Beliau juga berkata dakwaan bahawa kononnya Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim telah memporak-perandakan parti itu sebagai tidak benar.

"Kami tidak menyelar beliau dan tidak nampak dia memporak-perandakan parti cuma kita mahukan satu cara yang lebih teratur dan lebih terpelihara dari sudut sopan dan santun.

Bagaimanapun beliau melihat amalan pertandingan merebut jawatan dalam sebuah parti adalah sesuatu yang sihat.

"Itu hak mereka. Kita parti yang mengamalkan demokrasi sepenuhnya tetapi kami berkeyakinan mereka juga adalah tokoh-tokoh yang berpengalaman. Kami pasti mereka akan mengambil keputusan yang bakal memberi keuntungan dan faedah kepada semua pihak terutamanya parti. Kami tahu mereka mementingkan kepentingan parti, mendahulukan parti daripada diri sendiri.

Kata putus

"Ini menjadi petanda baik. 'Everybody explore their own channel' dan pasti nanti kita akan dapat satu cara yang paling baik. Kami mengharapkan inilah cara yang terbaik," ujar Abdul Kudus lagi.

Beliau juga ditanya samada cadangkan MMKKNS akan memberi kesan kepada keputusan Syed Husin terhadap jawatanya sebagai timbalan presiden.

"Kalau kita melihat dahulu Dr Syed Husin (kiri) ada memberi petanda mungkin beliau mahu berundur tetapi kebelakangan ini beliau hanya berdiam diri. Ini menunjukkan kematangannya kerana beliau mahu melihat keadaan sebelum membuat keputusan muktamad. Beliau mahu melihat di sekeliling dulu sebelum beri kata putus," kata beliau.

Abdul Kudus juga tidak melihat sebarang masalah dalam pertandingan merebut jawatan naib presiden.

"Bagi jawatan naib presiden kami rasa tidak menjadi isu besar kerana calon-calon yang menyandang dan juga yang baru adalah daripada kalangan yang berfikiran dingin, mudah diatur. Tidak ada masalah langsung dan kami yakin mereka berlapang dada apabila menawarkan diri menjadi calon," katanya.

Beliau berkata MMKKNS berpendapat usaha strategis perlu dilakukan bagi mmastikan proses pemilihan kepimpinan parti dapat dilaksanakan secara demokratik dan harmonis serta dapat memperkasa perpaduan dan kejituan parti - Agensi.

Saturday, May 29, 2010

Kegilaan yang melanda BN sekarang

Kebelakangan ini ada banyak kegilaan yang sedang melanda BN. Perkasa sebuah pertubuhan NGO yang condong ke Umno dengan kongres ekonominya yang baru selesai telah membantah pelbagai polisi baru di bawah Model Ekonomi Baru pentadbiran Najib.

Perkasa di dalam kongres ekonominya juga mendesak pentadbiran Umno di bawah Najib Razak agar terus mengamalkan dasar-dasar yang berunsurkan perkauman.

Sementara itu, di dalam MIC pula, pemberontakan di kalangan ahli-ahlinya telah mula menampakkan kesannya terhadap presiden parti Datuk Seri S.Samy Vellu. Beliau yang belum pernah mengalami tekanan sedemikian kini telah merasai bahang penentangan terhadapnya, yang paling terbaru setiausaha-agung parti Murugesan yang dianggap pengikut setianya turut mengkritik cara beliau menangani masalah tersebut.

Di dalam hal perjudian pula, adalah amat mengejutkan bahawa Umno yang selama ini memperjuangkan dasar keIslaman ke atas negara ini dengan tiba-tiba tampil ke hadapan untuk menyokong lesen perjudian bolasepak diluluskan. Apa agaknya agenda ini? Mungkinkah ramai di kalangan pemimpin Umno yang gemar bertaruh wang di dalam perlawanan bolasepak piala dunia?

Dan di dalam kegembiraan Umno menyokong perjudian tersebut, sebuah lagi parti komponen BN iaitu Gerakan tiba-tiba mengemukakan bantahannya terhadap kelulusan lesen perjudian bolasepak. Jadi apakah agaknya Umno akan berkata?

Di sebelah PPP pula, presiden partinya Datuk M.Kayveas baru-baru ini telah mengumumkan kemasukan seorang bekas calon bebas yang bernama Kamarul ke PPP dan terus melantik beliau untuk menerajui sebuah bahagian PPP di Perak. Di dalam sidang akhbar yang sama, Kayveas juga turut mengumumkan bahawa Kamarul juga dijangka akan dilantik sebagai ketua perhubungan PPP negeri Perak bagi menggantikan pemimpin negeri sekarang Datuk Lee Heng.

Thursday, May 27, 2010

Ternyata Umno terlibat nak jatuhkan Samy Vellu

Krisis dalam BN semakin kronik dan sudah tidak dapat diselamatkan lagi apabila mereka saling bercakaran sesama sendiri.

Semalam anak Samy Vellu S. Vell Paari yang kini menjadi ahli Jawatankuasa Kerja MIC (CWC) menuduh Umno melakukan ‘pembunuhan politik’ (political assassin).

Ini rentetan daripada pilihan raya kecil Hulu Selangor apabila calon tulen MIC Dato G Palanivel tersingkir gara-gara calon proksi Umno, P.Kalamanathan terpilih menjadi calon.

Kenyataan anak samy Vellu itu menyebabkan 'pejuang-pejuang' Umno melenting dengan menuduh S.Vell Pari sebagai kurang ajar dan biadab. Mereka termasuk Tan sri Muhyiddin Yassin mendesak agar Samy Vellu meminta anak kesayangannya itu mengunci mulut.

Persengketaan dalaman MIC makin 'meriah' apabila Samy Vellu melancarkan Ops Pecat mereka yang tidak sehaluan dengannya. Terbaru bekas timbalan Ketua Pemuda MIC M. Mugilan dan dua angoota CWC MIC.

Mugilan yang dipecat menubuhkan Gerakan Anti Samy (GAS). Umno menafikan mereka terlibat menaja GAS, Mugilan pun turut menafikannya.

Tetapi hari ini tak pasal-pasal tembelang Umno bersekongkol dengan GAS pecah. Menurut Mugilan satu perhimpunan besar-besaran akan diadakan Ahad ini yang dijangka melibatkan kehadiran lebih 10 ribu penyokongnya. Di mana? Di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putera. Dewan dan bangunan tersebut milik siapa? PAS, PKR atau DAP?

Mana mungkin Umno tak terlibat dalam GAS kalau tidak macam mana GAS boleh guna PWTC? Sepatutnya Umno tak boleh luluskan dewan tersebut sebagai menghormati Samy Vellu dan MIC. Tetapi dewan tersebut diluluskan juga kepada seorang yang kini dilabel sebagai pengkhianat dalam MIC. Saya tak fikir pemimpin atasan Umno tidak menyedari perkara ini.

Semua ini menjadi petunjuk bahawa BN yang diterajui oleh UMNO makin hancur apabila bertelagah sesama sendiri. Mungkin inilah istilah paling tepat perpaduan dan kerjasama erat dalam BN yang dikatakan oleh pemimpin mereka selama ini! - Harakahdaily.

Seorang lagi AJK Pusat MIC bangkang Samy Vellu

Tanpa gentar, seorang lagi ahli jawatankuasa (AJK) pusat MIC P Palaniappan tampil ke depan menghentam presiden partinya, Datuk Seri S Samy Vellu hari ini, yang bakal menyaksikan satu lagi pemecatan setelah timbalan ketua pemuda dan dua orang ahli jawatankuasa pusat menerima padah tersebut.

Kata
nya, beliau sedih dan kesal dengan tindakan Samy Vellu memecat beberapa pemimpin parti India itu sebelum ini kerana mengkritik kepimpinannya.

Dalam sidang media itu, beliau ditemani dua pemimpin MIC bahagian yang turut berkongsi pandangan yang sama iaitu Datuk S Kumar (Dusun Tua) dan M Karunanidhi (Klang).

Nampaknya pemberontakan di kalangan ahli dan pemimpin di dalam parti tersebut mula menular ke peringkat akar umbi dan dipercayai Samy Vellu dan para penyokongnya telah mula merasai bahang penentangan terhadap kekuasaan mereka yang telah bertapak di dalam parti tersebut beberapa dekad yang lalu.

Jadi apakah tindakan Samy seterusnya? Pecat seorang lagi dan sekiranya seorang lagi tampil ke hadapan untuk bersemuka dengan Samy, maka dia akan juga dipecat.

Dan jikalau dibiarkan, siri pemecatan ini akan berterusan sehingga keahlian MIC menjadi tin kosong. MIC sudah tidak lagi relevan di kalangan masyarakat India seperti dahulu. MIC sekarang hanyalah sebuah parti bangsawan India yang hanya mementingkan golongan kaum India yang kaya raya.

Adalah membuang masa untuk terus membangkang Samy Vellu kerana adalah merupakan satu kenyataan bahawa MIC selama ini milik Samy dan bukannya untuk masyarakat India. MIC adalah alat peribadi milik Samy Vellu.

Oleh yang demikian, semua ahli-ahli MIC adalah diseru agar keluar dari parti tersebut secara beramai-ramai kerana parti tersebut telahpun menjadi sebuah pertubuhan politik peribadi seseorang pemimpin.

Janganlah berdamping dengan MIC lagi!

Tuesday, March 23, 2010

Perkasa dubur Umno

Perkasa yang dipelopori oleh seorang ahli parlimen bebas Datuk Ibrahim Ali adalah merupakan sebuah pertubuhan perkauman pelampau yang bertujuan untuk menggugat keharmonian hidup masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dengan agenda-agenda perkaumannya yang sering menonjolkan keganasan dan ancaman terhadap kaum-kaum yang lain.

Perkasa yang dinaungani oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga dianggap sebagai dubur Umno. Kenapa kita berkata demikian? Ini adalah kerana kami dapati Perkasa sebenarnya adalah sebuah pertubuhan sub-kontrak Umno. Umno seolah-olahnya telah memberikan kontrak agenda perkauman dan ketuanannya kepada Perkasa bagi mengelakkan kemarahan parti-parti komponen BN yang lain, seperti MCA, MIC, Gerakan, PPP, SUPP, PBS, LDP, PRS, Upko dan sebagainya.

Umno bertindak demikian kerana tidak mahu menyakiti rakan-rakannya di dalam gabungan BN. Umno bertindak demikian bagi menunjukkan kepada umum bahawa bukannya mereka yang perkauman tetapi Perkasa.

Perkasa seolah-olahnya telah ditugaskan oleh Umno untuk membangkitkan kemarahan masyarakat Melayu kononnya parti-parti yang bergabung di dalam Pakatan Rakyat telah mengkhianati "bangsa" dan "agama". Perkasa ditugaskan agar memastikan kemarahan masyarakat Melayu menjadi ketara, lantas daripada itu kembali menyokong Umno di dalam pilihanraya yang akan datang.

Inilah hakikat sebenarnya, Umno yang memasak dan makan yang sedap dan setelah makanannya dihadamkan, akan sampai ke duburnya iaitu Perkasa untuk dipernajiskan kepada umum, iaitu untuk memastikan rakyat pecah belah dan perpaduan tidak tercapai.

Monday, March 15, 2010

Penafian terbongkar dengan sendiri

Penafian awal oleh ketua polis negara Tan Sri Musa Hasan bahawa beliau telah meletakkan jawatannya sebenarnya adalah tepat. Menurut laporan tidak rasmi dari dalam Bukit Aman, Tan Sri Musa sememangnya telah mengemukakan surat perletakan jawatannya kepada menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Oleh kerana ingin menjaga air muka, Hishammuddin sebaliknya mengarahkan Tan Sri Musa untuk menarik balik perletakan jawatannya sebagai ketua polis negara dan sebaliknya mengumumkan bahawa kontrak Tan Sri Musa yang akan tamat pada bulan September yang akan datang tidak akan diperbaharui.

Jadi sememangnya Tan Sri Musa ingin meletakkan jawatannya sebagai ketua polis negara. Akhbar berbahasa Cina, China Press pula menjadi mangsa konspirasi tersebut kerana terlalu awal menyiarkan laporan tersebut kepada umum.

China Press tidak sedar bahawa jika mereka melaporkan perletakan jawatan Tan Sri Musa dan pihak kementerian mengesahkannya, Hishammuddin pula akan mendapat malu.

Jadi, demi menutup malunya mengenai berita tersebut, beliau sebaliknya mengarahkan Tan Sri Musa kekal di dalam jawatannya sehingga kontrak beliau tamat pada bulan September yang akan datang.

Dalam erti kata yang sebenarnya sekarang, Hishammuddin telah memenangi permainan politik ini dengan mengatakan beliau tidak akan memperbaharui kontrak Tan Sri Musa dan bukan Tan Sri Musa yang meletakkan jawatan di hadapan.

Akibatnya, China Press pula yang menjadi mangsa. Suatu tipu muslihat yang keji sekali.

Sunday, March 14, 2010

Hishammuddin hidapi "barah otak" yang teruk!


Menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dipercayai menghidapi "barah otak" yang begitu teruk sehingga beliau tidak dapat membezakan siapakah yang bersalah dan siapa yang tidak.

Yang betul-betul bersalah sehingga mengancam keselamatan dan kestabilan negara itu, beliau mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan perbuatannya, manakala mereka yang melaporkan "adalah difahamkan bahawa" telah dikenakan tindakan yang keras dan kemungkinan permit syarikat tersebut akan digantung.

Apakah ini keadilan yang sewajarnya? Tindakan menteri dalam negeri ini bagaikan seorang banjingan yang tidak waras ataupun beliau sengaja berbuat demikian bagi memelihara dan menjaga nama baik anjing suruhannya itu yang kini menguasai pasukan keselamatan negara ini.

Apabila Utusan Malaysia melapor dan menyiarkan ratusan berita yang kurang tepar, berat sebelah, berbohong, menfitnah sehingga hampir mencetuskan keganasan kaum, perpecahan, rusuhan, serta menghasut orang ramai agar bertindak ganas, huru-hara, tunjuk perasaan perkauman dan menyebabkan seorang pegawai tinggi kerajaan negeri Selangor ditahan di bawah ISA atas sebab dan kesalahan yang tidak pernah beliau lakukan, editorial mereka disanjung tinggi oleh pihak kementerian dalam negeri, malah ketua pengarang Utusan dianugerahi pula dengan satu lagi gelaran Datuk.

Akan tetapi, apabila akhbar China Press melaporkan bahawa Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan dilaporkan "akan meletakkan jawatan" suatu sumber yang dibocorkan oleh seorang konstabel polis di Bukit Aman, kementerian dalam negeri dengan segera mengemukakan surat tunjuk sebab kepada China Press kerana "pembohongan" tersebut.

Binatang yang betul-betul ganas dan mengancam keselamatan negara pula tidak diambil tindakan malah diperlihara dengan baik dengan suapan daging khinzir pada setiap hari, manakala mereka yang hanya melaporkan apa yang disalurkan oleh pihak berkuasa itu sendiri diambil tindakan sehingga mengancam akan menutup syarikat tersebut.

Inilah "keadilan" rupa-rupanya. Banjingan betul si Hisham ini!

Saturday, February 6, 2010

Keganasan NGO Umno di Pulau Pinang

Keganasan yang ditonjolkan oleh beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai kait rapat dengan Umno jelas menunjukkan mereka seolah-olah sangat membenci dan sukakan tindakan yang ganas bagi menyelesaikan isu-isu yang berbangkit.

Tunjuk perasaan dan laungan slogan perkauman dan kebencian yang dilakukan oleh ahli-ahli dan penyokong-penyokong Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMPP), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Perkasa di hadapan pusat pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang semalam dengan patung ketua menteri dibakar di khalayak ramai tidak menunjukkan yang mereka ini adalah orang-orang yang bertamadun, tetapi sebaliknya hanya membuktikan kepada umum yang mereka ini hanyalah golongan samseng jalanan yang tidak berakal.

Dan kemungkinan mereka hanya bertubuhkan badan manusia tetapi di dalamnya tidak. Penonjolan sikap ganas dan kebencian mereka terhadap kaum-kaum lain tidak menunjukkan mereka adalah umat Islam yang sebenarnya. Mereka mahukan peperangan, mereka mahukan keganasan, mereka mahukan keagungan untuk keturunan mereka, mereka mahu menindas kaum yang lain, mereka mahukan ketuanan dan mereka mahu menjadi perkasa.

Semua umat manusia adalah sama dari segi taraf dan darjat. Sebenarnya tidak wujud langsung taraf ataupun darjat dari segi keagamaan, biar mana sekalipun ugama yang kita anuti. Sebenarnya ketuanan dan ketinggian taraf atau darjat ini hanyalah ciptaan segelintir manusia yang berkepentingan diri serta berkuasa agar kuasa mereka dapat dikekalkan selama-lamanya.

Dan segelintir manusia yang berkepentingan diri serta berkuasa itu adalah Umno, DPMPP, GPMS dan Perkasa. Apabila mereka merasa diri mereka akan mengalami kekalahan dan hilang pengaruh, mereka akan mengganas bagi menakut-nakutkan rakyat agar terus menyokong mereka.

Tuesday, February 2, 2010

Kenyataan PCM bagaikan satu mimpi

Dakwaan naib presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Huan Cheng Guan bahawa terdapat 1,000 ahli DAP akan menyertai PCM tidak lama lagi adalah merupakan mimpi beliau semata-mata.

Sewaktu Huan masih berada dalam Gerakan sebagai naib presiden, beliau pernah mendakwa bahawa lebih daripada 2,000 ahli Gerakan akan keluar parti bersama beliau sekiranya beliau keluar dari Gerakan pada masa itu, tetapi hanya beberapa orang sahaja yang mengikut jejak beliau untuk meninggalkan Gerakan dan menyertai PCM.

Para penyokong kuat Huan sebelum ini, seperti Oh Tong Keong, Beh Kim Hee, A.Mohan, Jimmy Choo dan banyak lagi masih berada dalam Gerakan sehingga kini.

Mungkinkah Huan telah diupah dan diarah oleh pihak-pihak yang tertentu bagi memporak-perandakan keadaan politik di negara ini dengan membuat kacau di dalam Barisan Nasional (BN) dan memecahbelahkan Pakatan Rakyat (PR).

Apakah agenda Huan sebenarnya di dalam arena politik di Pulau Pinang melalui peranan barunya sebagai naib presiden PCM yang baru dibentuk, sehingga beliau sanggup bertindak begitu "murah" untuk sesuatu pihak?

Wednesday, January 27, 2010

Taat kepada negara perlu diutamakan

Ketaatan kepada negara oleh rakyat adalah suatu yang perlu dipraktikkan dengan penjelasan yang boleh difahami oleh segenap lapisan masyarakat. Ketaatan kepada pemerintah secara membuta tuli boleh menumbangkan sesebuah negara, jika sekiranya erti ketaatan itu disalahtafsirkan oleh rakyat ataupun golongan yang sedang mempergunakan nama pemerintah untuk kepentingan politik mereka.

Perlu kita faham dari sudut penubuhan, dengan hanya mempuyai sebuah negara, maka barulah pemerintah wujud bagi memerintah dan mentadbir negara tersebut. Dan jika sekiranya pemerintah itu menyalahgunakan kuasanya dan berlaku kejam terhadap rakyat dengan penindasan serta meletakkan kepentingan dirinya di atas maruah negara, maka pemerintah tersebut harus disingkir ataupun digulingkan bagi memulihkan negara tersebut. Inilah yang disebut taat kepada negara perlu diutamakan dengan sewajarnya.

Banyak contoh daripada sejarah yang boleh kita pelajari, misalannya pada zaman pemerintahan dinasti Qing di China, Maharaja Qing telah banyak menggadaikan negaranya kepada beberapa buah kuasa-kuasa asing dan para pegawai dirajanya menerima rasuah, menyalahgunakan kuasa serta menindas rakyat jelata, sehinggalah pada tahun 1911, golongan nasionalis di bawah pimpinan Dr Sun Yat Sen melancarkan revolusi menggulingkan dinasti Qing dan seterusnya menubuhkan sebuah Republik China yang baru. Perbuatan ini tidak dianggap derhaka tetapi ianya lebih kepada taat setia kepada negara.

Contoh yang seterusnya, Raja Romania Victor Emanuel digulingkan oleh rakyat Romania pada tahun 1945 kerana baginda sanggup menggadai negaranya kepada Nazi Jerman sewaktu perang dunia kedua. Pemerintah Perancis Raja Louis digulingkan oleh rakyatnya dan seterusnya digantung sampai mati kerana kekejaman baginda dan golongan bangsawannya yang telah banyak menindas rakyat jelata.

Oleh yang demikian ketaatan kita kepada negara perlulah diutamakan dan tidak disalah ertikan sebagai tidak taat kepada pemerintah. Perlu kita ingatkan, jika tidak ada negara, maka pemerintah tidak akan wujud.

Apa gunanya kita taat kepada pemerintah jika sekiranya negara itu diambang kejatuhan akibat perbuatan pemerintah itu sendiri?

Usah persendakan Almarhum lagi, biarkanlah

Sudahlah, jangan dipersendakan Almarhum Sultan yang telah mangkat baru-baru ini. Biarkanlah Almarhum baginda disemadikan dengan aman di permakaman diraja.

Perlu difahamkan bahawa jika sekiranya Almarhum telah melakukan banyak kesalahan terhadap rakyatnya, marilah kita sama-sama memaafkan baginda yang telah mangkat baru-baru ini. Oleh kerana kesalahan-kesalahan Almarhum yang lalu, biarlah takdir yang menentukan bentuk balasan yang setimpal dengan tindakannya pada hayat yang akan datang.

Bagi mereka yang masih kurang faham dengan apa itu takdir, kekuasaan dan kekebalan yang Almarhum miliki pada hayat ini mungkin oleh kerana baginda telah berbuat baik terhadap orang, memberi sedekah dan sebab itulah pada hayat ini Almarhum telah ditakdirkan untuk menjadi seorang raja di sebuah negeri bagi membolehkan Almarhum menikmati balasan baiknya yang lalu.

Oleh yang demikian, janganlah kita melakukan sesuatu yang bertentangan dengan soratan takdir kerana kuasa takdir itu adalah paling adil di dunia ini dan akhirat. Tidak ada gunanya kita marah dan mempersendakan Almarhum kerana baginda sudah sememangnya tidak berada di bumi ini lagi untuk berhadapan dengan rakyatnya.

Biarkanlah, biarkanlah takdir yang menguruskannya.

Saturday, January 16, 2010

Isu Allah: Pemuda Umno kata keganasan tidak dapat dielak

Exco Pemuda Umno Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi telah menulis di dalam blognya baru-baru ini berkata " I am saying that Malay violence is inevitable" yang bermaksud, keganasan orang-orang Melayu (Umno) memang tidak dapat dielakkan lagi.

Nampaknya sudah tidak dapat dielakkan lagi, menurut Akhramsyah. Pemuda Umno akan mengerakkan siri keganasan yang terbaru bagi memburukkan lagi keadaan berikutan kemungkinan kerajaan pusat membenarkan perkataan Allah itu digunakan oleh penganut agama Kristian di Malaysia Timur yang merangkumi Sabah dan Sarawak.

Yang lebih malang lagi, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut menyemarakkan lagi kebencian mereka dengan turut membantah cadangan menteri di jabatan perdana menteri Datuk Nazri Aziz agar para penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan perkataan Allah di dalam kitab mereka.

Kenapa mereka-mereka ini asyik melaung-laungkan api kebencian terhadap agama orang lain? Mengapa mereka ini suka sangat perpaduan antara kaum di negara kita ini dipecah-belahkan dengan sewenang-wenangnya? Apakah mereka sukakan keadaan ini supaya mereka boleh mengambil kesempatan daripada huru-hara yang bakal ditimbulkan oleh mereka itu dengan menawarkan diri mereka untuk menjadi "orang tengah" dan seterusnya menjadi "wira" memperjuangkan Islam?

Ini bukannya Islam yang sebenar, kerana Islam yang sebenarnya tidak mengajar umatnya untuk mengapi-apikan kebencian terhadap kaum dan agama yang lain, Islam yang sebenarnya tidak mengajar umatnya untuk melakukan keganasan terhadap orang lain. Mereka-mereka yang asyik melaung-laungkan slogan menentang agama lain, slogan-slogan ketuanan yang memperhambakan agama-agama dan kaum lain, benci-membenci terhadap agama dan kaum lain sebenarnya bukan Islam yang sebenarnya, kerana mereka ini telah lama murtad dan sesat dengan amat ketara sekali.

Ini adalah derhaka yang sebenarnya oleh mereka.

Thursday, January 14, 2010

Polis Selangor ancam serang Guan Eng

Polis Selangor semalam mengancam untuk menghantar sepasukan polis ke Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menyerbu pusat pentadbiran kerajaan negeri tersebut bagi menahan Ketua Menteri dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Guan Eng sebelum ini enggan memberikan kenyataan beliau kepada polis berhubung dengan ucapan beliau di dalam Konvensyen Pakatan Rakyat pada tahun lalu yang mengatakan bahawa Teoh Beng Hock telah mati dibunuh kerana pihak polis telah sehingga kini gagal membuktikan bahawa ada laporan polis dibuat terhadap Guan Eng berhubung dengan ucapan beliau itu.

Menurut ketua polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar, mereka tidak akan mengalah dan akan mengusahakan penangkapan Guan Eng dengan seberapa segera yang boleh. Satu pasukan polis dijangka akan digerakkan ke Pulau Pinang tidak lama lagi bagi menyerbu pusat pentadbiran kerajaan negeri tersebut yang terletak di Komtar.

Kita cabar Datuk Khalid, kalau beliau berani mengerakkan pasukan bersenjatanya untuk menyerang Pulau Pinang, kita akan serang balas!

Tak cukup pegawai polis untuk memerangi serangan pengganas terhadap gereja-gereja di seluruh negara, tetapi mereka ada pasukan-pasukan yang mencukupi untuk menyerang dan menangkap Penasihat PKR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kini sedang bersedia untuk menyerang Pulau Pinang bagi menangkap Guan Eng.

Polis Umno yang Cukup Keji dan Kejam!

Wednesday, January 13, 2010

Rumah ibadat Sikh pun jadi sasaran

Setelah beberapa siri pengeboman ke atas gereja-gereja di seluruh negara oleh beberapa kumpulan pengganas, kini giliran rumah ibadat Sikh pula cuba dibinasakan.

Sehubungan daripada itu, para NGO Islam perlu mengotakan janji mereka sepenuhnya dengan meluaskan rondaan sukarela mereka ke atas rumah-rumah ibadat pelbagai agama sekiranya mereka benar-benar ikhlas di dalam memastikan keharmonian antara kaum dan agama di negara kita ini.

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah memberi amaran kepada umum bahawa mereka tidak boleh menjamin keselamatan gereja-gereja yang diserang sebelum ini kerana "kekurangan pegawai" untuk melaksanakan tugas-tugas keselamatan tersebut.

Jika sekiranya PDRM tidak dapat menjamin keselamatan awam kerana "kekurangan pegawai" untuk melaksanakan tugas-tugas tersebut, adakah itu bermakna, mereka juga tidak dapat menjamin keselamatan negara kita daripada ancaman anasir-anasir perkauman , penjenayah dan pengganas-pengganas?

Kekurangan pegawai atau sibuk menjamin keselamatan para pemimpin Umno?

Friday, January 8, 2010

Gereja hangus dibaling bom petrol, 3 lagi diserang

Sebuah gereja dibaling dengan bom petrol oleh sekumpulan pengganas di mana ianya telah mengakibatkannya hangus terbakar, kata sumber gereja.

Insiden tersebut berlaku sewaktu memuncak kontroversi berhubung penggunaan perkataan Allah oleh satu penerbitan Katholik. Dua lagi gereja di Lembah Kelang turut jadi sasaran dalam tempoh 12 jam lalu, termasuk Gereja Assumption di Petaling Jaya.

Seorang pegawai jabatan bomba berkata semua balai diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi memantau kebakaran di rumah-rumah ibadat, menjelang bantahan besar-besaran tengah hari ini anjuran beberapa NGO Islam.

Sementara itu, sumber terbaru turut melaporkan bahawa gereja keempat turut diserang namum demikian, bom petrol yang dibaling oleh kumpulan pengganas tersebut gagal meletup.

Umno yang mendalangi kumpulan pengganas Islam ini perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap serangan yang dilakukan oleh para penyokongnya ke atas bangunan-bangunan ibadat agama lain.

Kenapa kita berkata demikian? Ini adalah kerana presiden Umno Datuk Najib Razak pada 7 Januari telah mengatakan bahawa Umno dan kerajaan pusat tidak akan menghalang "protes" yang akan berlaku pada hari ini dan kata-kata beliau ini jelas menunjukkan bahawa Umno menyokong kegiatan keganasan ke atas agama lain.

Kenapa beralih kepada kempen keganasan semata-mata untuk berebut untuk memiliki dan mentadbir perkataan Allah? Dalam erti dan konteks Islam yang sebenarnya, ia tidak menggalakkan keganasan bagi menyelesaikan sebarang masalah.

Ini bermakna, mereka-mereka yang melakukan keganasan dengan menyerang gereja-gereja dengan bahan letupan dan menunjuk perasaan dengan menonjolkan kebencian mereka terhadap kaum dan agama yang lain telah murtad dan mereka bukan lagi beragama Islam, kerana Islam yang sebenarnya tidak melakukan perbuatan-perbuatan yant terkutuk ini.

Pihak berkuasa juga perlu bertanggungjawab sepenuhnya kerana kegagalan mereka mencegah keganasan ini daripada menular di kebanyakan kawasan.

Kenapa pula apabila ada protes secara aman yang dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat, polis begitu cepat memeranginya sedangkan apa yang dibuat oleh para penyokong Umno walaupun ianya bebentuk ganas dan membahayakan umum, polis bertindak sambil lewa sahaja.

Ini jelas tidak adil dan berat sebelah.

Monday, January 4, 2010

Akta Perhubungan Kaum

Di dalam mengharungi pelbagai halangan dan rintangan politik di negara kita ini, tajuk perkauman masih menjadi bahan kempen dan bualan semasa oleh beberapa pemimpin parti politik yang memerintah khususnya BN dan Umno walaupun mereka giat mengia-iakan perlunya dan pentingnya perpaduan kaum dijalin dengan lebih erat.

Apakah tujuan dan matlamat mereka sebenarnya? Sekejap menekankan perpaduan kaum dan sekejap lagi menekankan perlunya memelihara kepentingan satu kaum dan memperkasakan dasar Ketuanan mereka ke atas kaum lain. Adakah mereka ini benar-benar jujur di dalam lafaz perpaduan mereka?

Dan apabila cadangan untuk merangka dan membentangkan Akta Perhubungan Kaum diketengahkan tahun lalu, para pemimpin parti pemerintah khususnya Umno mula membisu dan seterusnya secara perlahan-lahan memansuhkan usaha tersebut tanpa disedari oleh kebanyakan kita.

Para pemimpin Umno sedar bahawa sekiranya Akta Perhubungan Kaum tersebut dikuatkuasakan, ianya akan memakan diri mereka yang kebanyakan masih berpegang kuat kepada idea-idea serta fahaman perkauman dan ketuanan yang kolot dan ketinggalan zaman. Ya, memang betul, sekiranya Akta tersebut benar-benar dikuatkuasa pada masa itu, sudah ramai pemimpin Umno telah merengkok di dalam penjara sekarang oleh kerana pemikiran dan tindakan perkauman mereka yang mengancam ini.

Untuk memastikan perpaduan kaum di negara kita ini benar-benar terjalin dan diperlihara, akta tersebut perlulah diketengahkan dengan segera. Dan di dalam mengetengahkan Akta tersebut, kesemua aspek yang menyentuh perkauman seperti parti-parti politik yang berasaskan satu kaum, dasar-dasar pendidikan serta pembangunan yang berasaskan keistimewaan satu kaum, program-program kerajaan yang hanya mengutamakan satu kaum perlu dihapuskan dengan segera tanpa perlu memikirkannya atau mengkajinya semula. Ianya perlu dilaksanakan tanpa was-was.

Dan jika sekiranya kesemua lapisan masyarakat di negara kita ini benar-benar “sporting” dan percaya kepada perpatah “kejayaan atas keusahaan sendiri” daripada suka bergantung kepada bantuan atau subsidi, sudah tentunya tidak menjadi masalah untuk Akta tersebut dikuatkuasakan melainkan ada parti-parti politik yang akan bertindak menentang pengubalan Akta tersebut kerana takut kehilangan kuasa dan monopoli politik dan perniagaan mereka kepada pihak lain, kerana selama ini mereka berselindung dan bersembunyi di bawah paying dasar perkauman mereka sendiri.

Oleh itu, selagi ada Umno atau BN, selagi itulah perpaduan antara kaum akan hanya tinggal perbualan sahaja. Jika sekiranya Umno atau BN masih asyik membuka pekung dada mereka dengan melafazkan perpaduan mereka, kita akan hanya bergelak ketawa dan memusing kepala kita.

Janganlah kita membuang masa mendengar usaha-usaha mereka untuk “menyatupadukan” rakyat, kerana perpaduan di dalam Umno dan BN itu sendiri pun tidak dapat dikecapi dengan sepenuhnya.

Percepatkan pengharaman BTN

Biro Tata Negara (BTN) yang dikelolakan oleh Jabatan Perdana Menteri perlu diharamkan segera kerana ia telah terbukti mengancam keselamatan dan kestabilan negara. Daripada pengalaman puluhan peserta yang didedahkan baru-baru ini, jelas menunjukkan bahawa kesemua bentuk program BTN adalah berbau perkauman, menghasut, mengalakkan keganasan politik serta permusuhan di kalangan kaum.

Menurut seorang timbalan menteri di jabatan perdana menteri, BTN perlu disusun semula, manakala seorang menteri di jabatan perdana menteri pula mengakui bahawa BTN benar-benar perkauman.

Tetapi setelah tibanya tahun 2010, kami tidak nampak sebarang tindakan terhadap BTN oleh pihak-pihak di dalam kerajaan pusat BN yang menekankan perlunya BTN perlu dirombak dan diubah.

Malah adalah difahamkan bahawa, berikutan kelembapan BN untuk menyelesaikan masalah tersebut, pihak-pihak di dalam BTN telah menjadi semakin berani dan bongkak dengan meneruskan program perkauman mereka, malah mempergiatkan usaha mereka untuk melepaskan dendam mereka terhadap rakyat dan memecahbelahkan perpaduan di negara kita ini.

Nampaknya, sudah tidak ada lagi jalan penyelesaian bagi menghapuskan sifat-sifat perkauman yang diamalkan oleh BTN. Sudah dikatakan terlewat dan tidak ada apa yang boleh kita buat sekarang. Jadi, jalan penyelesaian yang paling berkesan sekarang adalah mengharamkan sama sekali BTN dan keseluruhan organisasinya, serta program-program. Selain daripada pengharaman itu, para pegawai dan tenaga pengajarnya perlu diberi kaunseling dan dihantar ke sebuah pusat pemulihan akhlak khas bagi memperbetulkan segmen dan pemikiran mereka dengan sewajarnya.

Monday, December 28, 2009

Exco Kerajaan Negeri terkejut sikap ketua polis Selangor

Exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah melahirkan rasa terkejutnya terhadap polis Selangor yang mendakwa beliau mengarahkan polis menghentikan siasatan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

"Dalam ucapan tersebut, Guan Eng meluahkan pendapat bahawa Teoh Beng Hock dibunuh dan ucapan tersebut dianggap sebagai cuba menghasut dan mempengaruhi orang awam oleh pihak polis," katanya hari ini.

"Sebenarnya (dalam) kenyataan di Malaysiakini, saya hanya menyeru kepada pihak polis supaya menghentikan siasatan ke atas Guan Eng dengan serta-merta, kerana rakyat ingin polis menyiasat kisah sebenar kematian Teoh."

Ya, kami menyokong penuh kenyataan dan tindakan Ean Yong yang penuh dedikasi dan komited terhadap perjuangan demi demokrasi dan keadilan.

Apa hak pihak polis yang bersekongkol dengan Umno itu, untuk menangkap dan menahan atau memenjarakan orang sesuka hati? Apa hak polis untuk mengancam keselamatan Ketua Menteri Pulau Pinang dengan mengatakan Guan Eng kemungkinan akan ditahan? Kata-kata mereka ini seolah-olahnya mereka sedang menunjukkan bahawa mereka berkuasa menegakkan ketuanan Umno, bongkak, sombong, kejam, tidak berperikemanusiaan serta melanggari hak asasi kemanusiaan.

Selain itu, tindakan polis ini juga telah menunjukkan bahawa mereka ini tidak professional di dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pelindung masyarakat dan pembasmi jenayah. Sebab itulah kadar jenayah di negara kita ini semakin naik kerana polis kini lebih menumpukan perhatian mereka terhadap penentangan politik Pakatan Rakyat.

Oleh itu, Suruhanjaya Bebas Terhadap Aduan Dan Salahlaku Polis (IPCMC) harus dibentuk dengan segera dan kami mengulangi gesaan dan tekanan kami agar pembentukan IPCMC hendaklah menjadi kenyataan bagi mencegah keganasan polis yang disokong oleh Umno itu daripada merebak ke seluruh negara.

Hidup IPCMC!

Thursday, December 17, 2009

Hishamuddin sakit otak

Menteri dalam negeri dan naib presiden Umno Datuk Seri Hishamuddin Hussein kini sedang menghidap penyakit otak yang serius dan boleh menyebabkan beliau mengalami kecacatan otak sekaligus.

Kenapa kita berkata demikian? Jawapannya adalah singkat dan senang. Datuk Hishamuddin baru-baru ini dilaporkan berkata para penulis blog adalah penipu dan tidak beretika kerana sering melaporkan sesuatu kebenaran secara kritikal.

Namun demikian, apabila akhbar Utusan Malaysia menerbitkan pelbagai artikel-artikel yang menggalakkan kebencian, ketegangan kaum dan amaran akan berulang 13 Mei, Datuk Hishamuddin tidak mempedulikan tindakan keganasan politik yang diusahakan oleh Utusan, malah menyokong langkah-langkah mereka untuk memecahbelahkan negara dan membantut keharmonian antara kaum.

Ini jelas menunjukkan bahawa menteri itu mengalami sakit otak yang teruk sekali kerana beliau mengetepikan kebaikan, keadilan dan kebenaran dengan menyokong kejahatan, dusta dan keganasan.

Inilah sifat kerakusan Umno dan Barisan Nasional.

Monday, December 14, 2009

Haram guna perkataan tidak berpelembagaan

Langkah kementerian dalam negeri untuk terus mengharamkan penggunaan perkataan Allah di dalam kitab dan risalah mingguan aliran Bahasa Malaysia Gereja Katolik adalah merupakan suatu tindakan yang tidak berpelembagaan serta bertentangan dengan hak asasi kemanusiaan.

Jika kita kaji dengan lebih teliti Artikel-artikel 3, 8, 10 dan 11 Perlembagaan Persekutuan, kita akan dapati hak-hak setiap ugama yang terdapat di negara kita ini termasuk Islam sebagai ugama rasmi adalah termaktub dengan begitu jelas sekali.

Untuk makluman semua, perkataan Allah itu sebenarnya adalah penterjemahan daripada bahasa Arab yang bermakna Tuhan. Perkataan Allah itu adalah bahasa Arab pada hakikatnya. Dan begitu juga dengan tulisan Jawi itu bersasal dari negara Arab.

Perkataan Allah dan tulisan Jawi ini bukanlah agama Islam tetapi sebenarnya ia adalah suatu perbahasaan yang wujud di dunia Arab. Islam hanya adalah suatu ugama yang berasal daripada benua Arab.

Oleh yang demikian, kita tidak boleh menafsirkan bahawa bahasa Arab itu hak milik Islam semata-mata. Jika dikatakan dengan begitu, mereka yang bukan Islam tidak boleh mempelajari bahasa Arab dan menulis tulisan Jawi. Adakah ini praktikal?

Oleh itu, kami ingin menasihatkan kerajaan pusat dan Umno khususnya, jangan mengelirukan rakyat dengan pelbagai kaedah dan fahaman ketuanan yang tidak berasas serta tidak berakal.

Perkataan Allah itu hanyalah sebahagian daripada bahasa yang berasal dari dunia Arab dan begitu juga dengan tulisan Jawi. Perkataan Allah itu bukannya ugama sebagaimana yang didakwa oleh kamu selama ini.

Saturday, November 28, 2009

Chin Peng tidak dibenarkan pulang, Umno utarakan alasan cara perkauman

Setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) Ong Boon Hua atau lebih dikenali sebagai Chin Peng telah beberapa kali memohon untuk pulang ke tanahairnya di Malaysia setelah tamatnya darurat dan perjuangan bersenjatanya di Malaya dan berikutan termeterainya perjanjian letak senjata sewaktu pemerintahan Tun Dr Mahathir yang lalu.

Namun demikian, setelah permohonan demi permohonan, semuanya ditolak oleh kerajaan pusat yang didominasi oleh Umno atas alasan Chin Peng mengancam keselamatan negara, kejam dan sebagainya. Apakah alasan yang sebenarnya menghalang Chin Peng untuk pulang ke kampung halaman di Perak. Chin Peng sekarang berumur di dalam lingkungan 80an dan tidak berdaya lagi untuk melakukan apa-apa yang boleh mempengaruhi sebarang faktor politik di negara kita ini.

Ini jelas cara Umno yang berulangkali menghalang Chin Peng pulang ke negara ini berunsur perkauman. Kenapa pula Pengerusi PKM Rashid Mydin, Ketua Wanita PKM Shamsiah Fakeh dan Pegawai pemerintah Rejimen Melayu Ke-10 PKM, Abdullah CD dibenarkan pulang dengan begitu senang sekali?

Kerana ketiga-tiga mereka ini adalah kaum Melayu dan beragama Islam? Dan Chin Peng adalah seorang Cina dan bukan Islam? Kalau begitu, kita arahkan Chin Peng agar memeluk agama Islam dan kita tengok sama ada Umno akan membenarkan beliau pulang.

Satu lagi faktor adalah peperangan dan kekejaman yang didakwa Umno kononnya PKM adalah sebegini. Setahu kami, sewaktu Perang Dunia Kedua, Empayar Jepun yang menakluki hampir seluruh benua Asia pada masa itu adalah jauh lebih kejam daripada PKM. Kenapa pula Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Rais Yatim memaafkan negara Jepun dan membenarkan mereka memasuki Malaysia untuk melabur?

Faktor yang seterusnya, sewaktu darurat pada 1948-60, Parti Komunis China (PKC) turut membantu PKM dari segi pembekalan senjata, logistik dan kewangan bagi melanjutkan perjuangan mereka. Kenapa pula pada hari ini Umno dan Pemuda Umno mempunyai hubungan yang erat dan intim dengan PKC dan Liga Pemuda Komunis China (CYL)?

Ini semuanya jelas merupakan hipokrasi yang menyeluruh di dalam dasar yang diamalkan oleh kerajaan pusat yang didominasi oleh Umno selama ini. Perkauman adalah agenda yang paling diutamakan oleh Umno selama ini.

Monday, November 16, 2009

Kerajaan Umno Negeri Perak tetap tidak sah dan haram!

Kerajaan Pemberontak Negeri Perak yang diterajui oleh Umno sejak awal bulan Februari yang lalu tetap merupakan sebuah kerajaan haram, tidak sah dan melanggari perlembagaan negeri kerana mereka ini memperoleh kuasa melalui satu siri pemberontakan dan rampasan kuasa yang menggulingkan kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat.

Makluman dan kenyataan oleh beberapa pemimpin negara-negara jiran juga jelas telah memberikan kenyataan mereka bahawa mereka tidak akan mengiktiraf kedudukan kerajaan pemberontak negeri Perak yang kini sedang berfungsi.

Kata presiden Umno Najib Razak baru-baru ini bahawa mereka akan memenangi pilihanraya yang akan datang. Persoalannya adalah kenapa mereka tidak berani membubarkan DUN Perak dan mengadakan semula pilihanraya di negeri tersebut bagi membuktikan bahawa mereka ini "benar-benar" mempunyai sokongan daripada rakyat tetapi sebaliknya menyembunyikan diri mereka di belakang Istana Kinta dan asyik mempergunakan nama Raja-raja Melayu.

Kenapa asyik menyebut, "sesiapa yang mengengkari Umno bermakna mereka mengengkari Raja dan menderhaka"? Siapakah yang menderhaka kepada Raja-raja Melayu selama ini?

Jika ketua pemberontak Dr Zambry Abd Kadir dan para exco pemberontaknya mempunyai sifat kelelakian yang sejati, buktikan di dalam arena pilihanraya dan bubarkan DUN Perak sekarang juga! Jangan berdolak-dalih dengan pelbagai alasan-alasan, keselamatan, undang-undang, mahkamah dan sebagainya. Rakyat negeri Perak bukannya bodoh dan boleh dipermainkan sewenang-wenangnya.

Kerajaan negeri Perak sekarang tetap merupakan sebuah Kerajaan Pemberontak dan kedudukan dan taraf sedemikian akan tetap kami pertahankan sehingga Dr Zambry bersetuju membubarkan DUN Perak bagi memberikan laluan kepada pilihanraya baru.

Jangan kita sokong ataupun memberikan laluan mudah untuk Kerajaan Pemberontak Negeri Perak yang diterajui oleh Umno.

Dr M: Generasi muda dihalang sertai Umno

Kata bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohammad, ada sesetengah pimpinan peringkat cawangan parti enggan menerima kemasukan generasi muda yang kebanyakannya kerkelulusan tinggi kerana bimbang kedudukan mereka tergugat.

Memang benar seperti apa yang didakwa Tun Dr Mahathir bahawa selama ini, generasi muda tidak dapat menembusi kepimpinan dan keahlian di dalam Umno oleh kerana para panglima-panglima perang (ketua-ketua cawangan dan bahagian) Umno selama ini menguasai saluran keahlian parti tersebut di peringkat bawahan secara ketat.

Salah siapa agaknya. Jangan-jangan Dr Mahathir nak salahkan para pemimpin Umno kini, kerana gejala panglima-panglima perang Umno ini atau lebih dikenali warlords ini telah lama bertapak di dalam parti tersebut sejak daripada zaman pemerintahan Dr Mahathir sendiri lagi.

Kenapa pula Dr Mahathir tidak pula cuba menghapuskan gejala tersebut di zaman pemerintahannya sewaktu beliau mempunyai banyak peluang? Kenapa sekarang baru nak menyebut bahawa golongan muda tidak dapat menjadi ahli Umno oleh kerana sekatan-sekatan yang dikenakan oleh kebanyakan para pemimpin Umno di peringkat bawahan?

Tak mengapalah kerana Umno kini sedang menuju kehancuran yang tidak akan disedari oleh para pemimpinnya. Biarkanlah ia hancur dengan cara begini.

Wednesday, October 7, 2009

KDN halang akhbar lapor penggantungan Isa

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dilaporkan telah memberikan arahan dan amaran secara lisan kepada semua akhbar berbahasa Cina agar tidak melaporkan isu penggantungan Tan Sri Isa Samad daripada Umno akibat daripada salahlaku dan penglibatan beliau di dalam politik wang di dalam pemilihan parti yang lalu.

Arahan daripada KDN ini adalah untuk memberikan laluan kepada Isa Samad untuk bertanding di dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang tanpa kes penggantungan tersebut diungkitkan yang boleh menjejaskan peluang kemenangan beliau.

Perbuatan KDN ini jelas telah melanggar hak asasi kemanusiaan, prinsip demokrasi, hak kebebasan bersuara dan memberi pendapat dan kesamarataan. Ini juga jelas bahawa Umno telah menyalahgunakan kuasa dengan mempergunakan jentera kerajaan seperti KDN untuk menutup kes-kes rasuah di dalam parti mereka di masa lampau.

Walaupun Umno dan KDN berjaya berbuat demikian, kami pasti rakyat telah mengetahui semua perbuatan yang dilakukan oleh Isa Samad selama ini. Rakyat juga telah lama mengetahui akan pembohongan demi pembohongan yang dilakukan oleh Umno terhadap rakyat selama ini.

Oleh yang demikian, sekiranya anda menentang rasuah, menentang penyalahgunaan kuasa, menentang kezaliman, menentang ketidakadilan dan sebagainya, janganlah mengundi BN-Umno di dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang yang akan datang.

Mengundi untuk BN-Umno adalah bermaksud mengundi untuk menguatkuasakan rasuah, penyalahgunaan kuasa, kezaliman dan ketidakadilan. Dan sekiranya rakyat tersalah pilih, maka dikuatiri negara kita ini tidak akan dapat maju ke hadapan kerana sumber kekayaan kita akan habis digondol dan ditelan oleh para pemimpin BN-Umno yang bernafsukan perbuatan yang amat berdosa ini.

Tolak BN-Umno dengan sepenuhnya!

Thursday, September 24, 2009

Tangkap anggota kabinet yang lulus kos tambahan tidak wajar PKFZ

Pihak polis sepatutnya menangkap anggota kabinet yang terlibat memberikan kelulusan yang membawa kepada peningkatan kos Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ), kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau kesal dengan tindakan polis membazirkan wang rakyat dengan membuang masa hendak memburu mereka yang terlibat membocorkan kertas kabinet mengenai perkara itu.

"Kenyataan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) sebelum ini bahawa dalam kes PKFZ, apa-apa yang boleh dimaklumkan akan dimaklumkan, tetapi (ia) bukan alasan untuk mendedahkan Kertas Kabinet membuktikan bahawa kertas kabinet yang didedahkan oleh Malaysia Today itu adalah dokumen tulen.

"Lebih dari itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat sendiri dipetik oleh akhbar Kwong Wah Yit Poh bahawa beliau tahu mengenai kebocoran tersebut sebelum menjadi menteri lagi.

"Polis jangan buang duit rakyat dengan menghabiskan masa untuk menyiasat siapa yang membocorkan kertas itu," kata Mahfuz.

Kesalahan kabinet meluluskan peningkatan kos PKFZ seperti yang dicatatkan oleh kertas tersebut adalah lebih besar dari dari kesalahan membocorkan kertas kabinet di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA), katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu bimbang sikap kerajaan dan polis membesar-besarkan isu kebocoran itu akan berakhir dengan dakwaan bahawa kertas yang disiarkan oleh Malaysia Today itu adalah dokumen palsu dan bukan kertas kabinet.

"Jika polis mendakwa kertas tersebut bukan kertas kabinet, akhirnya tidak ada siapa yang ditangkap kerana melakukan kesalahan meluluskan kos peningkatan PKFZ yang dibuat dalam bentuk syubhat dan bertentangan dengan peraturan kewangan kerajaan itu," katanya.

Beliau juga bimbang keghairahan polis membesar-besarkan isu kebocoran kertas kabinet itu bertujuan mengalihkan siasatan ke atas perkara yang sepatutnya disiasat, antaranya untuk menyiasat adakah benar Menteri Pengangkutan memberikan surat jaminan bagi beberapa penerbitan bon.

"Adakah polis akan menyiasat adakah benar perkara itu berlaku kerana jika ia berlaku, jaminan Menteri Pengangkutan itu boleh dianggap tidak sah kerana jaminan kerajaan hanya boleh dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan atas persetujuan jemaah menteri. Itu peraturan kewangan kerajaan," katanya.

Beliau juga menuntut polis menyiasat benarkah Menteri Pengangkutan telah mendapat kelulusan dasar Perdana Menteri untuk melaksanakan keseluruhan projek tersebut tanpa merujuk kepada agensi pusat sedangkan, setelah dilaksanakan projek tersebut didapati tidak berdaya maju dan kos projek pula telah meningkat kepada RM4,632,732,000.00 sedangkan anggaran kos asal hanya RM1.088 bilion sahaja.

"Polis juga sepatutnya menyiasat adakah pertambahan skop kerja yang melebihi RM100 juta dari kos asal sebanyak sebanyak RM1.088 bilion itu telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk pertimbangan atau tidak," katanya lagi.

Mahfuz melihat tumpuan polis untuk menyiasat kebocoran kertas kabinet itu semakin menguatkan jangkaan umum bahawa tidak ada siapa pun akan dihukum berikutan skandal PKFZ itu.

Semalam, perkembangan lebih mencurigakan berlaku apabila Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menafikan laporan berita Bernama yang memetik beliau sebagai berkata bahawa ada menteri akan dipanggil bagi membantu siasatan kes penyiaran dan penyebaran kertas kabinet mengenai skandal PKFZ itu.

Bukit Aman dalam satu kenyataan di sini menjelaskan bahawa Musa tidak pernah menyatakan bahawa menteri akan dipanggil bagi tujuan itu ketika menghadiri satu majlis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pagi ini.

"Apa yang beliau (Musa) katakan adalah saksi atau individu akan dipanggil bagi membantu siasatan dan kenyataan mereka diambil," kata Penolong Pengarah Pengurusan bagi Hal Ehwal Awam ACP Lai Yong Heng dalam kenyataan itu.

Polis dijangka mengesan mereka yang dipercayai terlibat dalam kes penyiaran dan penyebaran Kertas Kabinet itu yang melibatkan isu PKFZ.

Penyiaran Kertas Kabinet itu di sebuah laman web, yang berkaitan projek PKFZ bernilai RM12.5 bilion telah mengundang kemarahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengecam tindakan itu, kerana dokumen berkenaan membabitkan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Kertas Kabinet 18 muka surat itu didakwa sebagai memorandum daripada Kementerian Kewangan pada Jun 2007, untuk mendapatkan persetujuan kabinet bagi memikirkan semula untuk meluluskan pinjaman mudah sebanyak RM4.6 bilion bagi membiayai projek PKFZ.

Laporan audit yang dikeluarkan pada akhir Mei oleh Price Waterhouse Coopers (PwC), syarikat yang dilantik Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) bagi menyiasat skandal PKFZ, menyebut tentang pembabitan beberapa ahli politik dalam projek berkenaan, yang menurutnya, mungkin menimbulkan percanggahan kepentingan. - Harakahdaily

Parti-parti komponen di dalam Barisan Nasional (BN)

Kebanyakan daripada kita pada hari ini hanya mengetahui Barisan Nasional (BN) dan Umno yang menerajui negara kita dan ramai di antara kita juga kurang jelas dengan siapakah yang juga berada di dalam BN sebenarnya.

Senarai parti-parti komponen dan pihak-pihak yang berkepentingan di dalam BN adalah seperti yang berikut:

1. United Malays National Organisation (Umno)
2. Malaysian Chinese Association (MCA)
3. Malaysian Indian Congress (MIC)
4. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan)
5. People's Progressive Party (PPP)
6. Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) Sarawak
7. Parti Rakyat Sarawak (PRS)
8. Sarawak People's Democratic Party (SPDP)
9. Sarawak United People's Party (SUPP)
10. Parti Bersatu Sabah (PBS)
11. Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)
12. United Pasokmomugon Kadazandusun Organisation (Upko)
13. Liberal Democratic Party (LDP) Sabah
14. Indian Progressive Front (IPF)
15. Malaysian Anti Corruption Commission (MACC)
16. Polis Di Raja Malaysia (PDRM)
17. Jabatan Peguam Negara (Attorney General's Chambers)

Berdasarkan senarai parti-parti komponen dan pihak-pihak yang berkepentingan di dalam BN di atas ini, kami yakin setelah anda memerhatikan senarai tersebut anda akan menyedari bertapa tidak seimbangnya sistem pemerintahan negara kita yang saling kai-mengait di antara satu sama lain.

Dan ini adalah hakikatnya yang ada pada hari ini. Ini adalah merupakan suatu ketidakadilan yang paling ketara berlaku di negara kita ini. Semuanya angkara tuan BN iaitu Umno yang sanggup menggunakan apajua cara untuk terus memerintah dan memudaratkan negara kita ini.

Wednesday, September 16, 2009

DAP: Umno yang sesatkan Melayu

Malaysiakini : Seorang pemimpin DAP menafikan dakwaan orang Melayu yang menyertai parti itu disifatkan sebagai "kumpulan sesat dalam politik" dan "digesa agar kembali ke pangkal jalan".

Ahli jawatankuasa pusat DAP Ahmad Ton sebaliknya mendakwa Umno sendiri yang menyesatkan orang Melayu di negara ini. "Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sanggup mengikut (semangat) pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Ikut Umar Abdul Aziz tidak sesat."Di Pulau Pinang, sekolah agama rakyat, kerajaan negeri bantu. Kalau di Johor, ia ditutup," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Selain Ahmad yang sudah lama bergiat dalam DAP, parti itu turut melantik Tunku Abdul Aziz Ibrahim, yang sebelumnya terkenal aktif bersama Transparency International, sebagai naib pengerusinya Ogos tahun lalu. Abdul Aziz kemudiannya dilantik sebagai anggota Dewan Negara.

Ahmad, yang juga naib pengerusi DAP Johor, berkata beliau berasa malu dengan tindakan kerajaan negeri itu, berbanding dengan kerajaan Pulau Pinang yang membantu sekolah agama rakyat (SAR) terutama menaikkan gaji guru-guru dan menyedia peruntukan kepada sekolah terbabit. "Jadi tidak betul, kalau (Umno) kata kita sesat," tambahnya.

SAR di negeri itu ditutup secara berperingkat-peringkat mulai tahun lepas dan DAP bersama Pakatan Rakyat di Johor menghantar memorandum kepada menteri besar berhubung isu tersebut. Ahmad diminta mengulas dakwaan Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan bahawa orang Melayu yang menyertai DAP sebagai kumpulan tersesat jalan politik dan digesa kembali menyokong Umno.

Pemimpin Umno itu dipetik berkata tindakan mereka juga satu kesilapan besar kerana perjuangan DAP tidak langsung membela Melayu dan perkembangan Islam, malah turut menyamaratakan semua kaum, sekali gus menguburkan terus hak istimewa orang Melayu.

Dihubungi hari ini, Ahmad menambah, perjuangan DAP bertujuan mewujudkan bangsa Malaysia dan ia bertepatan dengan isi al-Quran yang mahu manusia yang berbilang kaum saling berkenal-kenalan dan berkasih sayang.

"DAP dilihat sebagai parti Cina sebab kaum Cina ramai masuk, tidak ramai ramai orang Melayu masuk. Cuba orang Melayu ramai masuk, jadi parti orang Melayulah," katanya. Sementara itu, penyelaras Unit Penyelidikan DAP Wan Hamidi Hamid menyifatkan kenyataan pemimpin Umno itu "kurang cerdik" dan "agak menyedihkan" bagi seseorang yang berjawatan tinggi dalam parti.

"Nampak sentimen perkauman agak kuat," katanya kepada Malaysiakini. Tambahnya, sejak DAP ditubuhkan lebih 40 tahun lalu, terdapat pemimpin Melayu yang pernah bertanding atas tiket parti itu, antaranya, allahyarham Ahmad Noor.

"Kenapa (Umno) tidak tegur (beliau) masuk DAP sebagai sesat?" kata Wan Hamidi, pengarang buku Lim Guan Eng: Dari Penjara ke Tampuk Kuasa.

Wednesday, September 2, 2009

Kerajaan pemberontak Umno negeri halang sidang DUN Perak

Kerajaan pemberontak negeri Perak yang diterajui oleh Umno hari ini telah mengambil langkah yang drastik dan ganas untuk menghalang ahli-ahli dewan undangan negeri (ADUN) daripada mengadakan persidangan mereka mengikut kaedah yang ditetapkan oleh perlembagaan negeri.

Pasukan keselamatan yang dikuasai oleh Umno telah dikerah secara beramai-ramai bagi menjayakan usaha Umno untuk menghalang sidang DUN Perak daripada dilaksanakan. Akibat daripada itu, tiga orang ADUN Pakatan Rakyat ditahan pihak polis yang enggan membenarkan mereka menjalankan kewajiban mereka sebagai wakil rakyat.

Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan beberapa ADUN Pakatan mula tiba di bangunan tersebut pada kira-kira jam 8.45 pagi tadi dan diiringi oleh para penyokong parti-parti komponen Pakatan Rakyat, PKR, DAP dan PAS.

Turut ditangkap ialah Stanley Tan, seorang jurugambar akhbar Nanyang Siang Pau, yang dikatakan turut dibelasah oleh pihak polis ketika ditahan.

Apa yang telah kita lihat sekarang adalah kerajaan pemberontak negeri yang dipimpin oleh Dr Zambry Abd Kadir enggan berganjak dan tidak mahu membubarkan DUN bagi memberikan laluan kepada pilihanraya semula di negeri tersebut kerana takut dengan kekalahan berulang.
Kerajaan pemberontak negeri tersebut dibentuk oleh Umno apabila parti itu melancarkan rampasan kuasa pada awal bulan Februari yang lalu bagi menggulingkan kerajaan negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.

Justeru daripada itu, mereka menggunakan pelbagai cara dan taktik yang keji dan ganas bagi memastikan rakyat negeri Perak patuh kepada pemerintahan diktator mereka dan ideologi ketuanan Umno.

MACC pertubuhan pengganas

Sewaktu rang undang-undang untuk menubuhakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) dibentang dan diluluskan di dalam parlimen, ramai di antara kita telah menaruh harapan yang penuh agar MACC akan muncul sebagai sebuah badan pembasmi rasuah yang terunggul di negara kita ini pada suatu hari nanti.

Akan tetapi, adalah amat mendukacita sekali bahawa MACC telah gagal menunjukkan keberkesanannya di dalam memerangi gejala rasuah yang sebenarnya. Sebaliknya MACC sekarang lebih menumpukan kepada memerangi arus perubahan yang sangat didahagakan oleh rakyat jelata.

MACC kini telah menjadi sebahagian daripada Umno dan Barisan Nasional (BN) yang giat membantunya dalam mmemerangi arus perubahan yang kini sedang dibawa oleh kerajaan-kerajaan negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat (PR).

MACC kini sedang menjalankan aktiviti keganasan politik bagi pihak Umno dan BN terhadap PR yang merangkumi PKR, DAP dan PAS agar kerajaan-kerajaan negeri yang diterajui oleh mereka ini tidak akan stabil dan bergolak.

Pada mulanya, MACC telah membantu Umno merampas kuasa di negeri Perak dan kini mereka sedang beralih ke negeri Selangor pula dengan memporakperandakan keadaan di negeri tersebut dengan dakwaan rasuah sedang berleluasa di semua peringkat dan jentera pentadbiran negeri tersebut.

Serbuan demi serbuan, serangan demoi serangan hampir setiap minggu di urusetia kerajaan negeri Selangor oleh para pegawai MACC agar jentera pentadbiran negeri akan terganggu, tergendala dan tidak dapat menumpukan perhatian dan khidmat mereka kepada rakyat.

Dan akibat daripada kestablilan negeri Selangor yang tergugat, maka inilah peluang dan saat yang akan dinanti-nantikan oleh Umno dan BN untuk melancarkan satu lagi siri rampasan kuasa untuk menggulingkan kerajaan negeri tersebut.

Peranan MACC kini menyerupai pertubuhan-pertubuhan keselamatan ala Parti Nazi di Jerman sewaktu perang dunia kedua seperti SA, SS dan Waffen-SS yang telah diberikan peranan aktif oleh Parti Nazi untuk menghapuskan pengaruh politik pembangkang dan demokrasi di negeri Jerman pada masa itu.

Jelas MACC telah banyak menyimpang daripada matlamat asal mereka dan telah beralih kepada kegitan keganasan politik bagi pihak Umno dan BN yang amat bercanggah dengan amalan demokrasi di negara kita ini. MACC pada hari ini hanyalah menyerupai bekas Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang lalu di mana ianya masih dibawah kuasa jabatan perdana menteri.

Oleh yang demikian, MACC perlu diharamkan secepat mungkin kerana ianya telah menjadi alat politik Umno dan BN untuk memerangi para pemimpin dan parti-parti komponen PR. MACC perlu dibubarkan dan digantikan dengan satu suruhanjaya bebas yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada parlimen.

Suruhanjaya bebas ala-ICAC Hong Kong adalah merupakan satu-satunya jalan penyelesaian yang efektif terhadap kelemahan dan ketidakberkesanan MACC.

Monday, August 31, 2009

Siasat Mahyuddin Manaf dan agenda keganasannya

Berikutan berlakunya insiden tunjuk perasaan perkauman yang dianjurkan oleh jawatankuasa bertindak Seksyen 23 Shah Alam (yang tidak sah dan tiada pendaftaran) yang dipengerusikan oleh Mahyuddin Manaf, kami ingin menyeru pihak berkuasa agar menjalankan penyiasatan yang lebih mendalam dengan segera bagi mengelakkan tercetusnya pergaduhan kaum yang kemungkinan boleh berlaku.

Ini adalah kerana tunjuk perasaan tersebut yang dipimpin sendiri oleh Mahyuddin Manaf itu turut mempamerkan kepala lembu sebagai membantah cadangan pembinaan sebuah kuil Hindu di kawasan tersebut. Mahyuddin Manaf dan kumpulannya seolah-olah menghina agama Hindu dan masyarakat India.

Kami juga menyeru agar pihak berkuasa tampil ke hadapan dengan segera dan mengambil tindakan terhadap Mahyuddin Manaf dan kumpulannya yang berkemungkinan juga mempunyai hubungan dan kaitan dengan kumpulan-kumpulan pengganas serantau seperti Al-Qaeda, JI dan sebagainya bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini yang bakal berlaku seperti kegiatan pengeboman dan pembunuhan.

Pihak berkuasa harus ingat bahawa Mahyuddin Manaf dan kumpulannya telah mengancam satu pertumpahan darah sewaktu tunjuk perasaan itu diadakan baru-baru ini.

Thursday, August 20, 2009

Ketua NUJ didapati bersalah fitnah Utusan

Pemimpin kesatuan wartawan Utusan Melayu (M) Bhd hari ini didapati bersalah menfitnah syarikat media itu berhubung aduannya isu perbelanjaan syarikat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Amran Ahmad, pengerusi Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) cawangan syarikat itu, dikenakan tindakan siasatan dalaman dengan tiga pertuduhan bermula 4 Ogos lalu. Keputusan siasatan dalaman ini akan diketahui dalam masa dua minggu lagi. Amran dibenarkan merayu bagi meringankan hukuman yang bakal dikenakan terhadapnya.

Beliau didakwa menfitnah kumpulan media berpengaruh itu dalam kenyataannya seperti dilaporkan Malaysiakini pada Jun lepas dan juga Harakahdaily, April lalu.

Nampaknya, Umno sedang meluaskan pengaruh ketuanannya ke atas akhbar miliknya sendiri. Para kakitangannya tidak dibenarkan untuk mendapat kenaikan gaji mengikut perjanjian kolektif mereka. Mereka-mereka yang telah berkhidmat di bawah Utusan, telah membantu Umno meluaskan pengaruh dan agenda ketuanan mereka selama beberapa dekad tidak mendapat penghargaan daripada Umno.

Malah Umno dan Utusan tidak dapat menerima ketelusan dan kebenaran. Jika ada mana-mana kakitangan yang melaporkan salahlaku pengurusan syarikat kepada pihak berkuasa, malah ianya akan cuba menutup kes-kes tersebut dengan cuba memecat orang tersebut.

Lihatlah apa yang telah terjadi terhadap Amran. Beliau telah lama dan bertungkus-lumus berkhidmat untuk Utusan dan Umno dan inilah balasan yang beliau dapat, oleh kerana beliau selaku pemimpin kesatuan prihatin dengan kebajikan rakan seperjuangannya.

Jadi, apa gunanya nak setia kepada Umno? Mereka hanya mempergunakan kamu untuk tujuan dan agenda politik ketuanan mereka.

Kami ingin menyeru semua ahli-ahli NUJ cawangan Utusan agar melancarkan piket bagi membantah tindakan pengurusan syarikat itu yang cuba memecat Amran.

Thursday, August 13, 2009

MACC cacat bila tiada sokongan rakyat

Apa yang dilaung-laungkan selama ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) mengenai usaha-usahanya yang bersungguh-sungguh akan memerangi jenayah rasuah dan salahguna kuasa di dalam negara kita ini akan hanya tinggal laungan semata-mata jika sekiranya MACC terus membiarkan dirinya diperalatkan oleh kerajaan pusat Umno.

Dan jika MACC terus dibayangi oleh politik Umno, maka ianya tidak akan mendapat sokongan dan penghormatan daripada rakyat jelata yang akan melihat MACC itu hanyalah sebahagian daripada alat politik Umno, selepas polis, tentera dan media rasmi tradisional.

Apakah daya MACC untuk bercakap mengenai keadilan, kesaksamaan dan ketelusan di dalam pengurusan dan kaedah penyiasatannya. Apakah daya MACC dapat membuktikan kepada umum bahawa MACC adalah sebuah badan penguatkuasa yang profesional seperti rakan sejawat mereka dari Hong Kong iaitu Suruhanjaya Bebas Bagi Membasmi Rasuah (ICAC).

Setahu kami, ICAC Hong Kong telah membuktikan kredibilitinya di negara kepulauan itu di zaman 70an apabila mereka berjaya menghapuskan kegiatan rasuah yang amat sangat berleluasa di dalam pasukan polis Hong Kong pada masa itu. Dan sehingga kini, ICAC Hong Kong telah berjaya mengekalkan tahap profesionalismenya dengan jayanya sehingga ianya mendapat sanjungan dan penghormatan daripda rakan sejawat mereka di seluruh dunia.

ICAC Hong Kong telah menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan penuh profesional, dedikasi, telus dan cekap tanpa mengira kaitan politik dan kuasa pihak-pihak yang disyaki.

Akan tetapi MACC tidak dapat berbuat demikian sehingga kini walaupun ianya telah dinaiktaraf kepada sebuah suruhanjaya baru-baru ini. Walaupun ianya telah dinaiktaraf, namun MACC masih berada di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan bukannya bertanggungjawab secara langsung kepada parlimen seperti yang diharapkan oleh rakyat kita selama ini.

Dan oleh kerana MACC itu masih di bawah cengkaman JPM maka ianya akan terus menjadi sebahagian daripada alat politik Umno dan presiden partinya untuk mengekang ataupun mengertak mana-mana lawan atau seteru politiknya.

Jadi, bagaimana MACC boleh mendapat sebarang penghormatan daripada rakyat pada umumnya? Jawapannya adalah MACC tidak akan mendapat sebarang penghormatan ataupun kedudukan setaraf dengan ICAC Hong Kong.

Dan jika sekiranya ketua persuruhjaya MACC mengatakan bahawa badannya telah mencapai tahap yang sama seperti ICAC Hong Kong, kami akan membalas “tidak” dan hakikatnya adalah MACC masih berada di bawah alas kaki ICAC Hong Kong.

MACC sehingga kini masih belum layak lagi untuk membandingkan dirinya dengan mana-mana badan membasmi rasuah di seluruh dunia kecuali mereka berani merombak dan merubah kedudukan mereka sekarang untuk memulihkn keyakinan umum terhadap mereka.

Persoalannya adalah adakah MACC dan kerajaan pusat bersedia untuk berbuat demikian?

Monday, August 10, 2009

BN mahu sekat internet

Langkah kerajaan pusat BN untuk menyekat penyaluran internet di negara ini adalah dilihat sebagai suatu usaha BN dan Umno untuk menyekat aliran informasi secara bebas di negara ini.

Ini adalah kerana BN dan Umno kini takut dengan saluran media dan blog bebas di internet yang giat menyalurkan informasi dan penerangan secara terbuka dan benar. BN dan Umno takut dengan adanya penyaluran maklumat secara bebas di internet akan mengakibatkan kemerosotan sokongan rakyat kepada mereka.

Selain daripada itu, langkah kerajaan pusat BN ini juga dilihat BN dan Umno telah mengaku kalah dan tidak dapat lagi bertahan. Oleh yang demikian, untuk mengelak pengaruh mereka daripada merosot, mereka kini mahu menyekat aliran internet kepada umum.

Ini jelas, BN kini dalam ambang ketakutan dan tidak mahu "kegiatan" mereka diketahui umum. Jadi mereka ingin menyekat internet dan menggerakkan saluran media tradisional mereka secara monopoli agar minda rakyat kita dapat dikuasai mereka.

Perbuatan mereka ini telah membawa negara kita ke arah pemerintahan kuku besi dan kediktatoran satu parti.

Wednesday, August 5, 2009

Kebencian Umno dan Utusan terhadap rakyat kian menonjol

Satu lagi artikel yang dibawa oleh Utusan Malaysia, sebuah akhbar milik penuh Umno telah menunjukkan bahawa parti tersebut kian hilang arah, membenci rakyat dan anti perpaduan.

Apa yang dikarang oleh Noor Azam, seorang penulis Utusan Malaysia jelas telah membuktikan kepada umum bahawa mereka ini tidak sukakan keamanan, perpaduan dan kehidupan yang majmuk.

Apabila rakyat Malaysia mencapai perpaduan dengan hidup secara aman damai di antara satu sama lain di dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan budaya, Umno dan Utusan sering berasa tidak senang dengan keadaan tersebut.

Ini adalah kerana jika sekiranya rakyat kita bersatu padu, maka tidak ada faedah lagi bagi Umno dan konco-konconya di dalam BN seperti MCA dan MIC yang juga berlandaskan sistem perkauman yang berasingan. Ini bermakna, jika perpaduan dicapai dengan sepenuhnya, Umno dan BN tidak akan dapat berperanan lagi di dalam arena politik dalam negara kita ini.

Oleh itu, Umno dan Utusan perlu senantiasa mengapi-apikan kebencian antara kaum agar agenda ketuanan mereka dapat diketengahkan, kononnya mereka sedang membela masyarakat Melayu.

Di dalam petikan akhbar tersebut baru-baru ini, penulis tersebut yang bernama Noor Azam mendakwa Pakatan Rakyat (PR) yang merangkumi PKR, DAP dan PAS sedang mengusahakan suatu langkah sulit untuk memansuhkan hak keistimewaan orang-orang Melayu apabila mereka menduduki kerajaan pusat kelak. Apakah niat dan tujuan pertuduhan ini dibuat terhadap PR?

Selain daripada itu, penulis tersebut juga melabelkan DAP sebagai sebuah parti politik Cina radikal yang sedang memperalatkan rakan-rakan Melayu mereka di dalam PR bagi mencapai sasaran politik “sempit” mereka. Ini adalah juga satu pertuduhan yang tidak dapat diterima dan ianya bertujuan untuk memecahbelahkan perpaduan di dalam PR.

Gaya penulisan oleh Noor Azam ini seakan-akan menunjukkan bahawa beliau dan Umno ini penuh dengan kebencian dan dendaman yang amat mendalam.

Ianya suatu agenda perkauman yang telah melampaui taraf ekstremis dan ini akan membahayakan keselamatan, kestabilan dan ketenteraman awam di dalam negara kita ini. Kenapa pula pihak berkuasa masih gagal bertindak terhadap penulis dan akhbar tersebut? Kerana mereka ini adalah di bawah naungan Umno? Satu lagi sebab adalah kesemua institusi kerajaan pusat seperti polis, tentera, kehakiman dan SPRM adalah dikuasai sepenuhnya oleh Umno.

Oleh yang demikian, keadilan dan kesaksamaan tidak akan dapat kita perolehi selagi Umno dan BN masih berkuasa. Apabila mereka ini melakukan sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang dan berbentuk hasutan atau pengkhianatan, tindakan tidak akan diambil oleh pihak berkuasa.

Janganlah kita terpedaya dengan hasutan dan agenda perkauman mereka ini yang tidak akan memberikan sebarang manfaat mahupun faedah kepada kita.