Friday, February 27, 2009

Shabudin menghina agama lain di negara ini

Ahli dewan undangan negeri Permatang Berangan Shabudin Yahya baru-baru ini di dalam kenyataan beliau kepada akhbar kepada Utusan Malaysia telah mengatakan baawa ugama Islam tidak boleh diberikan kedudukan setaraf dengan ugama Buddha, Kristian, Tao, Bahai dan sebagainya kerana ugama Islam (atau Umno sebenarnya) mempunyai darjat dan kedudukan yang lebih tinggi.

Menurut Shabudin, jika ugama Islam diberikan taraf yang sama dengan ugama Buddha, Kristian, Tao, Bahai dan sebagainya, itu adalah penghinaan terhadap ugama Islam.

Kami ingin mengajukan soalan ini kepada Shabudin. Apakah itu hak beliau untuk menaik atau menurun taraf sesuatu ugama di negara ini? Dan adakah itu hak beliau sebagai pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) untuk menentukan sama ada sesuatu ugama itu mempunyai taraf yang rendah atau lebih buruk dari itu?

Kenyataan Shabudin tersebut jelas telah menghina ugama Buddha, Kristian, Tao, Bahai dan sebagainya. Dan pada masa yang sama kenyataan beliau tersebut juga boleh menimbulkan suasana yang tidak sihat di kalangan masyarakat berbilang kaum dan ugama di negara kita ini.

Kenyataan Shabudin tersebut juga jelas membuktikan bahawa beliau dan Umno sememangnya tidak menghiraukan perpaduan antara kaum yang telah lama terjalin di negara ini. Beliau dan Umno jelas inginkan kebencian, perpecahan, perbalahan, pergaduhan dan kekejaman terhadap rakyat jelata.

Oleh yang demikian, Umno perlu dihalang habis-habisan bagi memastikan mereka ini tidak memecahbelahkan negara ini untuk kepentingan politik mereka. Marilah kita menolak Umno dengan sekeras-kerasnya bagi memastikan agar keamanan dan keharmonian masyarakat kita dapat kita kecapi selama-lamanya.

No comments: