Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) baru-baru ini telah mengumumkan bahawa empat kontraktor pembersihannya telah ditamatkan perkhidmatannya berkuat-kuasa serta merta dari 18hb Januari lalu kerana perkhidmatan mereka yang tidak memuaskan dan tidak menjalankan amanat mereka dengan bersungguh-sungguh.
Kontraktor-kontraktor pembersihan yang telah ditamatkan perkhidmatan mereka adalah seperti berikut:-
1. Koperasi Serbaguna Tasek Gelugor Bhd;
2. Sinar Jujur Services;
3. Pertubuhan Peladang Kawasan Lahar Bubu;
4. Spasda Dagangan Sdn Bhd.
Notis-notis penamatan perkhidmatan tersebut terpaksa dikeluarkan oleh kerana kontraktor-kontraktor tersebut enggan menjawab tunjuk sebab yang telah diberikan oleh pihak majlis sebelum ini berhubung dengan tahap perkhidmatan mereka yang tidak memuaskan.
Menurut sumber daripada MPSP jumlah nilai kontrak tersebut adalah di dalam anggaran RM87,371 dan usaha telahpun dimulakan untuk menyenarai pendek beberapa pemohonan-pemohonan yang baru untuk mengambil-alih kontrak-kontrak pembersihan tersebut dengan segera.
No comments:
Post a Comment