Friday, February 13, 2009

Najib sedang mengejar tempat dan markah

Kita semua telah mengetahui bahawa timbalan presiden Umno Najib Razak akan mengambil-alih teraju pemerintah negara ini tidak lama lagi.

Di dalam keasyikan beliau untuk mengejar kedudukannya yang bakal tiba menjelang March ini, rekod prestasinya menunjukkan bahawa beliau telah kalah di dalam dua pilihanraya kecil masing-masing di kawasan parlimen Kuala Terengganu dan Permatang Pauh dan menang di dalam satu siri rampasan kuasa di Perak.

Kini dua lagi pilihanraya kecil akan berlangsung di kawasan DUN Bukit Selambau dan parlimen Bukit Gantang. Sumber-sumber di kedua-dua tempat telah memberikan pertunjuk bahawa hasil daripada kejayaan beliau mengetuai rampasan kuasa di Perak baru-baru ini, Najib dijangka akan kalah teruk di dalam kedua-dua pilihanraya kecil yang bakal diadakan pada 7hb April depan.

Setelah itu, adakah beliau akan merancang satu lagi siri rampasan kuasa bagi menggulingkan kerajaan-kerajaan negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat dan negeri manakah bakal menjadi sasaran seterusnya.

No comments: