Tuesday, February 10, 2009

Pakatan tawar agenda perubahan, BN-Umno tawar wang tunai

Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim berkata perbezaan besar antara “Projek 916″ Pakatan Rakyat dengan “Projek Rampasan Kuasa” BN-Umno adalah Pakatan menawarkan agenda perjuangan kepada wakil-wakil rakyat, manakala BN-Umno menawarkan wang tunai.

Beliau menjawab kenyataan Najib Tun Razak bahawa budaya perpindahan parti dimulakan oleh Anwar sejak September tahun lepas.

“Kita tidak menawarkan apa-apa imbuhan. Sesiapa yang ingin menyertai Pakatan Rakyat harus akur dengan agenda perubahan serta menolak kerakusan kuasa dan rasuah,” kata Anwar.

“Apabila Nasarudin Hashim (Adun Bota) bertemu saya dan menyatakan keinginan untuk menyertai Pakatan Rakyat kerana tidak dapat menerima rasuah dalam Umno, saya bertanya mahukah beliau membuat pengakuan secara terbuka dan dia bersetuju.

“Tidak ada yang dilari atau disembunyikan dari keluarga sendiri, diugut atau disogok,” tegas Anwar.

Sebelum keluar dari Pakatan, keempat-empat Adun Perak ‘dihilangkan’ beberapa hari sebelum muncul bersama Najib. Disamping itu ada pengakuan dan laporan polis bahawa ada tawaran mencecah RM50 juta di Perak dan Kedah bagi menjayakan siri rampasan kuasa di kedua-dua negeri tersebut.

No comments: