Sewaktu rampasan kuasa berlaku di negeri Perak, badan perhubungan Umno negeri tersebut telah memanggil kesemua ahli-ahli dewan undangan negerinya (ADUN), termasuk seorang ADUN dari MCA, dua ADUN PKR dan seorang ADUN DAP yang berpaling tadah untuk bersidang di bangunan ibupejabat Umno Perak.
Setelah "persidangan dewan undangan negeri" yang diadakan di bangunan ibupejabat Umno Perak, "speaker DUN" yang juga timbalan presiden Umno telah mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan "hasil persidangan dewan" mereka telah mendapat majoriti untuk menubuhkan kerajaan negeri yang baru.
Masalahnya adalah kenapa Sultan Perak yang merupakan bekas ketua hakim negara sewenang-wenangnya telah mengiktiriaf kerajaan pemberontak negeri dengan begitu senang sekali? Kenapa baginda tidak mengkaji terlebih dahulu peruntukan undang-undang tubuh negeri sebelum menitahkan keputusannya kepada umum? Adakah baginda benar-benar telah dikenakan tekanan oleh para pemimpin Umno pada masa itu sehingga tidak dapat berbuat apa-apa lagi?
Jelas sekali "persidangan dewan undangan negeri" yang diadakan di bangunan ibupejabat Umno Perak, tanpa kehadiran Speaker DUN dan Setiausaha DUN serta pegawai-pegawai urusan persidangan DUN yang menguruskan catatan minit dan hansard, telah menyalahi perlembagaan.
Selain itu "persidangan dewan undangan negeri" yang diadakan di bangunan ibupejabat Umno Perak telah dipengerusikan oleh timbalan presiden Umno yang bertindak sebagai "speaker DUN" pula. Adakah ini mengikut undang-undang? Masalahnya adalah kenapa baginda tidak sedar akan kesalahan kedua-dua perbuatan ini dari segi perlembagaan?
Sudah menjadi satu kesalahan besar bagi Umno apabila melancarkan rampasan kuasa dan pemberontakan menggulingkan kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat pada pilihanraya umum yang lalu, dan itu telah tidak berlandaskan konsep demokrasi dan perbuatan itu jelas bersifat ketuanan dan kediktatoran.
Selain daripada itu, kesalahan yang kedua bagi Umno adalah mereka telah mengadakan persidangan dewan undangan negeri dengan ADUN-ADUNnya di ibupejabat Umno negeri Perak. Sepatutnya sekiranya mereka mendakwa yang mereka telah memperoleh majoriti baru, mereka sepatutnya memanggil dewan undangan negeri untuk bersidang di Bangunan DUN serta mengundi secara terbuka dan sah, dan bukannya bersidang di ibupejabat Umno negeri Perak.
Tujuan Umno mengadakan persidangan dewan undangan negeri dengan ADUN-ADUNnya di ibupejabat Umno negeri Perak adalah untuk menghalang ADUN-ADUN daripada Pakatan Rakyat untuk menghadirinya kerana kehadiran ini mungkin boleh menggugat undi majoriti tersebut yang berada di dalam keadaan yang tidak menentu.
Umno telah menggunakan taktik yang hina ini untuk menggulingkan kerajaan negeri Perak dan seterusnya menubuhkan kerajaan pemberontak negeri yang diterajuinya.
Dengan itu, tindakan Speaker DUN V.Sivakumar menggantung mentri besar Umno dan enam exco kerajaan pemberontaknya daripada menghadiri sidang DUN yang akan datang adalah wajar dan berpandukan undang-undang yang sedia ada.
No comments:
Post a Comment