Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan pemimpin Umno telah mengambil kuasa mutlak daripada Raja-raja untuk menyalahgunakan kuasa serta mencelarukan negara.
"Apa yang berlaku di Perak, kita tidak mahu bertempur dengan raja, kita mendukung raja berperlembagaan yang sebenarnya. Tetapi apa yang berlaku, pemimpin Umno mengambil kuasa mutlak dari raja-raja, "beliau berkata demikian sewaktu menjawab kenyataan Dato' Tajuddin Abdul Rahman (Umno-Pasir Salak) yang mencelah ucapannya sewaktu membawa usul menjunjung kasih titah Diraja oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh presiden PAS itu memanglah tepat dan jelas sekali. Umno telah mengambil-alih kuasa Raja-raja pada tahun 1993 melalui pindaan perlembagaan persekutuan yang dianjurnya ketika itu dan kini telah menggunakan keseluruhan bekas kuasa-kuasa Raja-raja tersebut untuk menindas rakyat dan sistem demokrasi di negara ini.
Sepertimana yang telah saya nyatakan di dalam penulisan saya yang lalu, Umno kini sedang mempergunakan bekas kuasa-kuasa Raja-raja tersebut untuk menghalalkan penindasannya terhadap rakyat dan demokrasi, dengan menggunakan hak ketuanannya untuk melabel kalangan kita sebagai "penderhaka" sewenang-wenangnya.
Umno kini sedang rakus dan akan sentiasa rakus dengan kuasa-kuasa yang berada di tangannya sekarang.
No comments:
Post a Comment