Monday, February 16, 2009

Isu foto bogel Exco Selangor, satu lagi projek Dr Khir Toyo

Setahu kita, ketua perhubungan Umno Selangor Dr Mohd Khir Toyo sebelum ini telah menaja projek Mesjid Kinrara dan berjaya menyebabkan Exco wanita Kerajaan Negeri Selangor Teresa Kok ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri tanpa sebab atau bukti yang kukuh.

Kini Dr Khir menaja projeknya yang kedua iaitu projek Gambar Bogel seorang lagi Exco wanita Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong dengan tujuan untuk menjatuhkan imej dan karier politiknya dan sekaligus memberikan suatu imej yang buruk terhadap Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Apabila, gambar bogel Exco kerajaan tersebut disebarkan kepada umum oleh pihak yang belum lagi dikenal pasti, Dr Khir adalah merupakan orang pertama yang tampil ke hadapan mengatakan Elizabeth adalah seorang yang tidak bermoral dan beliau perlu meletakkan jawatan Exconya dengan segera.

Dengan kenyataan hipokrit Dr Khir ini, kita semua sudah hampir pasti siapakah dalang sebenarnya krisis ini yang bertujuan menjatuhkan imej kerajaan negeri tersebut.

Apakah tajuk projek ketiga Dr Khir yang seterusnya?

No comments: