Tuesday, February 10, 2009

Waran Tangkap dikeluarkan ke atas Adun Bebas Changkat Jering

Mahkamah Mahkamah Majistret Ipoh hari ini mengeluarkan waran ke atas Adun bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN), Mohd Osman Mohd Jailu kerana tidak hadir ke mahkamah untuk perbicaraan perbicaraan kes rasuah projek pembangunan yang bernilai RM180 juta.

Osman yang mewakili Dewab Undangan Negeri (Dun) Changkat Jering dikatakan dilaporkan media melalui beberapa sumber, dimasukan ke hospital. Walaubagaimanapun media berkenaan masih tidak dapat pengesahan daripada Adun berkenaan.

Beliau dituduh bersubahat dengan Adun Behrang Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi juga Adun bebas yang menyokong BN kerana dikatakan menerima rasuah bagi mendapatkan satu projek iaitu cadangan membangunkan tanah seluas 36.42 hektar bernilai RM180 juta di kawasan pusat bandar Seri Iskandar dekat sini secara usahasama dengan Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT).
Jamaluddin turut dilaporkan tidak menghadirkan diri ke mahkamah kerana sakit.

Menurut peguam Jamaluddin, seperti yang dilaporkan media, surat sakit anak guamnya telah dikemukakan kepada pihak mahkamah.

Nampaknya, Mohd Osman Mohd Jailu menyangka yang segala tuduhan rasuah tersebut akan digugurkan setelah beliau meninggalkan PKR seperti yang dijanjikan oleh seorang pemimpin tertinggi Umno yang telah menemuinya.

Pemimpin tertinggi Umno tersebut kemungkinan telah lupa untuk mengarahkan pendakwaraya untuk menggugurkan tuduhan rasuah tersebut terhadap kedua-dua Mohd Osman Mohd Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi kerana masih sibuk dengan usaha memastikan mentri besar dan kerajaan pemberontak negeri Perak benar-benar telah mengambil-alih pemerintahan negeri tersebut.

No comments: