Monday, February 9, 2009

Hapuskan anasir-anasir Umno

Kerajaan-kerajaan negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat adalah diminta agar segera menghapuskan anasir-anasir Umno yang masih berkhidmat di dalam jentera pentadbiran kerajaan negeri.

Ini adalah kerana, jika sekiranya anasir-anasir Umno tersebut masih dibenarkan untuk meneruskan khidmat mereka di jentera-jentera pentadbiran kerajaan negeri, berkemungkinan besar anasir-anasir Umno ini akan melakukan pelbagai sabotaj terhadap perjalanan pentadbiran kerajaan negeri dan seterusnya menggugat kestabilan serta mengancam keselamatan negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Oleh itu, para pemimpin Pakatan Rakyat adalah diminta agar bertindak dengan seberapa segera yang boleh bagi menangani ancaman tersebut sebelum ianya menular dan tidak dapat dikawal.

No comments: