Ingin kami maklumkan kepada semua pembaca agar berhati-hati serta berwaspada terhadap pelbagai dakyah serta fitnah yang sering dilemparkan melalui media massa dan akhbar-akhbar yang pro-Umno dan BN.
Dakyah serta fitnah yang mereka sering lemparkan melalui media-media yang menyokong mereka bertujuan untuk memburukkan serta menjatuhkan imej para pemimpin dan parti-parti komponen Pakatan Rakyat dengan sewenang-wenangnya.
Oleh itu, kami berharap rakyat tidak akan mudah terpengaruh dengan segala agenda-agenda Umno dan BN tersebut yang bertujuan untuk memecahbelahkan rakyat, membangkitkan sentimen perkauman serta benci-membenci di antara satu sama lain.
Utamakan perpaduan di negara kita.
No comments:
Post a Comment