Monday, February 9, 2009

Kerajaan pemberontak Umno Perak takut

Kerajaan pemberontak negeri Perak yang diterajui oleh Umno Perak telah menyatakan bahawa mereka tidak akan membubarkan dewan undangan negeri bagi mengadakan pilihanraya semula.

Ini adalah kerana mereka takut dengan kuasa rakyat dan telah jelas mengetahui bahawa rakyat akan menolak mereka sekaligus sekiranya mereka bersetuju untuk mengadakan semula pilihanraya negeri. Umno juga telah mengetahui bahawa, parti mereka sudah tidak relevan lagi di mata rakyat.

Oleh kerana itu, Umno telah melancarkan rampasan kuasa dengan menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat yang sah dengan bantuan pasukan keselamatan daripada kerajaan pusat bagi memberikan tekanan terhadap Sultan Perak agar baginda terpaksa menerima dan mengiktiraf rampasan kuasa tersebut.

Kita beserta dengan majoriti rakyat Perak tidak akan sekali-kali mengiktiraf kerajaan pemberontak negeri yang diterajui oleh Dr Zambry Abd Kadir dari Umno Perak kerana kerajaan yang dibentuk mereka ini adalah tidak sah, haram dan salah di sisi undang-undang.

Kerajaan yang dibentuk hasil daripada rampasan kuasa adalah juga benar-benar haram dari segi ugama dan perundangan syariah pada keseluruhannya.

Dengan ini, bermulalah era kediktatoran dan ketuanan di negeri Perak.

No comments: