Wednesday, February 18, 2009

MB Umno and kerajaan pemberontak digantung dari sidang DUN Perak

Mentri Besar Umno Dr Zambry Abd Kadir dan semua ahli exconya di dalam kerajaan pemberontak negeri Perak telah digantung daripada menghadiri persidangan dewan undangan negeri Perak seterusnya berkuatkuasa serta merta pada hari ini.

Keputusan itu diumumkan oleh Speaker DUN Perak V Sivakumar selepas selesai bersidang hari ini.

Penggantungan tersebut dibuat ekoran tindakan ahli-ahli dewan undangan negeri Umno yang sebelum ini telah mengadakan persidangan DUN mereka di ibupejabat Umno Perak dan mengeluarkan undi tidak percaya mereka dari sana bagi merampas kuasa daripada kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Tindakan ahli-ahli dewan undangan negeri Umno tersebut jelas telah menyalahi etika persidangan DUN di mana sebarang persidangan hendaklah diadakan di bangunan DUN dan tidak di tempat lain bagi mewartakan sesuatu tindakan ataupun sebarang enakmen undang-undang.

Selain daripada itu, tindakan penggantungan itu juga di buat keranan peranan aktif ahli-ahli dewan undangan negeri Umno tersebut di dalam rampasan kuasa tersebut yang telah menggulingkan kerajaan negeri yang sah.

No comments: