Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah mengumumkan hari ini bahawa tarikh pilihanraya kecil bagi kedua-dua kawasan DUN Bukit Selambau dan Parlimen Bukit Gantang adalah pada 7hb April, iaitu ianya juga adalah hari kerja dan bukannya cuti umum seperti yang diharapkan oleh kebanyakan pengundi.
Keputusan yang dibuat oleh SPR ini jelas telah menunjukkan bahawa mereka ini langsung tidak mengendahkan pentingnya kebajikan para pengundi. Sekiranya hari mengundi tersebut ditetapkan pada hari kerja, bagaimanakah para pengundi yang bekerja dan tinggal di luar kawasan tersebut dapat mengambil cuti yang singkat dan kembali ke kawasan masing-masing dengan keadaan kelam kabut?
Adakah SPR masih mengikuti segala telunjuk dan arahan daripada kerajaan pusat BN-Umno dengan menetapkan tarikh pengundian yang sedemikian sebagai strategi BN-Umno untuk mengurangkan jumlah pengundi yang pergi mengundi?
No comments:
Post a Comment