Thursday, February 5, 2009

Cubaan rampasan kuasa di Perak

Nampaknya cubaan rampasan kuasa di Perak oleh Umno mungkin berjaya berikutan tekanan berterusan yang dilakukan oleh para pemimpin Umno terhadap Sultan Perak yang dijangka mengumumkan keputusan baginda sebentar lagi.

Kejayaan Umno mengulingkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak telah menunjukkan demokrasi telah terkubur dengan begitu sahaja. Kerajaan yang sah yang dipilih oleh rakyat telah lenyap dengan begitu sahaja hasil daripada usaha Umno yang telah merasuah keempat-empat ADUN Pakatan Rakyat untuk melompat parti menyokong Umno.

Adalah difahamkan bahawa dua daripada empat ADUN yang berpaling tadah iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) telah bersetuju dengan tawaran yang dibuat oleh timbalan perdana menteri Najib Razak di mana peguam negara akan menguggurkan tuduhan rasuah terhadap mereka di mahkamah setelah mereka meninggalkan PKR dan Pakatan Rakyat.

Manakala Hee Yit Foong (Jelapang) dan Datuk Nasaruddin Hashim (Bota) pula masing-masing telah meninggalkan PKR dan DAP, dipercayai telah ditawarkan jawatan tinggi di dalam kerajaan baru serta saguhati yang lain oleh Umno.

No comments: