Berikutan rampasan kuasa oleh Umno di Perak yang berjaya menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat di sana, dan kejayaan Umno mendapatkan pengiktirafan daripada Sultan Perak untuk menubuhkan kerajaan pemberontak di negeri itu, ianya telah membangkitkan kemarahan rakyat jelata yang jelas tidak puashati dengan segala tindak tanduk Umno ini yang tidak demokratik dan berfahaman ketuanan.
Bagi mempertahankan kejayaan rampasan kuasa Umno di Perak, mereka menggunakan label derhaka terhadap sesiapa yang mengkritik dan mengeluarkan kenyataan tidak puashati terhadap kerajaan pemberontaknya yang kini sedang menerajui negeri Perak dengan berselindung di sebalik Sultan Perak dan mendakwa kononnya kita telah menderhakai Sultan dengan kritikan dan luahan tidak puashati kami.
Faktor sebenarnya sudah berada di depan mata rakyat. Umno lah penderhaka sebenarnya kerana parti itu telah mengerahkan pasukan keselamatan pusatnya untuk mengepung Istana Kinta bagi memberikan tekanan terhadap Sultan Perak supaya baginda memberikan watikah kepada kerajaan pemberontak negeri yang baru dibentuk.
Umno lah penderhaka sebenarnya kerana pada krisis perlembagaan negara yang lalu, para pemimpin tertinggi Umno telah meluluskan pindaan terhadap perlembagaan persekutuan pada tahun 1993 bagi memansuhkan kuasa dan kekebalan raja-raja, seterusnya meletakkan seluruh institusi raja di dalam platfom demokrasi sepenuhnya.
Dengan penghapusan kuasa dan kekebalan raja-raja, menurut Umno, ianya membolehkan rakyat jelata mengkritik dan memberikan penilaian mereka terhadap prestasi raja-raja dan menegur jika terdapat sebarang kekurangan dan kesilapan. Maknanya, Umno sendiri telah menerima hakikat pada tahun 1993 bahawa raja-raja tidak boleh berkuasa penuh dan kebal kerana ini akan membawa kesan yang tidak positif terhadap Umno sendiri di suatu hari kelak.
Jadi siapakah derhaka sebenarnya? Umno lah penderhaka sebenarnya kerana ia telah meminda perlembagaan persekutuan pada tahun 1993 dan seterusnya perlembagaan persekutuan yang menderhakai raja kerana ianya kini berada di dalam platfom demokrasi dan oleh yang demikian rakyat dan para pengkritik turut menjadi penderhaka hasil daripada usaha Umno pada tahun 1993. Akibat daripada itu juga, para pengundi akan menjadi penderhaka pada masa yang sama oleh kerana semua hasil usaha Umno tersebut.
Jelasnya sewaktu kejadian pada tahun 1993, Umno tidak mahu mengetepikan perkataan derhaka kerana ia masih ingin mempergunakan gelaran tersebut terhadap para pengkritik parti tersebut pada masa yang akan datang dan pada hari ini jelas Umno sedang mempergunakan gelaran derhaka tersebut terhadap rakyat jelata, terhadap para pengundi, terhadap pendukung demokrasi dengan demonstrasi-demonstrasi yang dianjurkannya di seluruh negara kononnya ingin mempertahankan kuasa dan kekebalan raja-raja yang Umno sendiri telah hapuskan pada tahun 1993.
Kita tengok lah siapa derhaka dalam bab yang seterusnya.
No comments:
Post a Comment