Monday, February 23, 2009

Karpal gesa undang-undang tegas ceroboh peribadi

Pengerusi DAP Karpal Singh mahu undang-undang lebih tegas terhadap pencerobohan hak peribadi, terutamanya selepas penyebaran gambar bogel Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Bukit Lanjan, Elizabeth Wong.

Katanya, hukuman bagi pencabulan hak peribadi mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100, adalah satu penghinaan kecerdikan mana-mana orang.

Nampaknya undang-undang yang digubal dalam tahun 1955 itu sudah ketinggalan zaman dan tidak ada sesiapapun ataupun menteri yang berkenaan mengambil berat mengenai perkara ini, ataupun undang-undang yang ketinggalan zaman ini sengaja dilepaskan begitu sahaja bagi membolehkan kesalahan-kesalahan sedemikian yang dilakukan oleh orang-orang tertentu dapat dilepaskan dengan hanya membayar denda yang jumlah kurang daripada RM100.

Mungkinkah ini cara para pemimpin Umno memastikan agar beberapa peruntukan undang-undang yang sedia ada longgar dan ketinggalan agar ianya dapat mencapai tujuan politik mereka sebenarnya.

Kita sudah lihat akibatnya sekarang. Yang sering dianiayai sekarang adalah para pemimpin daripada Pakatan Rakyat kerana ketiadaan undang-undang yang berkesan untuk melindungi mereka daripada dendaman dan jenayah politik yang dilakukan oleh Umno.

Sehingga bilakah ketidakadilan ini akan berterusan dan sejauh manakah rakyat jelata dapat dilindungi oleh undang-undang yang sedia ada? Kita tidak tahu. Mingkin akan dibiarkan berlaku kematian demi kematian barulah jemaah menteri akan mengkaji semula suatu undang-undang.

No comments: