Saturday, February 7, 2009

Kita mencabar Umno Perak adakan semula pilihanraya negeri

Oleh kerana Umno Perak telah dengan rasminya membentuk kerajaan pemberontak di negeri itu pada hari ini, setelah berjaya menggulingkan pentadbiran Pakatan Rakyat yang sah atas alasan ahli-ahli dewan undangan negeri berpaling tadah, kita mencabar agar kerajaan pemberontak yang dibentuk oleh Umno Perak itu mengadakan semula pilihanraya negeri bagi membuktikan yang mereka boleh menang dan menjadi kerajaan semula melalui proses demokrasi.

Umno Perak perlu memberanikan diri mereka dan tidak menyorok di sebalik krisis tersebut dengan hanya asyik menyatakan mereka telah memperoleh majoriti untuk menjadi kerajaan yang baru. Ini tidak boleh membuktikan yang mereka ini benar-benar mempunyai sokongan penuh rakyat.

Umno Perak juga perlu sedar bahawa, pentadbiran baru yang mereka bentuk pada hari ini adalah sebuah kerajaan pemberontak hasil daripada rampasan kuasa yang dianjurnya dua hari yang lalu. Kerajaan pemberontak tersebut bukannya dipilih oleh rakyat tetapi telah mengambil pentadbiran sebelumnya dengan menggunakan kekerasan yang tidak berlandaskan demokrasi.

Sekiranya Umno Perak mempunyai sokongan kuat dari rakyat seperti yang didakwanya, buktikan kesahihan itu dengan membubarkan dewan undangan negeri dan mengadakan pilihanraya negeri yang baru.

Jika Umno Perak masih enggan berbuat demikian, ini jelas membuktikan mereka tidak yakin dan takut menghadapi rakyat jelata. Kita gelar mereka pengecut.

1 comment:

Viktor Wong said...

Umno adalah sebuah parti perkauman yang bermasalah, ekstremis, tidak bermoral dan tidak beretika.

Tibalah masa Umno perlu dihapuskan dengan segera sebelum negara kita Malaysia dihapuskan oleh Umno.