Sejak dari dahulu lagi Umno asyik melaung-laungkan ketuanannya demi membuktikan kepada umum bahawa mereka amat berkuasa dari pelbagai aspek. Menurut Umno, ketuanan tersebut telah memberikan kepuasan maksima terhadap apa yang diperlakukan mereka adalah demi "bangsa” mereka.
Sebenarnya itu adalah tidak benar sama sekali seperti apa yang didakwa mereka. Para pemimpin and ahli-ahli Umno sebenarnya telah mempergunakan konsep ketuanan tersebut untuk melanjutkan usia kepentingan politik mereka. Buktinya adalah sehingga sekarang peratusan paras kemiskinan “bangsa” yang Umno mendakwa memperjuangkan untuknya masih tinggi dan tidak mencapai sebarang kemajuan yang boleh dibanggakan.
Di samping itu, konsep ketuanan yang diperjuangkan oleh Umno ini juga telah memberikan suatu kekebalan kepada semua pemimpin dan ahli-ahlinya agar segala tindakan yang diambil oleh mereka tidak akan ditafsirkan sebagai melanggari sesuatu undang-undang.
Ini bermakna, ketuanan yang dipelopori oleh Umno ini memberikan jaminan bahawa para pemimpin dan ahli-ahlinya adalah kebal dari segi undang-undang. Ketuanan Umno ini juga telah meletakkan para pemimpin dan ahli-ahlinya berada di atas undang-undang, berada di atas Raja-raja, berada di atas perlembagaan dan akhirnya berada di atas Allah s.w.t.
Oleh itu, kerana kekebalan yang dimiliki oleh para pemimpin dan ahli-ahli Umno ini, mereka mendakwa bahawa mereka amat berkuasa dari segi undang-undang dan politik dan berhak melakukan apa sahaja bagi mempertahankan hak dan kekebalan mereka. Sesiapa yang mengkritik dan mendedahkan kesalahan ataupun kelemahan mereka adalah dianggap mengkhianati negara, mengkhianati Raja-raja dan mengkhianati perlembagaan.
Ketuanan yang dinikmati penuh oleh para pemimpin dan ahli-ahli Umno ini juga membolehkan mereka melakukan apa-jua ancaman, gertakan, keganasan ataupun kekejaman demi memastikan agar rakyat dan masyarakat umum mematuhi segala dasar mereka tanpa mempersoalkan apa-apa darinya.
Malah para pemimpin dan ahli-ahli Umno ini juga ditakuti pihak berkuasa seperti polis dan tentera oleh kerana kuasa, pengaruh, darjat dan kekebalan mereka yang dianggap sangat tinggi. Para pemimpin dan ahli-ahli Umno ini juga sering menganggap diri mereka sebagai golongan bangsawan yang tidak boleh dipersoal hak mereka dengan sewenang-wenangnya.
Jadi, dengan ketuanan Umno inilah yang bakal memusnahkan negara kita di suatu hari nanti, sekiranya kita sebagai rakyat Malaysia tidak menjalankan kewajiban kita dengan bersungguh-sungguh. Kita mesti ingat bahawa adalah tugas dan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia di dalam memastikan keamanan dan perpaduan di negara kita ini terjamin demi keluarga kita, anak-anak kita, sahabat-handai kita dan seterusnya generasi kita yang akan datang.
No comments:
Post a Comment