Seramai 6 orang penulis blog dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan “menghina” Sultan Perak berikutan rampasan kuasa Umno yang mengulingkan kerajaan negeri yang sah pada awal bulan Februari yang lalu.
6 orang penulis blog yang didakwa di mahkamah sebenarnya telah meluahkan perasaan mereka dan kebenaran di sebalik rampasan kuasa yang didalangi oleh Umno. Mereka sebenarnya tidak melanggar sebarang undang-undang tetapi hanya ingin menegakkan keadilan dan kebenaran.
Oleh kerana azam penulis-penulis blog tersebut amat kuat dan bertekad untuk meneruskan perjuangan mereka, Umno mulai takut kerana sekiranya ia berterusan kedudukan mereka akan tergugat dan mereka akan kehilangan kuasa. Umno takut akan kejahatan mereka akan diketahui umum.
Jadi, mereka mengarahkan polis supaya menahan dan mendakwa para penulis blog tersebut bagi menakut-nakutkan mereka dan lain-lain penulis blog agar mereka tidak berani lagi mendedahkan kebenaran dan menegakkan keadilan.
Kita percaya bahawa para penulis blog yang lain tidak akan patah semangat dan akan terus berjuang demi menegakkan keadilan. Kita menyokong 6 penulis blog tersebut dan menggesa agar mereka terus mempertahan hak mereka dengan sewajarnya.
Dan kini kita mengulangi seruan kita, mansuhkan kerajaan pemberontak Umno negeri dan bubarkan dewan undangan negeri bagi membolehkan pilihanraya negeri diadakan semula.
No comments:
Post a Comment