Kebanyakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berpusat di negeri Perak telah sebulat suara menyeru agar baginda Sultan Perak segera membubarkan dewan undangan negeri Perak bagi member laluan kepada pilihanraya negeri yang baru.
Ini adalah kerana sejak rampasan kuasa yang didalangi Umno pada awal bulan Februari yang lalu keadaan politik di negeri tersebut telah menjadi semakin runcing dan nampaknya tidak ada sebarang jalan penyelesaian yang kukuh terhadap krisis tersebut diakibatkan oleh kegiatan-kegiatan Umno yang tidak demokratik serta melanggar perlembagaan.
Rakyat di negeri tersebut telah melihat kerajaan pemberontak yang diterajui oleh Umno sebagai tidak sah kerana ianya diperolehi melalui amalan yang tidak beretika di mana elemen rasuah dan salahguna kuasa dilaporkan berlaku di pihak Umno.
Di antara NGO yang mengemukakan usul mereka kepada baginda sultan adalah dua puluh tiga pertubuhan dan dewan masyarakat Cina, Rangkaian Penulis-penulis Blog Negeri Perak, empat pertubuhan Islam iaitu Jamaiy Negeri Perak, Kumpulan Prihatin Pertubuhan Islam bukan kerajaan Negeri Perak, Yayasan Amal Negeri Perak dan Biro Kebajikan Pusat Khidmat Sosial Islam Negeri Perak.
Selain daripada itu, para NGO tersebut juga telah menjalankan kempen mereka di seluruh negeri bagi mengumpul tandatangan daripada rakyat di dalam usaha mendapatkan sokongan untuk merayu baginda sultan agar segera membubarkan dewan undangan negeri bagi member laluan kepada pilihanraya semula di negeri tersebut.
Nampaknya, kebanyakan rakyat negeri Perak telah bosan dengan segala pembohongan, pemalsuan dan karenah yang ditonjolkan oleh Umno selama ini.
Tidak ada jalan lain lagi, pilihanraya negeri harus diadakan semula demi kepentingan rakyat pada keseluruhannya. Kita harus menghalang Umno daripada terus menghuru-harakan rakyat dan keadaan di negeri tersebut. Perbuatan Umno tersebut adalah derhaka sebenarnya.
No comments:
Post a Comment