Kami ingin mengucapkan tahniah kepada Majlis Peguam Malaysia kerana perjuangan mereka yang tidak henti-henti di dalam mempertahankan kedaulatan perlembagaan persekutuan, keadilan, kebebasan dan kesaksamaan untuk rakyat kita.
Kami juga ingin memberikan peringatan kepada Majlis Peguam agar meneruskan perjuangan dan matlamat mereka untuk negara kita dan jangan sekali-kali tunduk kepada beberapa orang pemimpin Umno yang sering menyalahgunakan jentera pentadbiran kerajaan demi kepentingan politik mereka sendiri.
Kita sedar bahawa Umno sedang mengancam Majlis Peguam dengan mengatakan bahawa mereka ini menghina agama dan kedaulatan Raja-raja. Semua ini adalah dusta, penipuan dan pembohongan belaka. Apa yang dilakukan oleh Majlis Peguam selama ini adalah demi kepentingan rakyat dan seluruh masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan kedudukan.
Apa yang dilakukan oleh para pemimpin Umno adalah untuk mempertahan kepentingan peribadi politik, kekuasaan, kekebalan dan kekayaan mereka semata-mata dan langsung tidak mempertahankan kepentingan masyarakat Melayu dan Raja-raja seperti yang didakwa mereka. Umno hanya berselindung di sebalik dan mempergunakan masyarakat Melayu dan Raja-raja mereka untuk meluaskan kepentingan peribadi politik, kekuasaan, kekebalan dan kekayaan mereka sendiri dan itu adalah hakikatnya.
Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama terus mengecam segala ketuanan, keganasan, kekejaman dan kezaliman yang ditonjolkan oleh Umno terhadap rakyat kita yang kian menderita setiap hari.
Penderitaan rakyat negara kita haruslah dihentikan dengan seberapa segera yang boleh.
No comments:
Post a Comment