Thursday, March 5, 2009

Dah rampas kuasa, kini rampas bangunan dewan undangan negeri

Setelah Umno Perak merampas kuasa dengan menggulingkan kerajaan negeri Perak yang dipilih oleh rakyat, kini mereka merampas bangunan dewan undangan negeri pula bagi menghalang persidangan dewan diadakan mengikut lunas demokrasi yang sedia ada dengan bantuan pasukan keselamatan persekutuan.

Nampaknya demokrasi di negara ini sedang menuju ke arah kehancuran dan sekiranya Umno dibenarkan untuk terus mentadbir kerajaan pusat, perlembagaan persekutuan mungkin akan dilupuskan dengan begitu sahaja di suatu hari nanti.

Negeri Perak telah menjadi satu contoh yang dapat dilihat oleh masyarakat bukan sahaja di negara kita, malah negara-negara lain juga sedang memerhati segala tindak tanduk yang dilakukan oleh Umno selama ini.

Adakah itu bermakna, sewaktu rampasan kuasa di Perak, Umno mengadakan persidangan dewan undangan negerinya di ibupejabat Umno Perak tanpa kehadiran speaker dan sekaligus mengeluarkan undi tidak percaya mereka kepada kerajaan negeri pada masa itu. Adakah itu persidangan yang sah? Kenapa Sultan Perak menerima pakai persidangan dewan tersebut yang diadakan di ibupejabat Umno Perak tanpa kehadiran wajib speaker yang sepatutnya mempengerusikan persidangan tersebut tetapi dipengerusikan oleh timbalan presden Umno pula?

Kenapa segala kesalahan yang dilakukan oleh Umno selama ini adalah dianggap sah dan betul malah apa yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat demi masyarakat adalah salah dan derhaka?

Ini adalah kerana Umno mempunyai ketuanannya yang menjamin kekebalan kuasaya dan boleh bertindak di luar batas undang-undang dan perlembagaan. Itu lah hakikatnya.

No comments: