Kejadian mat rempit menyerang, mencedera, membunuh dan lain-lain lagi jenayah terhadap orang awam kini kian menjadi ganas dan tidak berperikemanusiaan.
Namun, sehingga kini pihak polis masih gagal menangani masalah tersebut yang semakin berleluasa sehingga mengakibatkan beberapa siri kematian terhadap sesetengah mangsa yang tidak berdosa ini. Malah adalah sesetengah anggota polis dilaporkan takut dengan kumpulan bermotosikal samseng ini oleh kerana mereka ini turut memiliki senjata api dan lain-lain alat-alat yang berbahaya yang boleh menyebabkan maut.
Kenapa kegiatan kumpulan mat rempit ini menjadi semakin meluas? Jawapan yang paling tepat adalah kerana mereka ini dinaungi oleh pergerakan pemuda Umno Malaysia melalui sayap remajanya yang bergelar putera Umno. Dan itu adalah hakikatnya.
Pemuda Umno dan sayap puteranya sebelum ini pernah beberapa kali telah menganjurkan beberapa siri dan program yang kononnya didakwa akan dapat membawa kumpulan-kumpulan mat rempit kembali ke pangkuan masyarakat.
Namun, di sebaliknya kumpulan-kumpulan mat rempit ini telah diberikan latihan khusus di dalam pelbagai kegiatan politik untuk kegunaan mereka, seperti sabotaj politik, pencetus pergaduhan di dalam perarakan, membangkitkan kemarahan, melakukan keganasan politik dan sebagainya.
Malah, kumpulan-kumpulan mat rempit ini juga telah diberikan peruntukan kewangan yang besar bagi menjalankan pelbagai kegiatan mereka untuk Umno dan pada masa yang sama memperkukuhkan kumpulan mereka dengan pelbagai peralatan perlindungan sewaktu melakukan jenayah ataupun lain-lain kegiatan yang tidak bermoral serta negatif.
Oleh kerana kumpulan-kumpulan mat rempit ini terus dibiayai oleh pemuda Umno dengan sepenuhnya, pihak polis tidak dapat melakukan apa-apa bagi membendung kegiatan mereka dengan berkesan dan malah, jika sekiranya ada di antara mereka ini ditahan polis, mereka akan segera dijamin keluar oleh agen-agen yang mempunyai kait rapat dengan pemuda Umno.
Mungkinkah kumpulan-kumpulan mat rempit ini akan dinaik taraf oleh Umno di suatu hari nanti untuk dijadikan pasukan militia parti tersebut. Dan sekiranya ia benar-benar menjadi kenyataan, negara kita mungkin akan musnah di tangan Umno pada suatu hari nanti.
Jadi, kita tidak boleh membenarkan Umno terus memerintah negara ini lagi. Kita perlu sama-sama berganding bahu di dalam menghalang usaha-usaha keganasan mereka daripada menghampiri masyarakat kita.
No comments:
Post a Comment