Sunday, March 8, 2009

Umno sama seperti Hezbollah

Menurut kenyataan yang dilaporkan di dalam akhbar New Straits Times Press pada 7hb Mac lalu, setiausaha Umno Pulau Pinang dan ahli dewan undangan negeri kawasan Penaga Azhar Ibrahim telah menyamakan DAP dengan pertubuhan haram Al-Arqam di dalam program pembasmian kemiskinan anjuran DAP melalui penjualan akhbar parti Roket kepada orang ramai.

Selain daripada itu, Azhar juga menyebut, program anjuran DAP tersebut telah memperhambakan orang ramai untuk menjual akhbar Roket bagi pihaknya dan hanya untuk kepentingan parti tersebut serta tidak ikhlas di dalam mengusahakan kegiatan pembasmian kemiskinan yang sebenarnya.

Kita semua tahu apakah niat sebenarnya Azhar dan Umno di dalam memberikan kenyataan yang sedemikian. Mereka ingin mengelirukan rakyat dan membangkitkan kemarahan masyarakat dengan sewenang-wenangnya yang boleh mengakibatkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Kita tengok apa yang dapat kita samakan dengan Umno. Jelas dapat kita lihat Umno pada hari ini jelas menyamai Hezbollah dari Lebanon. Hezbollah adalah sebuah pertubuhan yang mengutamakan kegiatan ketuanan, keganasan, peperangan, perkauman serta pengeboman terhadap orang-orang yang tidak berdosa. Umno mempunyai daya dan keadaan yang hamper menyerupai Hezbollah.

Di dalam adegan-adegan politik tanahair kita sering melihat Umno memperkasakan dasar-dasar perkauman mereka, dasar-dasar anti perpaduan mereka, menyokong keganasan, ketuanan dan suka menghuru-harakan rakyat dan keadaan. Itu adalah hakikatnya.

Di dalam perhimpunan agung parti mereka yang lalu, mereka mahukan pertumpahan darah dan peristiwa 13 Mei berulang demi mempertahankan kedudukan parti tersebut daripada ditolak rakyat di dalam pilihanraya umum. Mereka menggesa agar keris mereka dicelup dengan darah daging kita sebagai peringatan agar kita tidak mempersoalkan hak asasi dan keadilan umum di negara kita.

Umno melalui sayap pemudanya juga pernah mengancam untuk membakar Dewan Perhimpunan Cina Selangor oleh kerana isu-isu pendidikan yang dipertikaikan kedudukannya, menyerbu masuk ke dalam forum pendamaian dan hak asasi kemanusian dan mengancam keselamatan para peserta, menyerbu dan menyerang para perserta forum perlembagaan dan sebagainya.

Umno inilah yang bakal memusnahkan negara kita di masa yang terdekat. Dan sekiranya kita tidak menghalang Umno yang menyerupai Hezbollah ini daripada terus memerintah, negara kita mungkin akan menuju kehancuran tidak lama lagi.

No comments: