Laporan daripada akhbar NST baru-baru ini telah menyatakan bahawa naib presiden Umno yang baru dan menteri pelajaran Datuk Hishammuddin Hussein telah mencadangkan agar guru-guru sekolah dibenarkan untuk berkecimpungan secara aktif di dalam bidang politik. Ini adalah kerana sumbangan mereka adalah perlu bagi memastikan pembangunan berterusan.
Bagi kami, cadangan yang dikemukakan oleh Hishammuddin itu adalah tidak waras dan ianya akan hanya memberikan manfaat kepada dirinya sendiri. Ini adalah kerana kebanyakan guru-guru sekolah kebangsaan adalah juga ahli Umno.
Dan sekiranya cadangan beliau itu telah diterima pakai oleh kerajaan pusat dan guru-guru sekolah dibenarkan aktif di dalam politik, ianya seperti menyeru para pelajar dan anak-anak kita agar terus meninggalkan pelajaran dan alam persekolahan mereka.
Sekiranya guru-guru sekolah aktif di dalam politik, ke manakah arah pendidikan dan persekolahan para pelajar dan anak-anak kita? Adakah guru-guru yang aktif di dalam politik ini dapat memberikan perhatian penuh kepada keperluan dan kebajikan para pelajar dan anak-anak kita sewaktu berada di sekolah? Adakah guru-guru yang aktif di dalam politik ini akan dapat memberikan perkhidmatan mereka yang berkesan serta berkualiti kepada sektor pendidikan dan pembangunan para pelajar dan anak-anak kita semua?
Jawapan yang jelas adalah guru-guru yang aktif di dalam politik tidak akan mempunyai sebarang masa yang mencukupi untuk menumpukan perhatian mereka kepada pendidikan para pelajar dan anak-anak kita di sekolah. Guru-guru yang aktif berpolitik ini akan hanya sibuk mengejar kedudukan dan pangkat di dalam parti mereka dan kerja-kerja mereka sebagai pendidik akan diabaikan dengan sepenuhnya.
Akibat daripada pengabaian oleh guru-guru berpolitik ini terhadap para pelajar mereka di sekolah, ibubapa pula akan senantiasa bimbang dengan kedudukan dan kemajuan anak-anak mereka, lantas menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat tuisyen bagi memastikan tahap kemajuan mereka tidak menurun, kerana mereka kurang yakin dengan kemampuan guru-guru sekolah.
Adakah ini yang Hishammuddin inginkan selama ini, menolak tanggungjawab pendidikan tersebut kepada para ibubapa semata-mata untuk kemajuan dan kepentingan politik dirinya sendiri. Ini seolah-olahnya mempergunakan para pelajar dan anak-anak kita agar guru-guru yang aktif berpolitik ini akan mendapat gaji tanpa memberikan khidmat mereka dengan berkesan dan sepenuhnya kepada bidang pendidikan.
Perbuatan mencadang langkah-langkah tersebut adalah hanya kepentingan politik Umno semata-mata dan memudaratkan para pelajar dan anak-anak kita. Cadangan yang dibuat oleh Hishammuddin itu juga adalah sangat keji, kejam dan jijik sekali.
No comments:
Post a Comment