Kita berkeyakinan bahawa rakyat negeri Perak telahpun menyaksikan apa yang telah berlaku sejak kelmarin hinggalah ke hari ini. Kita semua telah melihat bagaimana Umno telah melancarkan siri rampasan kuasanya dengan cara yang tidak berpelembagaan, cara yang bertentangan dengan sistem perundangan dan cara yang tidak beretika serta tidak bermoral (rasuah).
Kita juga telah melihat bagaimana Umno melancarkan rampasan kuasanya mengguling kerajaan negeri yang telah dipilih oleh rakyat pada pilihanraya umum yang lepas. Bagaimana Umno yang masih menguasai kerajaan pusat telah menggunakan kesempatannya mengerahkan pasukan serta agensi keselamatan untuk menguggat seterusnya mengusir kerajaan negeri Perak yang sah daripada tampuk pemerintahnya dan memberikan tekanan terhadap Sultan agar baginda segera mengiktiraf kerajaan negeri Umno yang bukan dipilih oleh rakyat pada 4hb Februari dan sekaligus mencabar kesahihan kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat.
Kebanyakan daripada rakyat di negeri Perak pada amnya akan masih bersama Pakatan Rakyat dan mengiktiraf kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang di bawah pimpinan Mentri Besar Datuk Nizar Jamaluddin serta ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaannya yang telah diusir secara paksa daripada pejabat masing-masing oleh agensi-agensi keselamatan yang dikuasai oleh Umno di peringkat pusat.
Marilah kita bersama-sama memaklumkan kepada sahabat-handai kita, kawan-kawan kita di negara jiran bagaimana dan cara Umno melayan rakyat kita dengan sewenang-wenangnya, dengan diskriminasi, ketidakadilan. Marilah kita juga memaklumkan kepada rakan-rakan kita di luar negara, pelbagai jenayah yang Umno telah lakukan terhadap demokrasi, rakyat kita dan dasar-dasar diktator.
Dengan itu, kita ingin mengumumkan bahawa kerajaan negeri Perak yang diterajui oleh Umno pada hari ini adalah haram dan menyeru rakyat sekalian agar tidak melibatkan diri dengan pentadbiran yang tidah sah ini dengan apa cara jua pun.
4 comments:
i find it funny, ur post on the star blog.
by saying "Umno had seized the state government by an illegal means, unconstitutional and in an unethical, immoral manner (corruption)"...u are actually commenting on anwars tactic. the 1 who wanted to grab the federal govt from cross overs..remember?
or u just in denial?
by the way...it would be different if Pakatan didnt nominate a chinese earlier as menteri besar and "kurang ajar" with the sultan..
umno was just using anwar's tactics which failed miserably for him. so what's the problem?
to both Tam and Ishak,let me remind you:
anwar tactics is to get all the MPs and then make a VOTE OF NO CONFIDENCE(which is legal by the law of Malaysia) to take over the federal.
But this retarded Umno tactis is not as the same zip-code as anwar's.I dont want to comment about the kidnapping,bribing,bla bla bla..just focusing with the bold statement.
Angler Clan,
You are absolutely correct. Thank you for helping to highlight this issues to our readers herein.
Hopefully justice shall prevail.
Post a Comment