Ahli dewan undangan negeri Permatang Berangan Shabudin Yahya baru-baru ini di dalam kenyataan beliau kepada akhbar kepada Utusan Malaysia telah mengatakan baawa ugama Islam tidak boleh diberikan kedudukan setaraf dengan ugama Buddha, Kristian, Tao, Bahai dan sebagainya kerana ugama Islam (atau Umno sebenarnya) mempunyai darjat dan kedudukan yang lebih tinggi.
Menurut Shabudin, jika ugama Islam diberikan taraf yang sama dengan ugama Buddha, Kristian, Tao, Bahai dan sebagainya, itu adalah penghinaan terhadap ugama Islam.
Kami ingin mengajukan soalan ini kepada Shabudin. Apakah itu hak beliau untuk menaik atau menurun taraf sesuatu ugama di negara ini? Dan adakah itu hak beliau sebagai pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) untuk menentukan sama ada sesuatu ugama itu mempunyai taraf yang rendah atau lebih buruk dari itu?
Kenyataan Shabudin tersebut jelas telah menghina ugama Buddha, Kristian, Tao, Bahai dan sebagainya. Dan pada masa yang sama kenyataan beliau tersebut juga boleh menimbulkan suasana yang tidak sihat di kalangan masyarakat berbilang kaum dan ugama di negara kita ini.
Kenyataan Shabudin tersebut juga jelas membuktikan bahawa beliau dan Umno sememangnya tidak menghiraukan perpaduan antara kaum yang telah lama terjalin di negara ini. Beliau dan Umno jelas inginkan kebencian, perpecahan, perbalahan, pergaduhan dan kekejaman terhadap rakyat jelata.
Oleh yang demikian, Umno perlu dihalang habis-habisan bagi memastikan mereka ini tidak memecahbelahkan negara ini untuk kepentingan politik mereka. Marilah kita menolak Umno dengan sekeras-kerasnya bagi memastikan agar keamanan dan keharmonian masyarakat kita dapat kita kecapi selama-lamanya.
Friday, February 27, 2009
Wednesday, February 25, 2009
Umno dan dendam mendalamnya terhadap Pakatan Rakyat
Kita memang mengetahui bahawa Umno sehingga kini masih menerajui kementerian pelajaran dan itu adalah hakikatnya. Melalui penguasaannya terhadap kementerian tersebut, Umno telah mengarahkan semua pengarah pelajaran negeri agar memantau dengan ketat sekolah-sekolah di seluruh negara dan mengarahkan mereka agar tidak menjemput ataupun mengambil bahagian di dalam sebarang acara yang dianjurkan oleh Kerajaan negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.
Selain daripada itu, sekolah-sekolah juga turut diarah agar tidak menjemput mana-mana anggota kerajaan atau wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat untuk merasmikan upacara ataupun majlis-majlis anjurannya.
Akibat daripada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Subang Jaya Puan Hannah Yeoh ditegah daripada menghadiri jamuan makan malam anjuran persatuan bekas pelajar sekolahnya sendiri yang dianjurkan di perkarangan sekolah tersebut.
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Professor Dr P.Ramasamy pula dilarang daripada menghadiri majlis-majlis anjuran beberapa sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil di negeri tersebut.
Paling terbaru, Lembaga Pengarah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Sin Ming yang enggan mematuhi arahan kementerian tersebut, menjemput Mentri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Pembangkang Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merasmikan bangunan baru sekolah tersebut.
Oleh kerana lembaga pengarah sekolah tersebut tidak mengendahkan arahan kementerian, mereka telah bertindak mengarahkan agar pengetua dan guru-gurunya tidak menghadiri upacara perasmian tersebut dan tindakan disiplin akan diambil terhadap mereka yang tidak mematuhi arahan tersebut.
Nampaknya dendam Umno terhadap Pakatan Rakyat semakin membara dan sanggup membelakangkan kepentingan rakyat bagi memastikan kedudukan politik mereka terjamin.
Selain itu, tindakan Umno tersebut juga bertujuan untuk menghukum rakyat di negeri-negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat, akan akibat tidak mengundi BN-Umno pada pilihanraya umum yang lalu.
Sehingga kini, Umno masih enggan menerima hakikat yang mereka telah kehilangan sokongan umum.

Monday, February 23, 2009
Karpal gesa undang-undang tegas ceroboh peribadi
Pengerusi DAP Karpal Singh mahu undang-undang lebih tegas terhadap pencerobohan hak peribadi, terutamanya selepas penyebaran gambar bogel Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Bukit Lanjan, Elizabeth Wong.
Katanya, hukuman bagi pencabulan hak peribadi mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100, adalah satu penghinaan kecerdikan mana-mana orang.
Nampaknya undang-undang yang digubal dalam tahun 1955 itu sudah ketinggalan zaman dan tidak ada sesiapapun ataupun menteri yang berkenaan mengambil berat mengenai perkara ini, ataupun undang-undang yang ketinggalan zaman ini sengaja dilepaskan begitu sahaja bagi membolehkan kesalahan-kesalahan sedemikian yang dilakukan oleh orang-orang tertentu dapat dilepaskan dengan hanya membayar denda yang jumlah kurang daripada RM100.
Mungkinkah ini cara para pemimpin Umno memastikan agar beberapa peruntukan undang-undang yang sedia ada longgar dan ketinggalan agar ianya dapat mencapai tujuan politik mereka sebenarnya.
Kita sudah lihat akibatnya sekarang. Yang sering dianiayai sekarang adalah para pemimpin daripada Pakatan Rakyat kerana ketiadaan undang-undang yang berkesan untuk melindungi mereka daripada dendaman dan jenayah politik yang dilakukan oleh Umno.
Sehingga bilakah ketidakadilan ini akan berterusan dan sejauh manakah rakyat jelata dapat dilindungi oleh undang-undang yang sedia ada? Kita tidak tahu. Mingkin akan dibiarkan berlaku kematian demi kematian barulah jemaah menteri akan mengkaji semula suatu undang-undang.

Friday, February 20, 2009
Sidang dewan undangan negeri yang diadakan di ibupejabat Umno Perak adalah menyalahi undang-undang dan melanggari perlembagaan negeri Perak
Sewaktu rampasan kuasa berlaku di negeri Perak, badan perhubungan Umno negeri tersebut telah memanggil kesemua ahli-ahli dewan undangan negerinya (ADUN), termasuk seorang ADUN dari MCA, dua ADUN PKR dan seorang ADUN DAP yang berpaling tadah untuk bersidang di bangunan ibupejabat Umno Perak.
Setelah "persidangan dewan undangan negeri" yang diadakan di bangunan ibupejabat Umno Perak, "speaker DUN" yang juga timbalan presiden Umno telah mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan "hasil persidangan dewan" mereka telah mendapat majoriti untuk menubuhkan kerajaan negeri yang baru.
Masalahnya adalah kenapa Sultan Perak yang merupakan bekas ketua hakim negara sewenang-wenangnya telah mengiktiriaf kerajaan pemberontak negeri dengan begitu senang sekali? Kenapa baginda tidak mengkaji terlebih dahulu peruntukan undang-undang tubuh negeri sebelum menitahkan keputusannya kepada umum? Adakah baginda benar-benar telah dikenakan tekanan oleh para pemimpin Umno pada masa itu sehingga tidak dapat berbuat apa-apa lagi?
Jelas sekali "persidangan dewan undangan negeri" yang diadakan di bangunan ibupejabat Umno Perak, tanpa kehadiran Speaker DUN dan Setiausaha DUN serta pegawai-pegawai urusan persidangan DUN yang menguruskan catatan minit dan hansard, telah menyalahi perlembagaan.
Selain itu "persidangan dewan undangan negeri" yang diadakan di bangunan ibupejabat Umno Perak telah dipengerusikan oleh timbalan presiden Umno yang bertindak sebagai "speaker DUN" pula. Adakah ini mengikut undang-undang? Masalahnya adalah kenapa baginda tidak sedar akan kesalahan kedua-dua perbuatan ini dari segi perlembagaan?
Sudah menjadi satu kesalahan besar bagi Umno apabila melancarkan rampasan kuasa dan pemberontakan menggulingkan kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat pada pilihanraya umum yang lalu, dan itu telah tidak berlandaskan konsep demokrasi dan perbuatan itu jelas bersifat ketuanan dan kediktatoran.
Selain daripada itu, kesalahan yang kedua bagi Umno adalah mereka telah mengadakan persidangan dewan undangan negeri dengan ADUN-ADUNnya di ibupejabat Umno negeri Perak. Sepatutnya sekiranya mereka mendakwa yang mereka telah memperoleh majoriti baru, mereka sepatutnya memanggil dewan undangan negeri untuk bersidang di Bangunan DUN serta mengundi secara terbuka dan sah, dan bukannya bersidang di ibupejabat Umno negeri Perak.
Tujuan Umno mengadakan persidangan dewan undangan negeri dengan ADUN-ADUNnya di ibupejabat Umno negeri Perak adalah untuk menghalang ADUN-ADUN daripada Pakatan Rakyat untuk menghadirinya kerana kehadiran ini mungkin boleh menggugat undi majoriti tersebut yang berada di dalam keadaan yang tidak menentu.
Umno telah menggunakan taktik yang hina ini untuk menggulingkan kerajaan negeri Perak dan seterusnya menubuhkan kerajaan pemberontak negeri yang diterajuinya.
Dengan itu, tindakan Speaker DUN V.Sivakumar menggantung mentri besar Umno dan enam exco kerajaan pemberontaknya daripada menghadiri sidang DUN yang akan datang adalah wajar dan berpandukan undang-undang yang sedia ada.

Thursday, February 19, 2009
Umno rampas kuasa Raja-raja, huru-harakan negara
Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan pemimpin Umno telah mengambil kuasa mutlak daripada Raja-raja untuk menyalahgunakan kuasa serta mencelarukan negara.
"Apa yang berlaku di Perak, kita tidak mahu bertempur dengan raja, kita mendukung raja berperlembagaan yang sebenarnya. Tetapi apa yang berlaku, pemimpin Umno mengambil kuasa mutlak dari raja-raja, "beliau berkata demikian sewaktu menjawab kenyataan Dato' Tajuddin Abdul Rahman (Umno-Pasir Salak) yang mencelah ucapannya sewaktu membawa usul menjunjung kasih titah Diraja oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh presiden PAS itu memanglah tepat dan jelas sekali. Umno telah mengambil-alih kuasa Raja-raja pada tahun 1993 melalui pindaan perlembagaan persekutuan yang dianjurnya ketika itu dan kini telah menggunakan keseluruhan bekas kuasa-kuasa Raja-raja tersebut untuk menindas rakyat dan sistem demokrasi di negara ini.
Sepertimana yang telah saya nyatakan di dalam penulisan saya yang lalu, Umno kini sedang mempergunakan bekas kuasa-kuasa Raja-raja tersebut untuk menghalalkan penindasannya terhadap rakyat dan demokrasi, dengan menggunakan hak ketuanannya untuk melabel kalangan kita sebagai "penderhaka" sewenang-wenangnya.
Umno kini sedang rakus dan akan sentiasa rakus dengan kuasa-kuasa yang berada di tangannya sekarang.

Derhaka apakah Umno ingin tudingkan?
Berikutan rampasan kuasa oleh Umno di Perak yang berjaya menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat di sana, dan kejayaan Umno mendapatkan pengiktirafan daripada Sultan Perak untuk menubuhkan kerajaan pemberontak di negeri itu, ianya telah membangkitkan kemarahan rakyat jelata yang jelas tidak puashati dengan segala tindak tanduk Umno ini yang tidak demokratik dan berfahaman ketuanan.
Bagi mempertahankan kejayaan rampasan kuasa Umno di Perak, mereka menggunakan label derhaka terhadap sesiapa yang mengkritik dan mengeluarkan kenyataan tidak puashati terhadap kerajaan pemberontaknya yang kini sedang menerajui negeri Perak dengan berselindung di sebalik Sultan Perak dan mendakwa kononnya kita telah menderhakai Sultan dengan kritikan dan luahan tidak puashati kami.
Faktor sebenarnya sudah berada di depan mata rakyat. Umno lah penderhaka sebenarnya kerana parti itu telah mengerahkan pasukan keselamatan pusatnya untuk mengepung Istana Kinta bagi memberikan tekanan terhadap Sultan Perak supaya baginda memberikan watikah kepada kerajaan pemberontak negeri yang baru dibentuk.
Umno lah penderhaka sebenarnya kerana pada krisis perlembagaan negara yang lalu, para pemimpin tertinggi Umno telah meluluskan pindaan terhadap perlembagaan persekutuan pada tahun 1993 bagi memansuhkan kuasa dan kekebalan raja-raja, seterusnya meletakkan seluruh institusi raja di dalam platfom demokrasi sepenuhnya.
Dengan penghapusan kuasa dan kekebalan raja-raja, menurut Umno, ianya membolehkan rakyat jelata mengkritik dan memberikan penilaian mereka terhadap prestasi raja-raja dan menegur jika terdapat sebarang kekurangan dan kesilapan. Maknanya, Umno sendiri telah menerima hakikat pada tahun 1993 bahawa raja-raja tidak boleh berkuasa penuh dan kebal kerana ini akan membawa kesan yang tidak positif terhadap Umno sendiri di suatu hari kelak.
Jadi siapakah derhaka sebenarnya? Umno lah penderhaka sebenarnya kerana ia telah meminda perlembagaan persekutuan pada tahun 1993 dan seterusnya perlembagaan persekutuan yang menderhakai raja kerana ianya kini berada di dalam platfom demokrasi dan oleh yang demikian rakyat dan para pengkritik turut menjadi penderhaka hasil daripada usaha Umno pada tahun 1993. Akibat daripada itu juga, para pengundi akan menjadi penderhaka pada masa yang sama oleh kerana semua hasil usaha Umno tersebut.
Jelasnya sewaktu kejadian pada tahun 1993, Umno tidak mahu mengetepikan perkataan derhaka kerana ia masih ingin mempergunakan gelaran tersebut terhadap para pengkritik parti tersebut pada masa yang akan datang dan pada hari ini jelas Umno sedang mempergunakan gelaran derhaka tersebut terhadap rakyat jelata, terhadap para pengundi, terhadap pendukung demokrasi dengan demonstrasi-demonstrasi yang dianjurkannya di seluruh negara kononnya ingin mempertahankan kuasa dan kekebalan raja-raja yang Umno sendiri telah hapuskan pada tahun 1993.
Kita tengok lah siapa derhaka dalam bab yang seterusnya.

Wednesday, February 18, 2009
MB Umno and kerajaan pemberontak digantung dari sidang DUN Perak
Mentri Besar Umno Dr Zambry Abd Kadir dan semua ahli exconya di dalam kerajaan pemberontak negeri Perak telah digantung daripada menghadiri persidangan dewan undangan negeri Perak seterusnya berkuatkuasa serta merta pada hari ini.
Keputusan itu diumumkan oleh Speaker DUN Perak V Sivakumar selepas selesai bersidang hari ini.
Penggantungan tersebut dibuat ekoran tindakan ahli-ahli dewan undangan negeri Umno yang sebelum ini telah mengadakan persidangan DUN mereka di ibupejabat Umno Perak dan mengeluarkan undi tidak percaya mereka dari sana bagi merampas kuasa daripada kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Datuk Seri Nizar Jamaluddin.
Tindakan ahli-ahli dewan undangan negeri Umno tersebut jelas telah menyalahi etika persidangan DUN di mana sebarang persidangan hendaklah diadakan di bangunan DUN dan tidak di tempat lain bagi mewartakan sesuatu tindakan ataupun sebarang enakmen undang-undang.
Selain daripada itu, tindakan penggantungan itu juga di buat keranan peranan aktif ahli-ahli dewan undangan negeri Umno tersebut di dalam rampasan kuasa tersebut yang telah menggulingkan kerajaan negeri yang sah.

Monday, February 16, 2009
Isu foto bogel Exco Selangor, satu lagi projek Dr Khir Toyo
Setahu kita, ketua perhubungan Umno Selangor Dr Mohd Khir Toyo sebelum ini telah menaja projek Mesjid Kinrara dan berjaya menyebabkan Exco wanita Kerajaan Negeri Selangor Teresa Kok ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri tanpa sebab atau bukti yang kukuh.
Kini Dr Khir menaja projeknya yang kedua iaitu projek Gambar Bogel seorang lagi Exco wanita Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong dengan tujuan untuk menjatuhkan imej dan karier politiknya dan sekaligus memberikan suatu imej yang buruk terhadap Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim.
Apabila, gambar bogel Exco kerajaan tersebut disebarkan kepada umum oleh pihak yang belum lagi dikenal pasti, Dr Khir adalah merupakan orang pertama yang tampil ke hadapan mengatakan Elizabeth adalah seorang yang tidak bermoral dan beliau perlu meletakkan jawatan Exconya dengan segera.
Dengan kenyataan hipokrit Dr Khir ini, kita semua sudah hampir pasti siapakah dalang sebenarnya krisis ini yang bertujuan menjatuhkan imej kerajaan negeri tersebut.
Apakah tajuk projek ketiga Dr Khir yang seterusnya?

Tidak ada "Derhaka" di dalam negara kita
Di dalam menghadapi arus perbalahan dan cabaran politik yang semakin mencabar ini, ramai di antara ahli-ahli politik khususnya daripada sebuah parti yang berasas perkauman yang kuat dan gemar memperjuangkan idea-idea tersebut bersama dengan agenda ketuanan mereka sering memperalatkan sesuatu tajuk bagi memenuhi agenda politik peribadi mereka dengan sewenang-wenangnya.
Yang paling terbaru adalah di negeri Perak yang telah kita ketahui Umno telah berjaya menggulingkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat melalui satu siri rampasan kuasa yang didalanginya dengan bantuan seorang pemimpin tertinggi Umno yang bakal mengepalai negara ini pada bulan hadapan.
Di dalam siri rampasan kuasa oleh Umno baru-baru ini, ramai di kalangan pemimpin parti tersebut telah mempergunakan idea "derhaka" untuk melabel para pemimpin Pakatan Rakyat sebagai pengkhianat negara.
Apakah erti "derhaka" di dalam agenda yang sedang dimainkan oleh Umno ini? Sebenarnya tidak ada perkataan "derhaka" langsung di dalam politik negara ini kerana negara kita adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan di mana sistem beraja di negara kita ini adalah berlandaskan sistem pemerintahan berparlimen dan kerajaan sebagai jentera pentadbiran yang sebenarnya di negara ini.
Negara kita bukannya sebuah negara yang mengamalkan sistem beraja yang berkuasa seperti di Brunei ataupun di beberapa buah negara Arab di mana negara-negara ini mempunyai Raja yang berkuasa mutlak ke atas jentera pentadbiran negara.
Oleh kerana itu tidak timbul soal "derhaka" di dalam sistem politik negara kita apabila kita berurusan dengan sistem beraja kita kerana negara kita mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan dengan pemerintahan dilaksanakan oleh sebuah kerajaan pusat yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada parlimen dan bukannya raja-raja. Pemerintahan beraja di negara kita ini hanyalah sebagai suatu sistem tradisional.
Di dalam proses ini, kesemua lapisan masyarakat termasuk ahli-ahli politik berhak untuk berutusan atau berhubung dengan mana-mana raja bagi membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan kebajikan rakyat serta suasana politik di negara ini.
Selain itu, rakyat juga berhak untuk menegur mana-mana raja-raja sekiranya terjadi apa-apa bentuk masalah yang timbul akibat daripada kesalahan atau kesilapan yang tidak disengajakan atau mungkin disengajakan bagi memperbetulkan keadaan dari masa ke semasa.
Kerajaan-kerajaan negeri dan pusat juga berhak untuk menegur raja-raja mereka dari masa ke semasa di dalam isu-isu yang tertentu sekiranya ianya telah menjadi masalah yang diakibatkan oleh raja-raja agar sistem pemerintahan negara dan undang-undang dapat dilaksanakan dengan lancar bagi faedah rakyat.
Kita lihat di Indonesia, apabila negara tersebut ditukar kepada sistem republik demokrasi berpresiden dan pemerintahan beberapa orang kerabat diraja dan sultan di negara itu diturunkan taraf mereka kepada jawatan Gabenor, tidak ada soal "derhaka" timbul langsung sewaktu rombakan besar-besaran sistem pemerintahan negara itu dilaksanakan.
Oleh yang demikian, kita janganlah terpengaruh dengan begitu rapat sekali dengan idea-idea rakus yang sering mengetengahkan agenda-agenda "derhaka" terhadap para pemimpin Pakatan Rakyat kerana ianya tidak akan membawa sebarang faedah kepada kita semua tetapi sebaliknya ia hanya akan menguntungkan para pemimpin Umno yang mendakwa ianya sebagai "pembela" kepada kaum yang tertentu.
Agenda-agenda "derhaka" yang dipelopori Umno itu hanyalah modal politik mereka semata-mata bagi menutup kelemahan mereka dan ketidakrelevan mereka pada masa kini.

Friday, February 13, 2009
7hb April hari mengundi, juga hari kerja
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah mengumumkan hari ini bahawa tarikh pilihanraya kecil bagi kedua-dua kawasan DUN Bukit Selambau dan Parlimen Bukit Gantang adalah pada 7hb April, iaitu ianya juga adalah hari kerja dan bukannya cuti umum seperti yang diharapkan oleh kebanyakan pengundi.
Keputusan yang dibuat oleh SPR ini jelas telah menunjukkan bahawa mereka ini langsung tidak mengendahkan pentingnya kebajikan para pengundi. Sekiranya hari mengundi tersebut ditetapkan pada hari kerja, bagaimanakah para pengundi yang bekerja dan tinggal di luar kawasan tersebut dapat mengambil cuti yang singkat dan kembali ke kawasan masing-masing dengan keadaan kelam kabut?
Adakah SPR masih mengikuti segala telunjuk dan arahan daripada kerajaan pusat BN-Umno dengan menetapkan tarikh pengundian yang sedemikian sebagai strategi BN-Umno untuk mengurangkan jumlah pengundi yang pergi mengundi?

Najib sedang mengejar tempat dan markah
Kita semua telah mengetahui bahawa timbalan presiden Umno Najib Razak akan mengambil-alih teraju pemerintah negara ini tidak lama lagi.
Di dalam keasyikan beliau untuk mengejar kedudukannya yang bakal tiba menjelang March ini, rekod prestasinya menunjukkan bahawa beliau telah kalah di dalam dua pilihanraya kecil masing-masing di kawasan parlimen Kuala Terengganu dan Permatang Pauh dan menang di dalam satu siri rampasan kuasa di Perak.
Kini dua lagi pilihanraya kecil akan berlangsung di kawasan DUN Bukit Selambau dan parlimen Bukit Gantang. Sumber-sumber di kedua-dua tempat telah memberikan pertunjuk bahawa hasil daripada kejayaan beliau mengetuai rampasan kuasa di Perak baru-baru ini, Najib dijangka akan kalah teruk di dalam kedua-dua pilihanraya kecil yang bakal diadakan pada 7hb April depan.
Setelah itu, adakah beliau akan merancang satu lagi siri rampasan kuasa bagi menggulingkan kerajaan-kerajaan negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat dan negeri manakah bakal menjadi sasaran seterusnya.

Wednesday, February 11, 2009
Kerajaan BN arah larang ceramah PR di Perak
Kerajaan pusat BN telah mengeluarkan arahan kepada pasukan polis agar menguatkuasakan larangan ceramah politik Pakatan Rakyat di negeri Perak sebagai usaha untuk mengekang pengaruh Pakatan Rakyat yang didapati semakin popular di kalangan rakyat baru-baru ini ekoran daripada tindakan Umno melancarkan rampasan kuasa yang telah menggulingkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat tersebut.
Langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat BN ini juga bertujuan untuk memastikan kerajaan pemberontak Umno negeri dapat bertahan dan menguasai semula seluruh jentera pentadbiran di negeri tersebut.
Selain itu, larangan ceramah terhadap Pakatan Rakyat ini juga bertujuan untuk memberi laluan kepada Umno untuk menguatkan jentera kempen parti tersebut untuk menghadapi pilihanraya kecil di kawasan parlimen Bukit Gantang yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Kerajaan Pakatan Perak berjaya selesai isu-isu tertunggak
Sepanjang 10 bulan mentadbir Perak, kerajaan negeri telah dapat menyelesaikan dalam masa yang singkat, isu-isu yang sudah lama tertunggak, kata Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga.
Katanya, antara isu-isu yang dapat diselesaikan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak ialah ialah:
1. Sebagai menteri besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin membatalkan kesemua aktiviti membalak dan perladangan di kawasan Orang Asli di sekitar Gopeng yang menjejaskan lebih 2,000 penduduk Orang Asli.
2. YB Sivanesan mengumumkan pemulangan kira-kira 400 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat tersebut, yang telah diperuntukan untuk aktiviti pembalakan oleh kerajaan sebelumnya di Mukim Teja dekat Gopeng.
3. Kerajaan negeri telah mengumumkan pemulangan kira-kira 500 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat Orang Asli Kampung Chang Sungai Gepai di Bidor, yang telah diperuntukkan sebagai tapak Taman Botani, oleh kerajaan sebelumnya.
4. Sebuah pasukan khas mengenai hak tanah Orang Asli ditubuhkan untuk mengiktiraf secara rasmi semua tanah adat Orang Asli di Perak. Pasukan itu mempunyai dua peringkat. Peringkat kedua dikendalikan secara eksklusif oleh masyarakat Orang Asli sendiri dan dewan mesyuarat di bangunan SUK disediakan untuk kegunaan Orang Asli.
5. Kerajaan negeri telah melantik seorang pegawai khas Orang Asli bagi negeri Perak yang ditugas untuk menyelesaikan semua masalah yang dihadapi Orang Asli di negeri tersebut.
6. Mengadakan siri perbincangan dengan rakyat dan NGO mengenai aktiviti pembangunan di Ipoh. Sebagai contohnya, pandangan awam diminta berhubung cadangan pembangunan Pasar Yau Tet Shin.
7. Penduduk Melayu dan Cina di kampung baru dan kampung tersusun diberi hakmilik kekal secara berperingkat.Ambiga berkata, Majlis Peguam gembira melihat hasil-hasil yang positif yang dicapai dalam tempoh masa yang singkat untuk menangani isu-isu terbabit.
"Kita berharap kepentingan yang sama akan diberikan terhadap perkara-perkara berkenaan dan terus dilaksanakan tanpa sebarang kelewatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini - Agensi.

Umno lah penderhaka sebenar !
Dari titik permulaan cubaan rampasan kuasa oleh Umno di Perak sehinggalah terbentuknya kerajaan pemberontak Umno Perak menggantikan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang telah diguling olehnya, kami telah pasti yang rakyat telah benar-benar mengikuti perkembangan tersebut dengan berhati-hati dan telah mengetahui siapakah penderhaka sebenarnya di dalam krisis di negeri Perak ini.
Yang pertama, kita rujuk Umno sebagai penderhaka sebenar kerana Umno telah membelakangi sistem perundangan negeri dan enggan mengiktiraf kedudukan persidangan dewan undangan negeri sebagai tapak untuk mendapatkan kuasa mengikut undi terbanyak. Umno sebaliknya telah mengisytiharkan kedudukannya sebagai mempunyai kerusi DUN terbanyak di ibupejabat Umno negeri Perak tanpa perlu melalui proses undian di persidangan DUN secara sah. Umno kemudiannya mengumumkan bahawa rampasan kuasa tersebut juga telah berjaya dan kerajaan pemberontak yang baru bagi menggantikan kerajaan negeri yang sedia ada yang dipilih oleh rakyat. Apakah hak Umno untuk mengisytiharkan menang dengan bilangan kerusi DUN terbanyak melalui mesyuarat badan perhubungan Umno negeri Perak? Adakah sidang DUN itu sudah tidak relevan lagi di mata Umno?
Yang kedua, kita rujuk Umno sebagai penderhaka sebenar kerana Umno melalui kerajaan pusat yang masih dikuasainya telah mengerahkan pasukan keselamatannya dengan jumlah yang besar ke perkarangan Istana Kinta bagi memberikan tekanan terhadap Sultan Perak agar baginda mengiktiraf kerajaan pemberontak Umno Perak dengan segera dengan pelbagai helah, penipuan dan dusta terhadap kedudukan kerajaan negeri Pakatan Rakyat pada masa itu.
Yang ketiga, kita rujuk Umno sebagai penderhaka sebenar kerana Umno telah bertindak membelakangi dan seterusnya memusnahkan peranan dan institusi demokrasi di negara ini, menghina perlembagaan negeri Perak dan perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak dan suara rakyat mesti dihormati dan dipatuhi. Jika Umno telah menghina perlembagaan negeri Perak dan perlembagaan Persekutuan, maknanya Umno juga telah menghina Sultan Perak dan Yang Di Pertuan Agong pada masa yang sama, kerana baginda berdua adalah tunggak kepada kedua-dua entiti tersebut.
Oleh itu, kita menyeru semua rakyat agar bersama-sama menyuarakan bantahan dan kutukan kita yang sekeras-kerasnya terhadap tindakan Umno yang telah menderhakai keseluruhan negara kita ini dengan sewenang-wenangnya.

Antara 'derhaka' dan 'sokong bawa rebah'
Oleh: Fahri Abdullah al-Masri
Kita biasa terdengar ungkapan sokong membawa rebah. Dan hal itulah yang berlaku terhadap Umno sekarang. Watak-watak Patih Gadjah Mada, pembesar yang membodek, mengampu raja dan pembesar yang membunuh Hang Nadim (dalam kes Singapura Dilanggar Todak), melalui titah sultan telah menjalar ke dalam jiwa pemimpin Umno Hadhari sekarang ini.
Sebenarnya, watak-watak derhaka itu, kalau derhaka sekali pun, derhakanya bersebab. Dan, 'derhaka' bersebab itu boleh lagi didebatkan. Dan, memang sentiasa ada rasional dalam derhaka mereka itu.
Misalnya, Hang Jebat asalnya setia kepada raja dan beliau derhaka disebabkan saudaranya menjadi mangsa fitnah. Dan istana pula tidak menyiasat kes fitnah itu dengan seadil-adilnyanya.
Laksamana Megat Seri Rama, dalam kes Sultan Mahmud Mangkat Dijulang asalnya seorang yang sangat setia kepada tuannya dan derhakanya bersebab; lantaran isterinya dibunuh tanpa usul periksa raja setelah ada campurtangan, hasutan pembesar lain. Dalam hal ini, sultan haruslah berhati-hati kerana setiap penyokong Umno itu pun bukannya benar-benar setia kepada raja.
Sokongan mereka ke atas raja adalah sokong membawa rebah. Mereka ada niat jahat dan bersifat cemburu ke atas pembesar yang lain. Lalu, pembesar yang kuat cemburunya ini akan membenamkan jarum fitnah ke atas pembesar lain; menghasut raja-raja untuk mengambil tindakan ke atas seteru mereka dalam kalangan pembesar yang baik pekerti dan bijaksana itu.
Pada zaman sekarang, titah raja-raja dalam Parlimen ditulis oleh pembesar-pembesar yang bukannya arif. Tiba-tiba, apabila pembesar yang baik membangkitkan persoalan ke atas titah raja, maka bangkitlah pembesar jahat ini untuk menyelar tindakan itu sebagai derhaka adanya.
Masih saya teringat kisah arwah Dato' Fadhil Noor dalam Parlimen dahulu ketika ucapan beliau disifatkan sebagai menderhaka kepada titah Yang Dipertuan Agong dalam Parlimen. Lalu, beliau menjawab..
"Kita semua tahu bahawa yang menulis titah Yang Dipertuan Agong adalah Umno sendiri. Jadi, titah tuanku sebenarnya adalah hasil ucapan Umno juga. Janganlah bangkit untuk mengampu raja kalau tak reti cara nak mengampu," demikian sindiran Ustaz Fadhil ketika beliau menjadi Ketua Pembangkang ketika itu.
Umnokah yang menjadi 'dalang' raja?
Jika demikian, tidaklah mustahil bahawa ucapan-ucapan raja ini disusun oleh Umno sendiri. Mungkinkah titah raja memecat YB Nizar itu pun hasil bikinan Umno sendiri? Kemudian.. apabila Pakatan Rakyat sanggah, maka dengan tiba-tiba selaut sengketa telah terhempas ke serata negeri melalui demo-demo anjuran Umno.
Jika benarlah andaian dan telahan ini.. oh, alangkah bedebahnya Umno itu.
Umnolah perosak raja-raja Melayu sehingga dengan rosaknya raja-raja Melayu, maka rosaklah rakyat secara keseluruhannya. Jangan salahkan istana 100 peratus, salahkan Umno 300 peratus dalam hal ini.
Dan bukanlah derhaka itu bermaksud dengan niat mahu merampas kuasa sultan. Antara 'penderhaka' dan 'penyokong bawa rebah', siapakah yang paling merbahaya? Yang akhirnya menjatuhkan sultan melalui sokongannya itu, golongan pengampu inilah sebenarnya. Tetapi, golongan pengampu ini selalunya tidak kelihatan merbahaya.
Pengasas Umno 'penderhaka'?
Dalam sudut pandang lain, lazimnya, derhakanya anak Melayu itu kerap dihubungkait dengan Hang Jebat. Sebenarnya, bukan hulubalang itu saja yang pernah 'menderhaka' kepada sultan. Ada ramai lagi penderhaka. Onn Jaafar pernah derhaka terhadap Sultan Ibrahim di Johor. Beliau dipecat dari istana pada tahun 1920, lalu membawa diri ke Singapura kerana kerana membidas baginda berkaitan isu harta.
Tetapi, itu perkara biasa. Onn Jaafar bukan tulen anak Melayu. Beliau berdarah Turki. Jadi, jika dia menderhaka sekali pun, hal itu mungkin boleh dimaafkan kerana beliau bukannya tulen Melayu. Menurut sahibul riwayat, beliau dihantar ke Maktab Melayu Kuala Kangsar untuk 'diMelayukan'.
Tapi, Onn Jaafar akhirnya amat menyedari kelemahannya yang sukar berbahasa Melayu dengan fasih. Beliau berlatih berbahasa Melayu dan akhirnya dapat berpidato dalam bahasa Melayu dengan menghimpunkan 41 buah pertubuhan Melayu di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru, Kuala Lumpur sehingga tertubuhnya Umno.
Cucunya, bernama Hishammuddin Tun Hussen lebih-lebih lagi menderhaka kepada datuknya, Onn Jaafar kerana telah menukar bahasa pengantar Sains dan Matematik dengan menggunakan bahasa bukan Melayu atau ringkasnya PPSMI. Sedangkan datuk beliau berhempas pulas belajar bahasa Melayu guna menyatukan orang Melayu untuk menentang Malayan Union.
Terlanjur menyentuh nama Onn Jaafar, kita tentu pernah terdengar nama Dato' Abdul Rahman Andak. Penasihat Sultan Johor ini juga turut dibuang hasil bisikan British ke atas Sultan Ibrahim. Selagi wujudnya Abdul Rahman Andak, selagi itulah Johor ini tidak boleh bertapak kerana Abdul Rahman Andak sangat bijak dalam mengenal tipu muslihat British.
Abdul Rahman cuba menyekat satu percubaan British yang mahu mewujudkan jawatan Penasihat Am Inggeris di Johor sebagai penasihat sultan. Beliau menyedari bahawa dengan 'nasihat' inilah, nantinya seluruh isi negeri Johor itu akan dirosakkan.
Umno bersikap seperti British
Syahadan.. penyakit Umno ini adalah jangkitan daripada perangai British dahulu. Rakyat diminta berhati-hati lantaran rebakan penyakit ini boleh menjahanamkan sesebuah negeri.
Umno sangat mengetahui bahawa isu derhaka ini boleh mengaut simpati rakyat ke atas mereka sebagai (kononnya) pejuang yang tulen lagi sejati bagi pihak umat Melayu. Sekali gus, isu menderhaka ini boleh dipergunakan, diperalatkan, diperkakaskan dan dimanipulasikan sehingga menyebabkan watak bersih Pakatan Rakyat semakin suram, gelap dan hitam pekat adanya.
British misalnya telah mengaku tidak akan masuk campur dalam urusan agama Islam dan Hal Ehwal Istiadat Melayu. Namun, pada akhirnya mereka sendiri boleh membuang sultan. Umno pun begitu juga. Sedikit demi sedikit, mereka cuba menunjukkan bahawa merekalah yang paling setia.
Tapi, nama institusi raja-raja Melayu menjadi buruk dan membusuk pun adalah berpunca daripada mereka juga.
Dalam kes British membuang Abdul Rahman Andak di Johor melalui kuasa sultan, hal ini mungkin sama dengan cara Umno membuang Nizar melalui kuasa istana.
Ringkasnya, yang paling merbahaya dalam kes ini ialah golongan yang mengambil kesempatan membuat rampasan kuasa, lalu berselindung atas nama istana. Sikap ini tidak jujur, hipokrit, bacul dan penakut. Mereka boleh membawa lari dua, tiga Adun lalu memperalat istana dan memperkakas kalimat derhaka guna merebut harta ghanimah, harta rampasan perang.
Apabila Umno mahu merebut jawatan Menteri Besar, mereka sanggup mengguna istilah derhaka kepada musuhnya jika enggan berundur daripada jawatan Menteri Besar.
Dan, ketika Karpal mengambil tindakan menyaman istana, maka Umno pun semakin ganas menyerang. Nampaknya.. Umno akan menggunakan setiap inci tindakan Pakatan Rakyat untuk memperalat kalimah derhaka ini dengan dua tujuan nawaitunya.
Pertama, dengan menuduh Pakatan Rakyat derhaka, maka menjadilah Umno sebagai parti suci tanpa dosa atau wali keramat. Kedua, dengan menuduh Pakatan Rakyat jahat, maka harapan mereka.. akan hitamlah watak putih Pakatan Rakyat ini buat selama-lamanya.
Sebenarnya, bukannya ikhlas sangat Umno mempertikai tindakan Karpal itu. Kebetulan peguam veteran itu daripada Pakatan Rakyat, maka inilah masa yang terbaik untuk membelasah seteru politik mereka dengan hebatnya, sekali gus dengan harapan, akan terserlahlah wajah putih kesetiaan Umno kepada istana.
Sampai bilakah umat Melayu akan terus diperbodohkan Umno tidaklah diketahui. Tetapi, kita tahu sangatlah.. bahawa dengan mengendong isu derhaka ini, Umno telah mendapat dua kekuatan tenaga baru.
Jangan-jangan.. raja-raja Melayu sendiri pun berasa malu dengan tindakan Umno ini. Mana tahu kalau-kalau mereka pun tidak sukakan Umno. Tetapi, bagaimanakah mereka mahu berbicara dan kepada siapakah mereka mahu berkongsi duka nestapa ini?

Tuesday, February 10, 2009
Pakatan tawar agenda perubahan, BN-Umno tawar wang tunai
Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim berkata perbezaan besar antara “Projek 916″ Pakatan Rakyat dengan “Projek Rampasan Kuasa” BN-Umno adalah Pakatan menawarkan agenda perjuangan kepada wakil-wakil rakyat, manakala BN-Umno menawarkan wang tunai.
Beliau menjawab kenyataan Najib Tun Razak bahawa budaya perpindahan parti dimulakan oleh Anwar sejak September tahun lepas.
“Kita tidak menawarkan apa-apa imbuhan. Sesiapa yang ingin menyertai Pakatan Rakyat harus akur dengan agenda perubahan serta menolak kerakusan kuasa dan rasuah,” kata Anwar.
“Apabila Nasarudin Hashim (Adun Bota) bertemu saya dan menyatakan keinginan untuk menyertai Pakatan Rakyat kerana tidak dapat menerima rasuah dalam Umno, saya bertanya mahukah beliau membuat pengakuan secara terbuka dan dia bersetuju.
“Tidak ada yang dilari atau disembunyikan dari keluarga sendiri, diugut atau disogok,” tegas Anwar.
Sebelum keluar dari Pakatan, keempat-empat Adun Perak ‘dihilangkan’ beberapa hari sebelum muncul bersama Najib. Disamping itu ada pengakuan dan laporan polis bahawa ada tawaran mencecah RM50 juta di Perak dan Kedah bagi menjayakan siri rampasan kuasa di kedua-dua negeri tersebut.

Waran Tangkap dikeluarkan ke atas Adun Bebas Changkat Jering
Mahkamah Mahkamah Majistret Ipoh hari ini mengeluarkan waran ke atas Adun bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN), Mohd Osman Mohd Jailu kerana tidak hadir ke mahkamah untuk perbicaraan perbicaraan kes rasuah projek pembangunan yang bernilai RM180 juta.
Osman yang mewakili Dewab Undangan Negeri (Dun) Changkat Jering dikatakan dilaporkan media melalui beberapa sumber, dimasukan ke hospital. Walaubagaimanapun media berkenaan masih tidak dapat pengesahan daripada Adun berkenaan.
Beliau dituduh bersubahat dengan Adun Behrang Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi juga Adun bebas yang menyokong BN kerana dikatakan menerima rasuah bagi mendapatkan satu projek iaitu cadangan membangunkan tanah seluas 36.42 hektar bernilai RM180 juta di kawasan pusat bandar Seri Iskandar dekat sini secara usahasama dengan Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT).
Jamaluddin turut dilaporkan tidak menghadirkan diri ke mahkamah kerana sakit.
Menurut peguam Jamaluddin, seperti yang dilaporkan media, surat sakit anak guamnya telah dikemukakan kepada pihak mahkamah.
Nampaknya, Mohd Osman Mohd Jailu menyangka yang segala tuduhan rasuah tersebut akan digugurkan setelah beliau meninggalkan PKR seperti yang dijanjikan oleh seorang pemimpin tertinggi Umno yang telah menemuinya.
Pemimpin tertinggi Umno tersebut kemungkinan telah lupa untuk mengarahkan pendakwaraya untuk menggugurkan tuduhan rasuah tersebut terhadap kedua-dua Mohd Osman Mohd Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi kerana masih sibuk dengan usaha memastikan mentri besar dan kerajaan pemberontak negeri Perak benar-benar telah mengambil-alih pemerintahan negeri tersebut.

KDN rampas Harakah, akhbar PKR
Akhbar dwimingguan PAS Harakah yang memuatkan edisi-edisi terkini pergolakan politik di Perak dirampas di negeri itu, Kedah dan Selangor. Difahamkan pengedar-pengedar juga diberikan amaran agar tidak menjual tabloid rasmi parti itu. Gangguan Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga didakwa berlaku di Pulau Pinang dan Johor. Ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman memberitahu Malaysiakini hari ini, pihaknya sedang mengumpul maklumat jumlah rampasan kementerian berkenaan.
Tambahnya, pihak berkuasa juga telah memberikan "tekanan" kepada akhbar tersebut sebelum edisi semalam - yang diedarkan mulai hujung minggu lepas - dicetak. Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan dengan perinci bentuk tekanan tersebut, dipercayai mengenai tajuk utama dan kandungan laporan akhbar tersebut mengenai rampasan kuasa BN terhadap kerajaan pimpinan menteri besar PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mulai minggu lepas.
Edisi Jumaat lepas yang memuatkan laporan muka depan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dianggap "memihak kepada BN" susulan keputusannya tidak mengiktiraf kekosongan dua kerusi DUN Changkat Jering dan Behrang seperti didakwa oleh speaker dewan itu, V Sivakumar.
Ahmad Lufti berkata, Harakah sedang menghubungi pengedar-pengedarnya di negeri-negeri lain untuk memastikan sama ada mereka juga mengalami masalah seumpama itu.Katanya lagi, beliau tidak menyangka rampasan itu berlaku kerana tiada notis diberikan dan ia berlaku secara "tiba-tiba".
Pengurus pemasaran akhbar itu Shuhaimi Embong pula berkata pihaknya akan menyediakan khidmat peguam jika penjualnya memerlukan dan akan membayar ganti rugi atas rampasan tersebut.Tambahnya, beliau sedang mengumpul data lengkap dan akan menunggu jumlah rasmi daripada kementerian terbabit.Pada Jun tahun lalu, kerajaan meluluskan permohonan tabloid rasmi PAS itu untuk diterbitkan dua kali seminggu.Sebelum ini, Harakah diterbitkan dua kali sebulan, sejak tahun 2000.
Sementara akhbar PKR Suara Keadilan juga mengalami rampasan sejak pilihanraya kecil Kuala Terengganu, pertengahan bulan lepas, di Johor dan Melaka. Menurut ketua penerangan PKR Tian Chua, rampasan itu kemungkinan berhubung laporan janji-janji politik yang didakwa gagal ditunaikan oleh timbalan perdana menteri. Datuk Seri Najib Razak didakwa tidak memberikan RM4.18 juta kepada 26 masjid dan 42 surau di Pulau Pinang sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos lepas. Beliau dilaporkan berkata akan berbuat demikian segera bagi menjawab kempen pembangkang di Terengganu.
Chua juga berkata pegawai-pegawai KDN turut menakut-nakutkan penjual agar tidak mengedar Suara Keadilan. Tambahnya, PKR akan mengumpul maklumat lengkap dan bertemu KDN untuk membincangkan perkara tersebut.
Nampaknya ada usaha yang kini sedang dilakukan oleh kerajaan BN untuk memastikan agar rakyat tidak akan mendapat maklumat yang sebenar dan tepat. Dengan cara itu, BN berharap akan dapat menutup segala kebenaran daripada diketahui umum. Adakah itu keadilan dan di manakah demokrasi, kebebasan bersuara dan hak asasi kemanusiaan?

Monday, February 9, 2009
Hapuskan anasir-anasir Umno
Kerajaan-kerajaan negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat adalah diminta agar segera menghapuskan anasir-anasir Umno yang masih berkhidmat di dalam jentera pentadbiran kerajaan negeri.
Ini adalah kerana, jika sekiranya anasir-anasir Umno tersebut masih dibenarkan untuk meneruskan khidmat mereka di jentera-jentera pentadbiran kerajaan negeri, berkemungkinan besar anasir-anasir Umno ini akan melakukan pelbagai sabotaj terhadap perjalanan pentadbiran kerajaan negeri dan seterusnya menggugat kestabilan serta mengancam keselamatan negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.
Oleh itu, para pemimpin Pakatan Rakyat adalah diminta agar bertindak dengan seberapa segera yang boleh bagi menangani ancaman tersebut sebelum ianya menular dan tidak dapat dikawal.

Jangan percaya kepada media Umno dan BN
Ingin kami maklumkan kepada semua pembaca agar berhati-hati serta berwaspada terhadap pelbagai dakyah serta fitnah yang sering dilemparkan melalui media massa dan akhbar-akhbar yang pro-Umno dan BN.
Dakyah serta fitnah yang mereka sering lemparkan melalui media-media yang menyokong mereka bertujuan untuk memburukkan serta menjatuhkan imej para pemimpin dan parti-parti komponen Pakatan Rakyat dengan sewenang-wenangnya.
Oleh itu, kami berharap rakyat tidak akan mudah terpengaruh dengan segala agenda-agenda Umno dan BN tersebut yang bertujuan untuk memecahbelahkan rakyat, membangkitkan sentimen perkauman serta benci-membenci di antara satu sama lain.
Utamakan perpaduan di negara kita.

Kerajaan pemberontak Umno Perak takut
Kerajaan pemberontak negeri Perak yang diterajui oleh Umno Perak telah menyatakan bahawa mereka tidak akan membubarkan dewan undangan negeri bagi mengadakan pilihanraya semula.
Ini adalah kerana mereka takut dengan kuasa rakyat dan telah jelas mengetahui bahawa rakyat akan menolak mereka sekaligus sekiranya mereka bersetuju untuk mengadakan semula pilihanraya negeri. Umno juga telah mengetahui bahawa, parti mereka sudah tidak relevan lagi di mata rakyat.
Oleh kerana itu, Umno telah melancarkan rampasan kuasa dengan menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat yang sah dengan bantuan pasukan keselamatan daripada kerajaan pusat bagi memberikan tekanan terhadap Sultan Perak agar baginda terpaksa menerima dan mengiktiraf rampasan kuasa tersebut.
Kita beserta dengan majoriti rakyat Perak tidak akan sekali-kali mengiktiraf kerajaan pemberontak negeri yang diterajui oleh Dr Zambry Abd Kadir dari Umno Perak kerana kerajaan yang dibentuk mereka ini adalah tidak sah, haram dan salah di sisi undang-undang.
Kerajaan yang dibentuk hasil daripada rampasan kuasa adalah juga benar-benar haram dari segi ugama dan perundangan syariah pada keseluruhannya.
Dengan ini, bermulalah era kediktatoran dan ketuanan di negeri Perak.

Saturday, February 7, 2009
Kita mencabar Umno Perak adakan semula pilihanraya negeri
Oleh kerana Umno Perak telah dengan rasminya membentuk kerajaan pemberontak di negeri itu pada hari ini, setelah berjaya menggulingkan pentadbiran Pakatan Rakyat yang sah atas alasan ahli-ahli dewan undangan negeri berpaling tadah, kita mencabar agar kerajaan pemberontak yang dibentuk oleh Umno Perak itu mengadakan semula pilihanraya negeri bagi membuktikan yang mereka boleh menang dan menjadi kerajaan semula melalui proses demokrasi.
Umno Perak perlu memberanikan diri mereka dan tidak menyorok di sebalik krisis tersebut dengan hanya asyik menyatakan mereka telah memperoleh majoriti untuk menjadi kerajaan yang baru. Ini tidak boleh membuktikan yang mereka ini benar-benar mempunyai sokongan penuh rakyat.
Umno Perak juga perlu sedar bahawa, pentadbiran baru yang mereka bentuk pada hari ini adalah sebuah kerajaan pemberontak hasil daripada rampasan kuasa yang dianjurnya dua hari yang lalu. Kerajaan pemberontak tersebut bukannya dipilih oleh rakyat tetapi telah mengambil pentadbiran sebelumnya dengan menggunakan kekerasan yang tidak berlandaskan demokrasi.
Sekiranya Umno Perak mempunyai sokongan kuat dari rakyat seperti yang didakwanya, buktikan kesahihan itu dengan membubarkan dewan undangan negeri dan mengadakan pilihanraya negeri yang baru.
Jika Umno Perak masih enggan berbuat demikian, ini jelas membuktikan mereka tidak yakin dan takut menghadapi rakyat jelata. Kita gelar mereka pengecut.

Friday, February 6, 2009
Rakyat Perak tidak akan iktiraf kerajaan negeri Umno yang baru
Kita berkeyakinan bahawa rakyat negeri Perak telahpun menyaksikan apa yang telah berlaku sejak kelmarin hinggalah ke hari ini. Kita semua telah melihat bagaimana Umno telah melancarkan siri rampasan kuasanya dengan cara yang tidak berpelembagaan, cara yang bertentangan dengan sistem perundangan dan cara yang tidak beretika serta tidak bermoral (rasuah).
Kita juga telah melihat bagaimana Umno melancarkan rampasan kuasanya mengguling kerajaan negeri yang telah dipilih oleh rakyat pada pilihanraya umum yang lepas. Bagaimana Umno yang masih menguasai kerajaan pusat telah menggunakan kesempatannya mengerahkan pasukan serta agensi keselamatan untuk menguggat seterusnya mengusir kerajaan negeri Perak yang sah daripada tampuk pemerintahnya dan memberikan tekanan terhadap Sultan agar baginda segera mengiktiraf kerajaan negeri Umno yang bukan dipilih oleh rakyat pada 4hb Februari dan sekaligus mencabar kesahihan kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat.
Kebanyakan daripada rakyat di negeri Perak pada amnya akan masih bersama Pakatan Rakyat dan mengiktiraf kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang di bawah pimpinan Mentri Besar Datuk Nizar Jamaluddin serta ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaannya yang telah diusir secara paksa daripada pejabat masing-masing oleh agensi-agensi keselamatan yang dikuasai oleh Umno di peringkat pusat.
Marilah kita bersama-sama memaklumkan kepada sahabat-handai kita, kawan-kawan kita di negara jiran bagaimana dan cara Umno melayan rakyat kita dengan sewenang-wenangnya, dengan diskriminasi, ketidakadilan. Marilah kita juga memaklumkan kepada rakan-rakan kita di luar negara, pelbagai jenayah yang Umno telah lakukan terhadap demokrasi, rakyat kita dan dasar-dasar diktator.
Dengan itu, kita ingin mengumumkan bahawa kerajaan negeri Perak yang diterajui oleh Umno pada hari ini adalah haram dan menyeru rakyat sekalian agar tidak melibatkan diri dengan pentadbiran yang tidah sah ini dengan apa cara jua pun.

Thursday, February 5, 2009
Cubaan rampasan kuasa di Perak
Nampaknya cubaan rampasan kuasa di Perak oleh Umno mungkin berjaya berikutan tekanan berterusan yang dilakukan oleh para pemimpin Umno terhadap Sultan Perak yang dijangka mengumumkan keputusan baginda sebentar lagi.
Kejayaan Umno mengulingkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak telah menunjukkan demokrasi telah terkubur dengan begitu sahaja. Kerajaan yang sah yang dipilih oleh rakyat telah lenyap dengan begitu sahaja hasil daripada usaha Umno yang telah merasuah keempat-empat ADUN Pakatan Rakyat untuk melompat parti menyokong Umno.
Adalah difahamkan bahawa dua daripada empat ADUN yang berpaling tadah iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) telah bersetuju dengan tawaran yang dibuat oleh timbalan perdana menteri Najib Razak di mana peguam negara akan menguggurkan tuduhan rasuah terhadap mereka di mahkamah setelah mereka meninggalkan PKR dan Pakatan Rakyat.
Manakala Hee Yit Foong (Jelapang) dan Datuk Nasaruddin Hashim (Bota) pula masing-masing telah meninggalkan PKR dan DAP, dipercayai telah ditawarkan jawatan tinggi di dalam kerajaan baru serta saguhati yang lain oleh Umno.

Tuesday, February 3, 2009
Cubaan rampasan kuasa di Perak terbongkar
Cubaan rampasan kuasa yang dipelopori oleh para pemimpin Umno di Perak dan peringkat pusat terbongkar apabila seorang pemimpin kanan PKR di bahagian Ipoh Barat mendedahkan adanya usaha-usaha Umno untuk menyogok beberapa orang ahli dewan undangan negeri PKR dengan wang berjuta-juta ringgit.
Sogokan wang jutaan ringgit tersebut adalah sebagai wang saguhati bagi mereka yang bersetuju untuk memasuki Umno bagi meningkatkan jumlah kerusi parti tersebut di dewan undangan negeri di dalam usaha mereka untuk mendapatkan semula hak menerajui kerajaan negeri Perak.
Adalah juga difahamkan bahawa usaha sogokan tersebut telah bermula sejak selepas pilihanraya umum tahun lalu selesai.
Bagi kita, tindakan yang dilakukan oleh para pemimpin Umno ini adalah amat keji, kurang ajar dan bertujuan untuk menggugat kestabilan kerajaan dan negeri Perak pada amnya demi mencapai kepentingan politik mereka sendiri.
Di dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu berikutan krisis kewangan yang kini sedang melanda seluruh dunia, ditambah pula dengan kadar pengangguran yang semakin meningkat oleh kerana penutupan ratusan perniagaan dan sector pengilangan, Umno sepatutnya lebih prihatin dan menumpukan perhatian mereka di dalam membantu rakyat menghadapi keadaan ekonomi sekarang yang tidak menentu, tetapi sebaliknya memilih untuk mengetepikan kebajikan rakyat jelata pada keseluruhannya.
Umno lebih mengutamakan kepentingan kuasa politiknya daripada kebajikan dan kepentingan rakyat dengan terus berusaha untuk menghuru-harakan keadaan politik di negeri Perak dengan beberapa adegan-adegan melompat parti agar kerajaan negeri yang ada sekarang tidak dapat menumpukan perhatian mereka di dalam pentadbiran.
Selain dari menganggu-gugat kestabilan kerajaan negeri Perak, Umno juga telah memperbesar-besarkan masalah lompat parti tersebut dengan liputan media-media milik BN dan Umno secara meluaskan mengaitkan kelemahan Pakatan Rakyat di dalam menerajui kerajaan tersebut, serta menghasut dan memberikan maklumat-maklumat yang kurang tepat kepada Istana Kinta supaya salahfaham dan perselisihan di antara pihak kerajaan dan istana dapat berlaku.
Nafsu jahat Umno yang begitu rakus dengan keagungan kuasanya jelas terbukti dengan perbuatan mereka yang keji sekali. Perbuatan Umno tersebut juga jelas tidak Islam kerana orang-orang Islam yang taat beriman tidak akan sekali-kali menganiayai serta menfitnah rakan-rakan mereka yang seugama dengan mereka ataupun rakan-rakan mereka yang bukan Islam.
Perbuatan Umno tersebut juga jelas tidak berlandaskan hukum-hukum Islam yang didakwa diperjuangkan oleh mereka selama ini. Perbuatan Umno ini seolah-olah ingin melihat lebih ramai umat-umat kita menderita secara berterusan dan ingin kami tegaskan bahawa perbuatan Umno ini jelas berpandukan kepada prinsip yang dipelopori oleh Firaun semata-mata.
Oleh yang demikian, kita harus menolak Umno dengan sepenuhnya bagi membolehkan rakyat hidup secara aman, harmoni dan bersatu. Semoga perbuatan yang setaraf dengan syaitan ini tidak akan berpanjangan.

Monday, February 2, 2009
Najib janji RM50 juta untuk lompat ke BN
Ketua bahagian PKR Ipoh Barat, Fauzi Muda mendakwa bahawa Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mencuba tahun lalu untuk memujukkan supaya melobi dua ahli dewan undangan negeri (Adun) Pakatan Rakyat) di Perak supaya melompat parti.
Fauzi mendakwa, beliau telah ditawar sejumlah RM50 juta bagi perkhidmatannya itu dan untuk membayar mereka yang berjaya dipujuk melompat parti. Bagaimanapun, katanya, beliau tidak memberi sebarang komitmen.Walaupun mengakui beliau tidak mempunyai bukti yang konkrit untuk menyokong dakwaannya itu, tetapi Fauzi sebaliknya mencabar Najib - yang juga timbalan perdana menteri - menafikan dakwaannya itu.
Ketika membaca akuan bersumpah setebal tiga muka surat itu dalam satu sidang akhbar di Ipoh pagi ini, Fauzi berkata, seorang kawannya, Sulaimen Mansor - seorang ahli biasa Umno - telah menjemputnya ke Kuala Lumpur atas urusan perniagaan pada 11 Mac 2008.Tarikh itu merupakan tiga hari selepas pilihanraya umum yang menyaksikan Barisan Nasional kalah di Perak dan gabungan Pakatan menubuhkan kerajaan negeri, dengan majoriti tipis lima kerusi.
Bagaimanapun, Suleiman membawa Fauzi menemui tiga lelaki "termasuk timbalan menteri pertahanan, Datuk Zainal Abidin di plaza tol Jalan Duta."Selepas itu, saya dibawa bertemu (Datuk Seri) Najib Razak di kediamannya di Putrajaya di mana beliau cuba memujuk saya supaya melobi bagi mendapatkan dua Adun PR melompat menyertai BN," dakwa Fauzi ~ Malaysiakini.

4 kontraktor MPSP ditamat perkhidmatan
Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) baru-baru ini telah mengumumkan bahawa empat kontraktor pembersihannya telah ditamatkan perkhidmatannya berkuat-kuasa serta merta dari 18hb Januari lalu kerana perkhidmatan mereka yang tidak memuaskan dan tidak menjalankan amanat mereka dengan bersungguh-sungguh.
Kontraktor-kontraktor pembersihan yang telah ditamatkan perkhidmatan mereka adalah seperti berikut:-
1. Koperasi Serbaguna Tasek Gelugor Bhd;
2. Sinar Jujur Services;
3. Pertubuhan Peladang Kawasan Lahar Bubu;
4. Spasda Dagangan Sdn Bhd.
Notis-notis penamatan perkhidmatan tersebut terpaksa dikeluarkan oleh kerana kontraktor-kontraktor tersebut enggan menjawab tunjuk sebab yang telah diberikan oleh pihak majlis sebelum ini berhubung dengan tahap perkhidmatan mereka yang tidak memuaskan.
Menurut sumber daripada MPSP jumlah nilai kontrak tersebut adalah di dalam anggaran RM87,371 dan usaha telahpun dimulakan untuk menyenarai pendek beberapa pemohonan-pemohonan yang baru untuk mengambil-alih kontrak-kontrak pembersihan tersebut dengan segera.

Subscribe to:
Posts (Atom)