Kita masih tidak dapat memahami kenapa BN-Umno masih enggan menerima kenyataan dan hakikat sebenar yang mereka ini telah melakukan pelbagai kesilapan dan penyalahgunaan kuasa hasil daripada pemerintahan mereka beberapa dekad ini, malah memilih untuk meneruskan amalan tidak sihat mereka ini sehingga sekarang.
Dan apabila kepimpinan Pakatan Rakyat sedang berusaha untuk memastikan agar barisan kepimpinan mereka serta wakil-wakil rakyatnya tidak dicemari rasuah dan penyalahgunaan kuasa dengan memperbetulkan apa yang disifatkan sebagai salah dan menyalahi undang-undang, BN-Umno asyik memperlekehkan usaha tersebut dengan memutarbelitkan keadaan dengan sering menggambarkan Pakatan Rakyat sebagai rasuah dan hamper menyerupai Umno.
Apa yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat sekarang adalah untuk membersihkan serta memperbetulkan keadaan di barisan kepimpinan mereka daripada amalan-amalan yang kurang sihat. Mana-mana wakil rakyat dan kepimpinan kerajaan yang disyaki ataupun telah didapati rasuah akan diseur meletakkan jawatan kerajaan mereka ataupun sekaligus melepaskan kerusi dewan undangan negeri atau parlimen mereka dengan segera.
Dengan adanya langkah-langkah tersebut ia akan dapat memastikan agar institusi-institusi yang diterajui oleh Pakatan Rakyat adalah bersih dan berintegriti.
Langkah-langkah yang diambil ini juga telah membuktikan bahawa kepimpinan Pakatan Rakyat berani menghadapi kebenaran dan cabaran walaupun membongkar kesilapan yang dilakukan oleh ahli-ahli atau para pemimpinnya sekali.
Walaupun kita semua telah bosan dengan beberapa siri pilihanraya kecil baru-baru ini, kita harus melihat daripada sudut yang positif di mana perlaksanaan yang dijalankan oleh Pakatan Rakyat ini adalah suatu yang mulia kerana mereka ingin memastikan imej dan integriti mereka tidak tercemar dan senantiasa terpelihara. Sekiranya terdapat mana-mana pemimpin atau ahli-ahli yang rasuah dan tercemar, mereka ini akan diseur mengundurkan diri bagi memastikan imej dan integriti institusi tersebut senantiasa terpelihara.
Jika dibandingkan dengan BN-Umno mereka yang telah dan sedang rasuah daripada peringkat menteri sehinggalah ke peringkat bahagian dibenarkan untuk meneruskan peranan mereka di dalam kerajaan dan parti selama beberapa dekad agar ia dapat memberikan lebih banyak faedah dan imbuhan kepada kroni-kroni serta penyokong-penyokong mereka.
BN-Umno tidak berani mengakui kesilapan dan kesalahan mereka malah sentiasa menafikan segala perbuatan mereka dan berusaha untuk menutupinya walaupun rakyat telah tahu akan perbuatan mereka selama ini. Mereka selalu takut menghadapi kenyataan dan menerima kebenaran kerana ianya akan menggugat kedudukan dan kekayaan mereka.
Dan sekiranya BN-Umno sekarang mengadu telah kehausan dana kewangan akibat daripada terlalu banyak pilihanraya kecil, kita nasihati mereka agar tidak bertanding menentang Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya kecil dewan undangan negeri Penanti yang akan datang.
Kalau BN-Umno ingin menjimat wng mereka dan wang kerajaan pusat (yang mereka telah salahgunakan selama ini), usahlah bertanding agar Pakatan Rakyat dapat menang tanpa bertanding.
Sekiranya ini benar-benar berlaku, jutaan ringgit akan dapat dijimatkan. Alangkah baiknya jika BN-Umno dapat menyedarinya dari awal lagi dan tidak bertanding di dalam pilihanraya-pilihanraya kecil yang lalu di Kuala Terengganu, Permatang Pauh, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, maka berbilion ringgit akan juga dapat dijimatkan.
No comments:
Post a Comment