Setelah peristiwa “pendatang” dan “penghuni sementara” di Pulau Pinang, timbul satu lagi episode perkauman di negeri Perak.
Timbalan ketua perhubungan Umno negeri Perak Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang juga salah seorang perancang rampasan kuasa di negeri itu yang telah menegakkan sebuah kerajaan pemberontak setelah kerajaan negeri Pakatan Rakyat digulingkannya, telah menghina masyarakat Cina bagi pihak Umno dan BN sewaktu menjalankan kempen pilihanrayanya di kawasan parlimen Bukit Gantang baru-baru ini.
Di dalam temuramah sewaktu menghadiri sebuah konsert nyayian yang ditonjolkan oleh gadis-gadis yang berpakaian seksi dan mendedahkan, Datuk Ahmad Zahid telah mengatakan bahawa pertunjukkan konsert tersebut adalah sebahagian daripada budaya masyarakat Cina di mana orang-orang Cina gemar menonton pertunjukan dan persembahan sebegini dengan diiringi jamuan makan dan minuman arak.
Kenyataan yang dibuat oleh Datuk Ahmad Zahid ini jelas telah benar-benar menyakitkan hati masyarakat Cina di seluruh negara. Nampaknya, para pemimpin Umno masih dengan adegannya yang telah lapuk , suka menghina kaum-kaum yang tertentu apabila tibanya sesuatu pilihanraya kecil ataupun kempen-kempen politik.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Ahmad Zahid ini jelas menggambarkan kebencian beliau, sikap perkaumannya, kejijikannya dan ketidaktamadunya serta anggapan beliau seolah-olah masyarakat Cina di negara kita ini adalah rakyat kelas bawahan.
Dan inilah sikap dan dasar ketuanan yang dipelopori Umno selama ini, di mana merekalah yang paling kebal dan berkuasa manakala kita daripada rumpun lain adalah hamba abdi kepada mereka.
Jadi kita perlu tolak habis-habisan konsep ketuanan dan perkauman yang didalangi oleh Umno dan BN ini.
No comments:
Post a Comment