Wednesday, April 15, 2009

Percakaran dalaman Umno berulang

Setelah kalah teruk di dalam beberapa siri pilihanraya kecil baru-baru ini dan berakhirnya pemilihan parti, para pemimpin Umno mula bercakaran sesame sendiri semula, oleh kerana tidak dapat berpuashati dengan jawatan dan kedudukan mereka sekarang.

Yang terbaru dan hangat sekarang ialah di negeri Terengganu, di mana seorang ahli dewan undangan negeri Datuk Rosol Wahid daripada puak bekas mentri besar Datuk Idris Jusoh merancang untuk membentangkan usul tidak percaya terhadap mentri besar partinya sendiri Datuk Ahmad Said kerana mendakwa Datuk Ahmad telah merampas kedudukan tersebut daripada Datuk Idris pada bulan March tahun lalu dengan berhubung terus dengan Sultan Terengganu untuk memperkenankan perlantikan mentri besar kepada Datuk Ahmad dan bukannya Datuk Idris.

Akibat daripada itu, Datuk Rosol diancam keselamatan nyawanya oleh beberapa pemimpin Umno agar tidak meneruskan hasratnya dan oleh kerana beliau diancam nyawanya Datuk Rosol dan beberapa orang ahli dewan undangan negeri daripada puak Datuk Idris telah mengambil keputusan untuk memboikot persidangan dewan yang akan datang.

Dan episode tersebut dihangatkan lagi di Perlis dengan ketua penerangan Umno negeri tersebut Datuk Hashim Suboh yang menggelar mentri besar Datuk Dr Md Isa Sabu sebagai “produk haram” tradisi Umno kerana beliau menuntut dilantik sebagai ketua badan perhubungan Umno negeri atas alasan adalah lebih sesuai kedudukan tersebut dijawatnya oleh kerana beliau seorang mentri besar.

Dr Md Isa juga mahukan agar ketua badan perhubungan Umno Perlis sekarang Datuk Shahidan Kassim meletakkan jawatan dengan segera bagi member laluan kepada beliau untuk mengambil-alihnya.

Nampaknya, walaupun proses pemilihan Umno telah tamat, dendam sesame para pemimpin parti tersebut masih membara dan tidak akan dapat diredakan.. Perbalahan dan percakaran mereka hanya reda seketika sewaktu pilihanraya kecil di Bukit Selambau dan Bukit Gantang yang telahpun menyaksikan kekalahan berterusan Umno dan BN di tangan Pakatan Rakyat.

Biarkanlah mereka ini terus menerus berbalah dan bercakaran sesame sendiri dan selepas itu jika mereka masih tidak berpuashati, maka kerusi meja akan melayang di mesyuarat-mesyuarat cawangan dan bahagian Umno. Sememangnya tabiat mereka yang tidak pernah kikis. Itulah kegagahan dan keperkasaan mereka. Mungkinkah tidak lama lagi perbalahan mereka akan sampai ke kemuncak di mana keris, parang dan lembing akan dihunuskan untuk merebut jawatan dalam parti.

Oh, terlupa pula dalam zaman moden ini mungkin mesingan dan rifel akan digunakan pula untuk merebut jawatan-jawatan dalam parti. Politik dalam Umno ini tidak menentu, apapun boleh terjadi.

2 comments:

fital said...

gadohlah oh gadohlah
gadohlah gadoh
biar sampai lebam muka
gadohlah gadohlah
biar padan muka

kekwa66 said...

Senario politik malaysia ni macam drama bersiri pulak, plotnya turun naik, haha...kita tunggu dan lihat je lah!! Era najib dan muhiddin ni memang tak aman tenteram! mereka tak dapat berbulan madu sampai PRU-13! haha