Sebagaimana yang telah kita ketahui, kerajaan pemberontak negeri Perak yang diterajui Umno telah mengambil keputusan untuk melelong kesemua enam belas unit kereta Toyota Camry yang menjadi kenderaan resmi kerajaan negeri yang lalu yang telah digulingkan oleh Umno melalui satu siri rampasan kuasa.
Lelongan tersebut telahpun diumumkan oleh menteri besar kerajaan pemberontak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir. Ada pelbagai kebencian dan dendaman yang disimpan oleh kerajaan pemberontak negeri yang diterajui oleh Umno yang mempengaruhi keputusan mereka untuk melelong kereta-kereta Toyota Camry tersebut pada bulan hadapan.
Pertama, ramai daripada kalangan pemimpin Umno negeri Perak berpendapat bahawa sekiranya kerajaan pemberontak terus menggunakan kereta Toyota Camry sebagai kenderaan resmi kerajaan, maka pengaruh Pakatan Rakyat akan terus menghantui kerajaan pemberontak negeri. Menurut Umno Perak, Toyota Camry adalah juga merupakan simbol kerajaan Pakatan Rakyat dan adalah menjadi suatu alasan yang kukuh bagi Umno untuk menghakis segala pengaruh Pakatan Rakyat daripada jentera pentadbiran negeri sekarang.
Kedua, kerajaan pemberontak juga mendakwa kononnya kerajaan negeri yang telah digulingkannya pada bulan Februari yang lalu tidak patriotik kerana telah menjual kereta nasional Proton Perdana dan menggantikannya dengan kereta buatan Jepun yang lebih bermutu tinggi. Katanya, walaupun Proton Perdana tidak menunjukkan prestasi yang baik, kegunaan patut diteruskan demi maruah Negara.
Ketiga, kami rasa ramai di antara kita masih ingat bahawa bertapa mahalnya kos penyelenggaraan kereta-kereta Proton Perdana yang menjadi kenderaan resmi beberapa buah kerajaan negeri termasuk Perak yang mana kegiatan penyalahgunaan kuasa di dalam kegiatan-kegiatan penyelenggaraan amat berleluasa. Ratusan ribu ringgit telah dibelanjakan untuk menyelenggara sesebuah unit Proton Perdana dan pelbagai penyelewengan telahpun dikesan di mana alat-alat ganti yang digunakan telah dikitar semula dan bukannya peralatan yang baru.
Selain daripada itu, kereta-kereta Proton Perdana tersebut juga telah dihantar ke bengkel-bengkel penyelenggaraan Proton yang kebanyakannya dimiliki oleh para pemimpin Umno tempatan yang dilantik secara terus oleh kerana kaitan mereka dengan Umno dan bukannya melalui tender terbuka.
Tujuan dan niat sebenarnya kerajaan pemberontak negeri Perak untuk menggantikan Toyota Camry dengan Proton Perdana amat jelas dan tepat sekali. Mereka ingin terus menyara beberapa pemimpin kanan Umno tempatan dengan cara sebegini. Jika sekiranya Toyota Camry masih terus digunakan, ianya akan dihantar ke pusat-pusat servis Toyota untuk diselenggara. Setahu kami, tidak satu pun di antara pusat-pusat servis Toyota dimiliki oleh para pemimpin Umno negeri Perak, oleh kerana itu tidak akan dapat terus menyara hidup mereka.
Oleh itu, kerajaan pemberontak negeri yang diterajui oleh Umno tidak mungkin akan berubah daripada sikap lamanya. Kesemua sikap dan kegiatan lamanya telahpun timbul semula setelah mereka merampas kuasa pada bulan Februari yang lalu.
No comments:
Post a Comment