Kenapa Umno begitu ingin sangat menguasai negeri Perak walau dengan apa jua cara? Jawapannya adalah mudah dan singkat, mereka ingin menguasai pasaran dan perniagaan pil ecstasy yang masuk ke Malaysia melalui Thailand yang dianggap sangat lumayan kerana ianya telah membawa pulangan yang menguntungkan para pemimpin dan ahli-ahli Umno.
Akan tetapi, kekebalan mereka teruji apabila polis dan pihak berkuasa narkotik Thailand berjaya menahan beberapa orang pemimpin pemuda Umno Bahagian Grik yang diterajui oleh Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali ketika mereka menguruskan pengedaran mereka di negara tersebut dengan menggunakan van-van Umno.
Akibat daripada itu, Datuk Tajol bersama-sama dengan ketua penerangan Umno bahagian tersebut terpaksa bergegas ke Betong, Thailand untuk berusaha membebaskan beberapa pemimpin pemuda Umno bahagian tersebut daripada tahanan pihak berkuasa di situ. Difahamkan bahawa Datuk Tajol telah berjaya mengumpul sebanyak RM60,000 dalam usaha untuk membebaskan para pemimpin pemuda Umno tersebut daripada tahanan pihak berkuasa Thailand.
Apabila disiasat laterbelakang kes tersebut, kami dapati pihak polis daerah Grik tidak dapat menghalang kegiatan pengedaran dan penjualan pil ecstasy di daerah yang dipelopori oleh pemuda Umno bahagian Grik kerana mereka dilindungi dan didalangi oleh para pemimpin tertinggi Umno Perak.
Itulah kekebalan yang sentiasa ditonjolkan oleh para pemimpin dan ahli-ahli Umno selama ini. Sebagai ahli atau pemimpin Umno mereka berada di atas undang-undang dan pihak berkuasa tidak dapat berbuat apa-apa terhadap mereka.
Akibat daripada itu, sumber-sumber pihak polis daerah Grik yang marah dengan ketidakadilan yang berlaku telah memberikan maklumat-maklumat tersebut kepada rakan sejawat mereka di Betong, Thailand agar pihak berkuasa negara itu dapat bertindak terhadap mereka yang dianggap kebal di Perak.
Patutlah Umno merampas kuasa di Perak dan ingin sangat untuk meneruskan pemerintahan mereka di negeri tersebut walaupun dengan cara yang tidak sah. Kerana perniagaan ini yang sangat lumayan dan menguntungkan.
No comments:
Post a Comment