Thursday, April 9, 2009

BN dan Umno gagal meraih semula sokongan rakyat

Kejayaan Pakatan Rakyat dalam mengekalkan kerusi parlimen dan dewan undangan negeri mereka di kawasan Bukit Gantang dan Bukit Selambau masing-masing dengan majoriti yang lebih tinggi telah dengan jelasnya menunjukkan bahawa BN dan Umno telah kehilangan sokongan rakyat oleh kerana dasar-dasar konservatif mereka yang telah lapuk dan tidak dapat diguna pakai pada zaman sekarang.

Di Perak, dengan kemenangan Datuk Seri Nizar Jamaluddin dari PAS telah membuktikan bahawa rakyat menolak dan tidak mengiktiraf kerajaan pemberontak negeri yang diterajui oleh Umno di bawah pimpinan mentri besar pemberontak Dr Zambry Abdul Kadir.

Rakyat secara terang telah memberitahu BN dan Umno bahawa mereka tidak merestui rampasan kuasa yang dilancarkan oleh Umno pada Februari lalu yang telah menggulingkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang dipilih oleh rakyat pada pilihanraya umum yang lalu.

Strategi BN dan Umno yang sering menggambarkan Nizar telah menderhakai Sultan pada kempen pilihanraya tersebut juga tidak diterima oleh rakyat kerana ianya merupakan fitnah semata-mata.

Sementara di Kedah pula, kemenangan S.Manikumar dari PKR menunjukkan calon muka baru itu tidak menjadi isu kepada para pengundi kerana rakyat telah faham akan aspirasi Pakatan Rakyat dan mahukan perubahan diteruskan dengan segera. Rakyat telah tahu bahawa BN dan Umno tidak akan dapat melakukan sebarang perubahan untuk mereka dan negara.

Kekalahan BN di Bukit Selambau itu juga telah memberikan satu tamparan hebat buat presiden MIC Samy Vellu di mana beliau sendiri masih belum pulih daripada kekalahan mengejutnya di kawasan parlimen Sungai Siput pada pilihanraya umum yang lalu.

Daripada lima pilihanraya kecil dalam tempoh sembilan bulan ini, Pakatan Rakyat telah berjaya memenangani empat kerusi yang ditandinginya dengan majoriti yang lebih besar, menunjukkan BN dan Umno telah ketandusan modal dan semakin kehilangan sokongan masyarakat khususnya daripada peringkat akar umbi.

Keputusan tersebut juga telah membayangkan bahawa rakyat kita tetap mahukan perubahan diteruskan walapun Najib telah menggantikan Pak Lah, kerana mereka yakin, penukaran kepimpinan dalam Umno dan kerajaan pusat ini tidak akan dapat memberikan sebarang kesan yang positif kepada negara. Parti yang memerintah dan mendominasi sekarang masih BN dan Umno.

1 comment:

Unknown said...

is melayu very afraid of DAP???

UMNO keeps on using this tactic "DAP phobia" in bukit gantang election, and it seems their plan is working as the malay votes to UMNO have increased.

i think it's time for DAP to expand their influence to the malay, get in more malay members and let more malays understand DAP policies & aims. (take gerakan & MCA as lesson to learn from) don't solely count on a single race.

let's do DAP ceramah nationwide!!! get the MALAYS!!! who get the malays, who'll rule!!!