Sunday, April 5, 2009

Kerajaan negeri Umno Perak sekarang adalah haram

Pentadbiran yang berkuasa di negeri Perak sekarang adalah sebuah kerajaan pemberontak yang diterajui oleh Umno Perak hasil daripada rampasan kuasa mereka pada 6 Februari lalu yang menggulingkan kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat pada pilihanraya umum yang lalu pada 8 Mac 2008.

Pilihanraya kecil di kawasan parlimen Bukit Gantang akan menjadi penentu sama ada rakyat mengiktiraf kerajaan pemberontak tersebut atau sebaliknya. Kerajaan pemberontak negeri kini telah ketandusan modal politik. Pelbagai cara dan sebaran maklumat palsu telah dilakukannya bagi memburukkan imej dan reputasi calon Pakatan Rakyat yang bertanding iaitu Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin.

Selain daripada itu kerajaan pemberontak juga telah berusaha untuk membawa masuk seberapa ramai pengundi hantu yang boleh dan memanipulasikan undi-undi pos yang tertentu bagi memastikan kemenangan di pihak mereka pada 7 April ini.

Nampaknya, kerajaan pemberontak negeri juga telah meminta bantuan pihak SPR dan polis bagi membolehkan kempen-kempen pilihanraya kecil Pakatan Rakyat disekat dan dihadkan dengan seberapa yang boleh.

Namun demikian, rakyat Perak telah tahu akan tindakan dan niat jahat lagi keji yang sering dilakukan oleh Umno dan BN. Rakyat Perak juga telah mengetahui bahawa Umno telah menamatkan amalan demokrasi di negeri tersebut dengan tindakannya menggantung terus persidangan dewan undangan negeri.

Marilah kita bersama-sama keluar mengundi pada 7 April ini bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin dari PAS. Pilihanraya ini juga akan menjadi suatu pungutan suara oleh rakyat dan juga bertindak sebagai bantahan terhadap kerajaan pemberontak Umno negeri yang telah menerajui negeri Perak secara haram dan tidak sah.

No comments: