Monday, April 20, 2009

Majoriti ADUN BN T'ganu mahu MB letak jawatan

Malaysiakini ~ Sejumlah 18 daripada 24 ADUN Barisan Nasional (BN) Terengganu kini dipercayai menyokong kumpulan yang mendesak Menteri Besar, Datuk Ahmad Said supaya meletakkan jawatan.

Nampaknya, setelah BN dan Umno memberontak menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak, kini memberontak pula di Terengganu untuk menggulingkan kerajaan mereka sendiri oleh kerana Menteri Besarnya bukannya daripada kalangan puak mereka.

Perang saudara di Terengganu telahpun bermula, BN dan Umno bukan sahaja melawan Pakatan Rakyat tetapi juga melawan sesama sendiri, malah bertindak lebih kejam dan keji terhadap sesaudara mereka di dalam Umno.

No comments: