Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, jika Elizabeth Wong menerima tawaran itu, beliau diminta kembali daripada bercuti dan meneruskan perkhidmatannya mulai esok.
Sementara itu, Wong di dalam kenyataannya yang terbaru telah secara rasmi menerima tawaran untuk mengekalkan jawatannya sebagai exco kerajaan negeri Selangor dan ADUN Bukit Lanjan.
Wong juga berkata beliau amat menghargai simpati dan sokongan daripada rakyat negeri itu dan berikrar untuk meneruskan khidmatnya kepada rakyat dan negeri Selangor.
No comments:
Post a Comment