Kami amat kecewa dengan tindakan serta sikap kerajaan BN baru-baru ini yang dianggap biadap dan langsung tidak menghormati amalan demokrasi di negara ini.
Menteri di jabatan perdana menteri Datuk Ahmad Zahid Hamidi semalam telah mengarahkan ketua-ketua jabatan persekutuan di negeri Perak agar tidak menghadiri sebarang mesyuarat di peringkat kerajaan negeri. Perbuatan dan tindakan tersebut telah jelas menunjukkan bahawa sikap BN ini adalah kebudak-budakkan, biadap dan tidak menghormati kerajaan pilihan rakyat.
Perbuatan kerajaan persekutuan BN ini juga menunjukkan seolah-olah ingin membalas dendam terhadap rakyat yang telah memilih Pakatan Rakyat untuk menerajui negeri tersebut.
Adalah difahamkan bahawa setelah ketua-ketua jabatan persekutuan di Perak diberi arahan sedemikian, para pegawai dan ketua-ketua jabatan persekutuan di negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan dijangka akan menerima arahan yang sama tidak lama lagi.
No comments:
Post a Comment