Tuesday, January 20, 2009

Kemenangan bagaikan "Ang Pow" sempena Tahun Baru Cina

Kemenangan Pakatan Rakyat di dalam dua pilihanraya kecil di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu baru-baru ini, ditambah pula dengan beberapa kemenangan besar calon-calon pro-Mahasiswa di dalam pilihanraya kampus di beberapa buah universiti adalah bagaikan suatu rahmat atau "Ang Pow" buat semua yang dahagakan perubahan dan ketelusan di dalam pentadbiran.

Semoga kejayaan tersebut akan mendorong para penyokong kita agar berusaha dengan lebih gigih lagi bagi mencapai suatu perubahan yang berskala besar di masa yang akan datang.

Harapan kita yang seterusnya adalah di negeri Sarawak. Marilah kita sama-sama berdoa agar kejayaan yang sama dapat kita kecapi di sana kelak.

No comments: