Wednesday, January 28, 2009

Ketuanan membenarkan Umno hak tidak membayar cukai taksiran

Menurut laporan yang dikemukakan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) baru-baru ini, Umno telah didapati mempunyai tunggakan cukai taksiran sebanyak RM236,558.24 yang gagal dibayar olehnya di antara enam hingga sebelas tahun yang lalu.

Di antara bangunan-bangunan dan lot-lot pejabat Umno yang mana cukai taksiran gagal dibayar adalah seperti yang berikut: -

1. Bangunan Umno Bahagian Permatang Pauh di Jalan Tanah Liat, Bukit Mertajam (RM25,548),
2. Bangunan Umno Cawangan Pekan Darat (RM1,582.71),
3. Pejabat Umno Cawangan Teluk Air Tawar (RM228.08),
4. Bangunan Umno di Lorong Bagan Luar 1, Butterworth (RM209,135.45),
5. Pejabat Sekretariat Kelab Umno di Kampung Pertama, Permatang Pauh (RM64).

Beginilah sikap Umno yang selama ini mengakui diri mereka sebagai gagah perkasa, berketuanan yang tinggi dan tuan kepada segala-galanya di bumi ini. Kedudukan yang “tinggi” ini telah memberikan hak mutlak kepada mereka untuk tidak membayar sebarang cukai, melanggar undang-undang, menyalahguna kuasa dengan sewenang-wenangnya serta bertindakan sesuka hati mereka tanpa mengira kepentingan umum.

Perpatah mereka, “selagi mereka masih berkuasa, mereka punyai hak untuk berbuat apa sahaja, walaupun perbuatan itu terbatas dari sisi undang-undang”.

Jika didapati kebanyakan bangunan-bangunan Umno di Seberang Perai mempunyai tunggakan yang sebegitu banyak sekali, sudah tentunya bangunan-bangunan dan pejabat-pejabat Umno di kawasan lain turut mempunyai tunggakan sedemikian rupa yang sengaja tidak dibayar kerana mereka tahu bahawa pihak berkuasa tempatan tidak akan berani menuntut bayaran daripada mereka.

Bagaimana pula dengan Menara Umno di Jalan Macalister, Pulau Pinang? Mungkinkah bangunan tersebut juga mempunyai tunggakan cukai taksiran berjuta-juta ringgit?

Pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) perlu melakukan siasatan mereka dengan segera bukan sahaja terhadap status Menara Umno, tetapi bangunan-bangunan Umno yang lain di sekitar Pulau Pinang juga perlu disiasat dan diperiksa bagi memastikan jumlah tunggakan cukai taksiran yang sebenarnya.

Penyalahgunaan kuasa dan sikan bongkak Umno ini perlu dibongkar dengan segera untuk tatapan umum.

No comments: