Tuesday, January 20, 2009

Selamat Tahun Baru Cina (Gong Xi Fa Cai)

Kami ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina - Gong Xi Fa Cai kepada semua peminat, pembaca, sahabat-handai dan rakan-rakan blogger.

Untuk makluman sekalian, Jawatankuasa DAP Pulau Pinang bersama dengan Jawatankuasa Perhubungan Parlimen DAP Bagan akan mengadakan rumah terbuka parti pada 28 Januari 2009 jam 11.00 pagi bertempat di Dataran Pemuda Merdeka (Padang Bandaran MPSP) di Jalan Datuk Haji Ahmad Badawi/Jalan Bagan Luar, Butterworth.

Semua adalah dijemput hadir. Terima kasih kerana menyokong kami dengan berterusan.

No comments: