Kami telah mendapat berita bahawa bendera DAP yang dipasang sempena pilihanraya kecil kawasan parlimen Kuala Terengganu baru-baru ini telah dirampas oleh sebuah agensi penguatkuasa dengan alasan DAP bukan parti yang bertanding di dalam pilihanraya tersebut.
Yang anehnya kenapa agensi penguatkuasa tersebut hanya bertindak terhadap parti-parti Pakatan Rakyat? Di sekitar kawasan tersebut terdapat banyak bendera-bendera Umno yang dipasang dan kenapa pula bendera Umno itu dibenarkan?
Setahu kami, Umno bukanlah sebuah parti yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk bertanding dengan pilihanraya tersebut, tetapi hanya Barisan Nasional dan PAS sahaja yang bertanding. Jadi bendera-bendera Umno juga tidak sepatutnya dikibarkan atau dipasang di dalam pilihanraya kecil tersebut.
Itu tidak adil kerana pihak berkuasa tersebut pilih kasih.
No comments:
Post a Comment