Keputusan meneruskan pembelian Toyota Camry seperti yang dibuat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini dibuat dengan mengambil kira faktor antaranya penyelenggaraan kereta Proton Perdana yang terlampau tinggi.
Pejabat Menteri Besar dalam satu kenyataan berkata dengan kos penyelenggaraan sebanyak RM694,735.55 daripada 2006 sehingga November 2008, kerajaan negeri membuat keputusan membeli 15 unit kereta Toyota Camry 2.4 yang keseluruhannya berjumlah RM2.35 juta.
Bagi setiap unit yang berharga RM157,074.89 itu, kerajaan negeri memperoleh diskaun sebanyak RM10,000.00 sebuah serta diberikan jaminan selama tiga tahun oleh pihak Toyota.
“Kerajaan negeri berharap dengan penjelasan ini dapat memberi gambaran sebenar. Setiap keputusan yang dibuat, telah mengambil kira semua faktor dalam menunaikan tanggungjawab kepada rakyat dengan telus, ikhlas dan amanah,” katanya.
Segala dakyah, fitnah, tuduhan dan pembohongan yang dilemparkan oleh para pemimpin BN Selangor baru-baru ini adalah bertujuan untuk mengelirukan rakyat dan memesongkan fakta-fakta yang sebenar.
1 comment:
ya ya ko pasti ke guna camry xde kos penyelenggaraan?? dan berapa biji kereta perdana yang betul2 service dengan proton?? 3 ?? 4 ?? ...korang menyalak kononye nak attract investor luar invest kat malaysia ble ambik alih govt tapi korang beli CBU dari thailand...yang honda assemble accord kat melaka tu buat ape?? xble pakai ke?? mengaku jela ko mmg x nak gune kerete perdana buruk sebab dah 14 tahun...
tapi ingat itu tax payer money jagn ingat itu duit bapak ko punye
Post a Comment