Baru-baru ini kita telah mendapati bahawa timbalan menteri kewangan Datuk Kong Cho Ha sebagai memberitahu sidang parlimen bahawa krisis kewangan global yang sedang melanda masyarakat dunia hanya memberikan kesan yang paling minima kepada Malaysia dan kita tidak seharusnya bimbang dengan keadaan tersebut.
Oleh kerana itu, kerajaan BN langsung tidak mengambil langkah-langkah yang wajar untuk menangani masalah tersebut daripada menular di negara kita ini. Setahu kita, 2000 orang telah kehilangan kerja di Pulau Pinang, tambah pula dengan 1500 lagi di Sarawak. Keadaan yang sama juga dapat dirasai di Shah Alam, Pelabuhan Klang dan Senai dan begitu juga dengan jiran kita Singapura.
Jadi, kata BN tiada masalah, teruslah bergembira!
No comments:
Post a Comment