Mengikut laporan sebuah akhbar tempatan, setiausaha Umno Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim mendakwa telah menerima suatu laporan daripada sumber di dalam Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mengenai tunggakan cukai taksiran yang disenarai mengikut parti-parti politik, termasuk Umno sendiri.
Jika sekiranya dakwaan oleh Azhar mengenai “sumber” beliau di dalam MPSP itu betul, maka ini bermakna terdapat masalah yang serius di dalam pentadbiran MPSP itu sendiri. Kewujudan elemen-elemen dan anasir-anasir yang pro-Umno di dalam jentera pentadbiran kerajaan negeri tidak boleh dipandang ringan sahaja kerana jika sekiranya ianya dibiarkan berleluasa, ianya boleh mengganggu-gugat perjalanan harian pentadbiran kerajaan negeri.
Selain daripada itu, kewujudan elemen-elemen dan anasir-anasir pro-Umno di dalam jentera pentadbiran kerajaan negeri ini juga boleh menyebabkan sistem, dokumentasi dan rekod kerajaan disalin secara tidak sah atau dicuri. Kegiatan sabotaj juga berkemungkinan akan dilakukan oleh anasir-anasir pro-Umno ini bagi mengugat kestabilan dan keselamatan di dalam negeri dan sekaligus menghuru-harakan perjalanan pentadbiran negeri.
Jika elemen-elemen dan anasir-anasir pro-Umno ini bertukar menjadi radikal di suatu hari nanti, ianya boleh menyebabkan keselamatan negeri Pulau Pinang terancam sekiranya ianya tidak dibendung dengan segera.
Oleh yang demikian, kerajaan negeri perlu mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengekang kegiatan-kegiatan negatif ini bukan sahaja di dalam MPSP, malah pejabat-pejabat dan jabatan-jabatan kerajaan negeri yang lain juga perlu dipantau agar kegiatan elemen-elemen dan anasir-anasir yang pro-Umno ini dapat dibendung dengan segera bagi menjamin keselamatan kerajaan dan rakyat negeri Pulau Pinang.
Wednesday, January 28, 2009
Ketuanan membenarkan Umno hak tidak membayar cukai taksiran
Menurut laporan yang dikemukakan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) baru-baru ini, Umno telah didapati mempunyai tunggakan cukai taksiran sebanyak RM236,558.24 yang gagal dibayar olehnya di antara enam hingga sebelas tahun yang lalu.
Di antara bangunan-bangunan dan lot-lot pejabat Umno yang mana cukai taksiran gagal dibayar adalah seperti yang berikut: -
1. Bangunan Umno Bahagian Permatang Pauh di Jalan Tanah Liat, Bukit Mertajam (RM25,548),
2. Bangunan Umno Cawangan Pekan Darat (RM1,582.71),
3. Pejabat Umno Cawangan Teluk Air Tawar (RM228.08),
4. Bangunan Umno di Lorong Bagan Luar 1, Butterworth (RM209,135.45),
5. Pejabat Sekretariat Kelab Umno di Kampung Pertama, Permatang Pauh (RM64).
Beginilah sikap Umno yang selama ini mengakui diri mereka sebagai gagah perkasa, berketuanan yang tinggi dan tuan kepada segala-galanya di bumi ini. Kedudukan yang “tinggi” ini telah memberikan hak mutlak kepada mereka untuk tidak membayar sebarang cukai, melanggar undang-undang, menyalahguna kuasa dengan sewenang-wenangnya serta bertindakan sesuka hati mereka tanpa mengira kepentingan umum.
Perpatah mereka, “selagi mereka masih berkuasa, mereka punyai hak untuk berbuat apa sahaja, walaupun perbuatan itu terbatas dari sisi undang-undang”.
Jika didapati kebanyakan bangunan-bangunan Umno di Seberang Perai mempunyai tunggakan yang sebegitu banyak sekali, sudah tentunya bangunan-bangunan dan pejabat-pejabat Umno di kawasan lain turut mempunyai tunggakan sedemikian rupa yang sengaja tidak dibayar kerana mereka tahu bahawa pihak berkuasa tempatan tidak akan berani menuntut bayaran daripada mereka.
Bagaimana pula dengan Menara Umno di Jalan Macalister, Pulau Pinang? Mungkinkah bangunan tersebut juga mempunyai tunggakan cukai taksiran berjuta-juta ringgit?
Pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) perlu melakukan siasatan mereka dengan segera bukan sahaja terhadap status Menara Umno, tetapi bangunan-bangunan Umno yang lain di sekitar Pulau Pinang juga perlu disiasat dan diperiksa bagi memastikan jumlah tunggakan cukai taksiran yang sebenarnya.
Penyalahgunaan kuasa dan sikan bongkak Umno ini perlu dibongkar dengan segera untuk tatapan umum.

Friday, January 23, 2009
Pro-Mahasiswa menang besar di Universiti Islam Antarabangsa
Pilihanraya kampus bagi Universiti Islam Malaysia (UIA) hari menyaksikan calon pro-Mahasiswa dan calon bebas hampir menyapu bersih kesemua kerusi fakulti dan kerusi antarabangsa yang dipertandingkan.
Manakala pengundian bagi dua kerusi Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu ditangguh sehingga 29 Januari depan, selepas kumpulan pro-Mahasiswa membuat bantahan terhadap seorang calon yang bertanding di kerusi berkenaan.
Menurut keputusan rasmi hari ini, pro-Mahasiswa memenangi 17 kerusi fakulti manakala calon bebas menang tiga kerusi.
Pencapaian tersebut menyamai jumlah kerusi yang dimenangi pro-Mahasiswa pada sesi lalu.
Calon bebas juga menyapu bersih kesemua lima kerusi antarabangsa yang dipertandingkan hari ini.
Manakala calon pro-Aspirasi yang menyokong kuat Barisan Nasional (BN) selama ini dan calon Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) pula masing-masing memenangi satu kerusi.
Selepas penamaan calon Isnin lalu, kumpulan pro-Mahasiswa sudah memenangi dua kerusi tanpa bertanding di Fakulti Kejuruteraan di kampus Gombak dan Fakulti Kejururawatan di kampus Kuantan.
Seorang calon bebas pula menang satu kerusi tanpa bertanding di kerusi Fakulti Teknologi Maklumat dan Informasi.
Dalam pengundian hari ini, bagi kampus Gombak, pro-Mahasiswa menang sembilan kerusi manakala calon bebas, pro-Aspirasi dan PKPIM masing-masing menang satu kerusi.
Bagi kampus Kuantan pula, pro-Mahasiswa memenangi lapan kerusi, dua dimenangi oleh calon bebas dan pengundian dua kerusi lagi ditangguhkan.
UIA merupakan universiti awam terakhir mengadakan pilihanraya kampus. Sebelum ini, Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan pilihanraya kampus masing-masing.
Kecuali UM, seperti yang diduga, kesemua universiti awam lain lain dikuasai oleh kumpulan pro-Aspirasi yang cenderung kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).
Pengundian bagi pilihanraya kampus UIA bermula jam 8 pagi dan akan berakhir pada jam 5 petang.

Wednesday, January 21, 2009
Tindakan kerajaan BN biadap dan tidak menghormati demokrasi
Kami amat kecewa dengan tindakan serta sikap kerajaan BN baru-baru ini yang dianggap biadap dan langsung tidak menghormati amalan demokrasi di negara ini.
Menteri di jabatan perdana menteri Datuk Ahmad Zahid Hamidi semalam telah mengarahkan ketua-ketua jabatan persekutuan di negeri Perak agar tidak menghadiri sebarang mesyuarat di peringkat kerajaan negeri. Perbuatan dan tindakan tersebut telah jelas menunjukkan bahawa sikap BN ini adalah kebudak-budakkan, biadap dan tidak menghormati kerajaan pilihan rakyat.
Perbuatan kerajaan persekutuan BN ini juga menunjukkan seolah-olah ingin membalas dendam terhadap rakyat yang telah memilih Pakatan Rakyat untuk menerajui negeri tersebut.
Adalah difahamkan bahawa setelah ketua-ketua jabatan persekutuan di Perak diberi arahan sedemikian, para pegawai dan ketua-ketua jabatan persekutuan di negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan dijangka akan menerima arahan yang sama tidak lama lagi.

Tegah hadiri mesyuarat: Kenyataan Zahid Hamidi kebudakan
Keupayaan PAS di Kelantan mengekalkan kerajaan sehingga lebih 18 tahun antaranya kerana kebencian rakyat terhadap dendam politik yang diamalkan pemimpin Umno.
Pelbagai penderaan yang dilakukan termasuk menafikan banyak peruntukan yang sepatutnya disalurkan untuk faedah rakyat di negeri ini. Hari ini situasi yang serupa berlaku terhadap negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat.
Berdasar kepada petunjuk itu keupayaan Umno dan Barisan Nasional merampas kembali pentadbiran negeri terbabit semakin mengecil sama seperti berlaku di Kelantan sejak 18 tahun lalu.
Dan semalam pemimpin Umno yang masih mempunyai kuasa di peringkat persekutuan, antaranya Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegah ketua jabatan dan agensi pusat daripada menghadiri mesyuarat bersama pemimpin kerajaan Perak berkuatkuasa serta merta.
Mengulas perkembangan itu Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat melahirkan rasa terkejut di atas kenyataan dikeluarkan seorang menteri yang menjaga hal ehwal agama.
"Sepatutnya sebagai menteri menjaga agama beliau menjadi rujukan dan ikutan kepada orang lain dengan mempamerkan akhlak yang baik. Namun apa yang berlaku sekarang memperlihatkan dendam politik.
"Pemimpin seperti itu sebenarnya belum pernah teruji dan apabila diuji dengan kekalahan dia akan terperangkap dan langsung tidak mencerminkan kewibawaan yang ada pada dirinya," katanya di sini.
Menurutnya yang juga Adun Limbongan kenyataan seperti itu hanya bersifat kebudak-budakkan yang tidak sepatutnya keluar daripada seorang menteri.
Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, arahan terbaru yang dikeluarkan menegah pegawai kerajaan pusat menghadiri mesyuarat dengan kerajaan negeri akan menjadi senjata makan diri.
"Ini memperlihatkan betapa egonya seorang menteri kabinet kerajaan BN. Sepatutnya petunjuk yang dizahirkan rakyat pada Mac lalu dan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari lalu sudah menjadi iktibar.
"Kita yakin dengan sikap dipamerkan seperti itu menyebabkan rakyat semakin muak dan kejatuhan kerajaan BN sekarang sudah berada di ambang pintu," ujarnya. Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, arahan yang tidak matang itu jelas menggambarkan dendam politik pemimpin Umno.
Katanya, sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal agama lebih cermat dalam tutur kata.
"Namun dengan kenyataannya semalam menggambarkan ada usaha-usaha yang terselindung bagi mengganggu kerajaan negeri apabila tiada kerjasama daripada agensi kerajaan pusat," katanya.
Bagaimanapun katanya, fenomena tersebut sebenarnya boleh mempercepatkan kejatuhan kerajaan BN yang kini sudah pun bergerak ke arah itu.
Kata beliau sepatutnya pemimpin Umno belajar daripada suasana politik yang ada pada hari ini dan bukannya terus menunjukkan sikap dendam.
Pengarah Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan, Haji Ubaidah Yaakub mempersoalkan apakah Zahid cakap menggunakan emosi atau minda.

Kos Selenggaraan Proton Perdana Maha Tinggi
Keputusan meneruskan pembelian Toyota Camry seperti yang dibuat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini dibuat dengan mengambil kira faktor antaranya penyelenggaraan kereta Proton Perdana yang terlampau tinggi.
Pejabat Menteri Besar dalam satu kenyataan berkata dengan kos penyelenggaraan sebanyak RM694,735.55 daripada 2006 sehingga November 2008, kerajaan negeri membuat keputusan membeli 15 unit kereta Toyota Camry 2.4 yang keseluruhannya berjumlah RM2.35 juta.
Bagi setiap unit yang berharga RM157,074.89 itu, kerajaan negeri memperoleh diskaun sebanyak RM10,000.00 sebuah serta diberikan jaminan selama tiga tahun oleh pihak Toyota.
“Kerajaan negeri berharap dengan penjelasan ini dapat memberi gambaran sebenar. Setiap keputusan yang dibuat, telah mengambil kira semua faktor dalam menunaikan tanggungjawab kepada rakyat dengan telus, ikhlas dan amanah,” katanya.
Segala dakyah, fitnah, tuduhan dan pembohongan yang dilemparkan oleh para pemimpin BN Selangor baru-baru ini adalah bertujuan untuk mengelirukan rakyat dan memesongkan fakta-fakta yang sebenar.

Tuesday, January 20, 2009
Kemenangan bagaikan "Ang Pow" sempena Tahun Baru Cina
Kemenangan Pakatan Rakyat di dalam dua pilihanraya kecil di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu baru-baru ini, ditambah pula dengan beberapa kemenangan besar calon-calon pro-Mahasiswa di dalam pilihanraya kampus di beberapa buah universiti adalah bagaikan suatu rahmat atau "Ang Pow" buat semua yang dahagakan perubahan dan ketelusan di dalam pentadbiran.
Semoga kejayaan tersebut akan mendorong para penyokong kita agar berusaha dengan lebih gigih lagi bagi mencapai suatu perubahan yang berskala besar di masa yang akan datang.
Harapan kita yang seterusnya adalah di negeri Sarawak. Marilah kita sama-sama berdoa agar kejayaan yang sama dapat kita kecapi di sana kelak.
Pro-Aspirasi tewas di pemilihan UM
Kumpulan pro-Aspirasi yang kuat menyokong Barisan Nasional (BN) gagal mempertahankan penguasaannya di Universiti Malaya apabila tewas kepada kumpulan pro-Mahasiswa dan calon bebas dalam pilihanraya kampus semalam.
Kumpulan pro-BN tersebut hanya mendapat 20 kerusi daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.
Manakala kumpulan pro-Mahasiswa (yang pro-Pakatan Rakyat) memenangi 19 kerusi dan dua kerusi lagi dimenangi oleh calon bebas.
Kekalahan kumpulan pro-Aspirasi itu diumumkan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UM), Prof Madya Datuk Dr Azarae Idris pada jam 3.30 pagi di Dewan Tunku Canselor (DTC) di UM. Dalam pilihanraya kampus lalu, pro-Mahasiswa memenangi 11 daripada 41 kerusi.
Dan dalam pilihanraya kampus semalam, kumpulan yang dianggap menyokong Pakatan Rakyat itu berjaya menambah lapan lagi kerusi.
Kumpulan tersebut menang lapan daripada sembilan kerusi umum dan 13 daripada 32 kerusi fakulti. Calon bebas memenangi dua kerusi fakulti.
Lapan calon pro-Mahasiswa yang menang kerusi umum ialah:
1. Mohamad Hafiz Ilyas.
2. Ahmad Syazwan Mohd Hassan.
3. Mohamad Ridzuan Mohammad.
4. Nurul Fitrah Mohd Ariffin Marican.
5. Chong Yah Huei.
6. Shah Rizul Ayuni Zulkiply.
7. Low Yu Jie.
8. Yap Zhehn Jun.
Manakala satu lagi kerusi umum dimenangi oleh calon pro-Aspirasi.
Menurut keputusan yang diumumkan semalam, Mohamad Hafiz mendapat 5,999 undi, Ahmad Syazwan (5,886), Mohamad RIdzuan (5,474), Nurul Fitrah (5,425), Chong (5,041), Shah Rizul Ayuni (5,000), Low (4,847 dan Yap mendapat 4,683 undi.
Bagi kerusi fakulti pula, calon pro-Mahasiswa menang dua kerusi Fakulti Pengajian Melayu (2), Akademi Pengajian Islam (2) dan masing-masing satu kerusi di Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian, Fakulti Perakaunan dan Perniagaan, Fakulti Pendidikan, Fakulti Sains, Fakulti Bahasa dan Linguistik dan Pusat Kebudayaan.
Calon bebas pula memangi dua kerusi di Fakulti Undang-undang,
Bagaimanapun, peratusan keluar mengundi merosot kepada 69 peratus pada sesi pemilihan kali ini. Pengerusi pro-Mahasiswa Norazali Zainuddin ketika dihubungi mengesahkan kemenangan kumpulannya itu. Menurutnya, kemenangan tersebut tidak diijangkakan. Kali terakhir pro-Mahasiswa UM memenangi pilihanraya kampus ialah pada 2004.
Norazali juga menyifatkan kemenangan itu sebagai "angin perubahan" yang sedang melanda universiti itu."Kemenangan pro-Mahasiswa kali ini begitu simbolik.
Barrack Obama masuk Rumah Putih pada 20 Januari, kita menang pada (pun) pada 20 Januari," kata Norazali.Pro-Mahasiswa sesi ini mengitar semula tema dan slogan kempen Barrack Obama dalam kempen pilihanraya presiden Amerika Syarikat tahun lepas, Hope and Change dan Change, yes we can.
Norazali bagaimanapun mengakui, situasi pilihanraya kampus di UM lebih bebas berbanding universiti lain. Oleh itu, katanya, ianya membolehkan kempen dilakukan dengan lebih berkesan.

Selamat Tahun Baru Cina (Gong Xi Fa Cai)
Kami ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina - Gong Xi Fa Cai kepada semua peminat, pembaca, sahabat-handai dan rakan-rakan blogger.
Untuk makluman sekalian, Jawatankuasa DAP Pulau Pinang bersama dengan Jawatankuasa Perhubungan Parlimen DAP Bagan akan mengadakan rumah terbuka parti pada 28 Januari 2009 jam 11.00 pagi bertempat di Dataran Pemuda Merdeka (Padang Bandaran MPSP) di Jalan Datuk Haji Ahmad Badawi/Jalan Bagan Luar, Butterworth.
Semua adalah dijemput hadir. Terima kasih kerana menyokong kami dengan berterusan.
Monday, January 19, 2009
Warisan politik Pak Lah, beban buat Najib
Dua hari sebelum pengundian, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi begitu yakin Barisan Nasional akan menang dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu. Keyakinan beliau dizahirkan setelah dua kali lawatan ke kawasan PRK itu.
Kini Perdana Menteri pasti kecewa dengan keputusan rakyat Malaysia di Kuala Terengganu menolak Umno dan BN. Walaupun sepanjang kempen, calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Salleh yang dihebohkan sebagai proksi beliau dan akan menjejaskan peluang parti pemerintah, Abdullah tetap menolak tuduhan itu.
"Saya kenal Wan Ahmad Farid kerana kebetulannya dia telah menjadi Setiausaha Politik kepada saya dan kemudian dilantik sebagai timbalan menteri dan itu adalah atas keyakinan saya yang dia mampu buat kerja dan buat kerja dengan baik."
Namun Wan Ahmad Farid kecundang juga, dan mulai semalam dan sepanjang kerjaya politiknya, beliau terpaksa menerima hakikat bahawa beliau tewas dengan majoriti yang besar kepada Pas di kawasan yang dianggap kubu kuat BN.
Di kalangan orang Umno sendiri ini, PRK Kuala Terengganu adalah lanjutan dari legasi politik Abdullah, yang walaupun dikatakan berniat baik, sering salah telahannya.
Yang terpaksa menanggung beban calon yang dikatakan proksi Perdana Menteri adalah timbalannya Datuk Seri Najib Razak. Para penganalis sudah pun membuat andaian bahawa kekalahan BN dalam PRK Kuala Terengganu adalah tamparan hebat buat Najib.
Malah dijangkakan selepas ini Najib turut terpaksa menanggung beban dasar-dasar Abdullah yang tidak begitu teguh dipegang dan dilaksanakannya; merumitkan lagi proses Najib menggantikan ketuanya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno pada Mac ini.
Di kalangan kepimpinan Pakatan Rakyat, ramai yang masih berharap Abdullah tidak menyerahkan jawatan kepada Najib kerana kehadirannya dalam suasana politik negara banyak membantu parti-parti pembangkang persekutuan.
Pada malam selepas calon Pas Mohd Abdul Wahid Endut diisytiharkan menang PRK Kuala Terengganu, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan hasratnya supaya Abdullah terus kekal memimpin kerajaan selepas Mac ini untuk meneruskan reformasi dalam bidang-bidang kehakiman, anti-korupsi dan pentadbiran bersih.
Tidak dapat dipastikan sama ada kenyataan Abdul Hadi itu benar-benar ikhlas atau sekadar sindiran.
Apa tidaknya, Abdullah dianggap sebagai punca tsunami politik pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu di mana Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat merampas lima negeri dan menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen.
Begitu juga kembalinya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang Parlimen berikutan kemenangan semula di kerusi lamanya dalam PRK Permatang Pauh pada Ogos tahun lalu.
Bagi Pakatan, selagi Abdullah memimpin Umno, BN dan kerajaan, malang akan terus menimpa parti pemerintah yang dilihat seolah-olah masih tidak faham mengapa mereka kehilangan begitu banyak kerusi dalam PRU lalu.
Kelemahan pentadbiran dan gaya politik Abdullah juga menonjolkan imej Pas dan PKR di kalangan orang Melayu sebagai alternatif kepada Umno. Ini juga faktor penting buat Najib untuk menangani masalah hakisan populariti Umno di kalangan orang Melayu.
Apabila Najib menerajui kerajaan pusat, segala masalah ini yang akan diwarisinya. Untuk memulihkan semula semangat Umno dan BN, banyak yang Najib harus lakukan, termasuk meletakkan muka-muka baru untuk memberi wajah segar kepada parti yang mula tergugat kewibawaan politiknya.
Masalahnya nanti, apabila muka-muka lama merasakan diri mahu digugurkan, mereka akan gelisah dan mungkin mencari jalan keluar. Bagi orang politik, keselesaan memegang jawatan dan kuasa amat sukar untuk dilemparkan begitu sahaja.
Apakah mereka akan menimbulkan krisis dalaman parti? Adakah mereka akan melompat parti menyertai PKR atau Pas, atau mungkin juga DAP? Apakah semua ini mungkin berlaku sebelum PRU akan datang yang dijangka diadakan pada tahun 2012?
Jika pun semua kemungkinan ini berlaku, ia tertakluk kepada kedudukan para pemimpin Umno pada Mac ini di mana perwakilan parti akan memilih barisan kepimpinan baru.
Najib sudah pun bersedia mengambil alih kepimpinan berikutan tiada pertandingan tetapi beliau perlu menerima keputusan perwakilan bagi semua jawatan lain. Adakah barisan baru Umno nanti mampu untuk memulihkan semula maruah dan kewibawaan parti yang dikatakan telah dicalarkan oleh Abdullah atas kelemahan kepimpinannya?
Jika Pakatan Rakyat memahami aspirasi berbeza dari rakyat pelbagai kaum dan agama, dan mampu memenuhi atau setidak-tidaknya berjanji untuk memuaskan hati rakyat, tidak mustahil Umno dan BN tidak lagi dilihat sebagai satu-satunya wadah dan harapan rakyat yang setia kepada mereka sejak lebih 50 tahun lalu.
Di kalangan penyokong Pakatan, mereka hanya berharap kepimpinan barisan pembangkang persekutuan dapat meluangkan lebih banyak masa bersama untuk menguraikan kekusutan masalah-masalah yang selama ini sentiasa mengancam untuk memecahkan kebulatan perpaduan mereka.
Andainya persepsi rakyat kepada Pakatan mencerminkan harapan positif, Najib yang mewarisi kemelut politik Abdullah terpaksa menerima hakikat bahawa jawatan sebagai presiden parti atau Perdana Menteri tidak akan banyak membantu beliau untuk memastikan Umno dan BN kekal menerajui kepimpinan kerajaan.
Dari suara-suara yang kedengaran di ruang-ruang perbahasan politik kedai kopi dan café mewah, pemimpin-pemimpin Umno masih tidak faham mengapa rakyat marah pada mereka dan tetap kabur dengan hala tuju parti.
Sepanjang minggu ini Najib sedang dan akan terus berhadapan dengan wartawan, ahli dan penyokong Umno serta BN, dan orang ramai di mjalis-majlis yang dihadirinya; sesuatu yang pedih dan perit berikutan kekalahan PRK Kuala Terengganu.
Abdullah pula telah pun berlepas ke Asia Barat untuk lawatan rasmi ke Bahrain, Qatar dan Emiriyah Arab Bersatu. Beliau kini sibuk dengan lawatan-lawatan sedemikian sejak beberapa bulan lalu.
Senario ini juga diperhatikan dengan serius bukan sahaja oleh kalangan penganalis politik tetapi juga rakyat Malaysia yang prihatin - Wan Hamidi Hamid, Pengarang Roket.

Sunday, January 18, 2009
Pilihanraya kecil Kuala Terengganu cermin 'mood' politik negara
Cita-cita pembangkang untuk mengambil alih kuasa mendapat anjakan yang memberangsangkan ekoran kemenangan calonnya dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu semalam, yang mengikut para pemerhati, turut menjejaskan kedudukan Barisan Nasional (BN).Kemenangan calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut dari PAS - salah sebuah anggota Pakatan Rakyat - dalam pilihanraya kecil tersebut, dilihat sebagai mencerminkan 'mood' politik negara sekarang.
Kemenangan itu juga - walaupun tidak menjejaskan kedudukan kerajaan BN - tetapi ia menunjukkan kerajaan gagal menarik semula sokongan rakyat selepas kalah teruk dalam pilihanraya umum Mac 2008, sekaligus telah mencetuskan desakan supaya dilakukan perubahan dalam BN."Kemenangan itu menjadi bukti bahawa rakyat sememangnya dahagakan perubahan," kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pakatan Rakyat pimpinannya memenangi lima negeri dan lebih satu pertiga kerusi Parlimen dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.Kemenangan calon PAS dengan majoriti selesa 2,631 undi semalam adalah ekoran peralihan sokongan pengundi Melayu kepada pembangkang.Mohd Abdul Wahid mendapat 32,883 undi manakala calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh mendapat 30,252 undi. Calon bebas, Azharudin Mamat pula mendapat 193 undi.
Desak perubahan
Kekalahan BN di Kuala Terengganu semalam telah mencetuskan desakan dari bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah supaya dilakukan perubahan segera dalam gabungan BN.Ahli Parlimen Gua Musang dan bekas naib presiden Umno itu menyifatkan BN "dimalukan" sekali lagi ekoran kekalahan semalam.
Katanya, walaupun BN kalah teruk dalam pilihanraya umum lalu - yang juga terburuk dalam sejarah kerajaan - tetapi tidak nampak langsung sebarang perubahan asas dibuat untuk memperbaiki keadaan atau ia menunjukan BN tidak mengambil iktibar daripadanya.Malah, beliau melihat BN sekarang seolah-olah terambing ambing seperti sebuah bahtera tanpa nakhoda.
Siva Murugan Pandian, seorang penganalisa politik dari Universiti Sains Malaysia pula berkata, kemenangan pembangkang semalam telah memberi satu anjakan besar kepada Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang."Jika Datuk Seri Anwar dapat memastikan tidak berlaku keretakan dalam Pakatan Rakyat, maka pembangkang boleh mangambil alih kuasa dalam pilihanraya umum yang akan datang.
Sokongan pengundi Melayu
"Tetapi ia hanya boleh berlaku jika peralihan sokongan pengundi Melayu kepada Pakatan Rakyat berterusan," katanya.
Siva berkata, keputusan semalam juga merupakan satu petanda tidak baik terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak yang akan mengambil alih jawatan perdana menteri dari Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, selepas pemilihan Umno Mac depan.
Abdullah tidak bertanding dalam pemilihan Umno ekoran desakan kuat dari akar umbi dan kalangan pemimpin tinggi Umno ekoran kekalahan teruk BN, khususnya Umno, dalam pilihanraya umum lalu.Selepas kesemua 193 bahagian Umno selesai bermesyuarat November lalu, Najib menang tanpa bertanding bagi jawatan presiden Umno.
Tengku Razaleigh yang mahu mencabarnya, gagal mendapat kuota pencalonan yang mencukupi - sebanyak 58 pencalonan. Beliau hanya mendapat pencalonan dari bahagiannya - Umno Gua Musang.
Manakala Bridget Welsh, pakar politik Asia Tenggara di Universiti Johns Hopkin pula berkata kekalahan BN di Kuala Terengganu akan mencetuskan persoalan mengenai peningkatan kedudukan Najib sebagai perdana menteri.
Reaksi Najib
Ini kerana Najib sendiri mengetuai jentera kempen BN di Kuala Terengganu dan kekalahan BN itu merupakan satu lagi kegagalan kerajaan dalam pilihanraya kecil selepas Permatang Pauh, yang menyaksikan Anwar kembali ke Parlimen.
Ketika mengulas kekalahan calon BN semalam, Najib berkata beliau tidak fikir ia akan memberi kesan kepada BN dalam menghadapi pilihanraya akan datang.Najib berkata, beliau juga berkata tidak fikir bahawa pengundi tidak yakin kepadanya untuk mengambil alih kuasa dari perdana menteri sekarang.
Manakala Ibrahim Suffian dari Merdeka Centre for Opinion Research, pula menyifatkan keputusan pilihanraya kecil semalam menunjukkan kerajaan BN kini berdepan dengan “jurang kredibiliti” dengan pengundi Melayu yang tidak ditangani oleh para pemimpinnya ekoran percakaran sesama sendiri yang berterusan dalam BN. Pengundi muda dan pengundi di kawasan bandar khususnya tidak senang dengan masalah rasuah dan kroni yang berterusan, serta kegagalan Abdullah menunaikan janjinya untuk membawa perubahan, termasuk membersihkan pasukan polis dan badan kehakiman.
Ibrahim juga bersetuju bahawa gabungan pembangkang kini mendapat momentum yang amat diperlukan dan membuktikan parti komponennya dapat bekerjsama secara berkesan walaupun wujudkan dakwaan bahawa berlaku keretakan dalam hubungan sesama mereka - Malaysiakini.

Friday, January 16, 2009
Tindakan GGMM tarik balik saman malukan diri
Keputusan Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) untuk menarik balik saman yang difailkan terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhubung dengan pemasangan tanda jalan pelbagai bahasa atas alasan kekurangan sumber kewangan jelas telah memalukan dan memakan diri mereka.
Mungkinkah jikalau kita katakan bahawa GGMM telah gentar dengan tindakan kerajaan negeri untuk mendapatkan sepuluh orang peguam yang berpengalaman untuk menangani saman yang dikemukakan oleh GGMM yang kemudiannya tidak begitu yakin akan memenangi kes saman tersebut lantas mengambil keputusan untuk menarik diri dengan serta-merta.
Tindakan GGMM tersebut jelas menunjukkan ianya bermotifkan politik dan telah dipengaruhi oleh parti ekstremis seperti Umno. Apa yang dibuat oleh GGMM sekarang ini juga telah menunjukkan bahawa kegiatan mereka telah terpesong terus daripada matlamat dan tujuan sebenarnya pertubuhan tersebut serta membazirkan sumber kewangan hasil daripada sumbangan dan keahlian mereka dengan sewenang-wenangnya.
GGMM sepatutnya menumpukan perhatian mereka terhadap aspek dan kebajikan ahli-ahlinya, termasuk membantu para graduan Melayu yang masih menganggur dan tidak mendapat pekerjaan serta membantu mereka untuk mendapatkan keperluan skim latihan lanjut untuk membolehkan mereka memulakan pekerjaan mereka dengan jayanya. Perbuatan GGMM yang ingin mempolitikkan isu-isu pemasangan tanda-tanda jalan pelbagai bahasa telah menunjukkan sikap mereka yang kurang matang dan lebih bertumpu ke arah fahaman yang ekstermis daripada menumpukan perhatian mereka terhadap matlamat dan tujuan pertubuhan itu sebenar iaitu kebajikan dan keperluan graduan-graduan serta pelajar Melayu.
Malah di dalam asyik mengejar nama dan kedudukan, GGMM sanggup melupakan tujuan sebenar mereka dengan melibatkan diri mereka di dalam arena politik sewenang-wenangnya. Dan di dalam merancang saman terhadap kerajaan negeri berkenaan dengan isu tanda-tanda jalan pelbagai bahasa tersebut, GGMM telah juga lupa akan kedudukan mereka sekarang, GGMM masih belum didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan sah dan masih di peringkat jawatankuasa penaja.
Oleh itu, GGMM tidak memikirkan bahawa sebagai sebuah pertubuhan yang belum didaftarkan, adakah saman mereka terhadap kerajaan negeri akan diiktiraf dan diterima pakai oleh mahkamah untuk menjalankan perbicaraan saman tersebut. Sudah pastinya pihak mahkamah tidak akan mengiktiraf sebarang tuntutan saman yang dikemukakan oleh sebuah pertubuhan yang tidak atau belum didaftarkan.
Jadi, GGMM harus duduk semula sesama mereka untuk mengkaji semula apakah tindakan mereka ini betul atau tidak, sama ada kegiatan yang mereka jalankan sekarang ini berlandaskan tujuan sebenarnya penubuhan GGMM, dan memahami semula dengan lebih mendalam apakah itu GGMM yang mereka inginkan atau membawanya ke mana?
Tidak ada gunanya sekiranya mereka hanya ingin menubuhakan GGMM semata-mata untuk mendapatkan jawatan atau nama bagi sesuatu kumpulan tertentu tanpa melihat kepada tujuan diadakan nama GGMM dan macam mana untuk mengguna pakai GGMM itu untuk para ahli-ahlinya dan kebajikan mereka pada keseluruhannya.
Sekiranya mereka ini masih belum jelas dengan apakah erti kata sebenarnya dan keperluan GGMM untuk ditubuhkan, kami menasihatkan mereka agar menarik balik permohonan penubuhan mereka daripada Pendaftar Pertubuhan Malaysia – rujukan Malaysiakini.

Thursday, January 15, 2009
GGMM tarik balik saman terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) telah menarik balik samannya terhadap kerajaan Pulau Pinang berhubung penggunaan papan tanda nama jalan dalam pelbagai bahasa di tapak warisan Georgetown.
GMMM memfailkan notis penarikan balik saman itu Selasa lalu. Ia memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 4 November lalu.Peguam GGMM, Khairul Azam Abdul Aziz berkata keputusan itu dibuat kerana masalah kewangan ekoran kegagalan pihak mengumpul dana yang mencukupi bagi membiayai kos mengambil tindakan undang-undang itu.
Sebelum ini, kerajaan negeri dilaporkan telah melantik sekumpulan 10 peguam berprofail tinggi untuk mengendalikan kes tersebut.Ditanya mengenai perkara itu, Khairul Azam, pelantikan peguam-peguam tersebut tiada kaitan dengan punca GGMM menarik balik samannya.Beliau mengulangi ia semata-mata atas sebab kewangan.
Bagaimanapun, katanya, jika selepas ini ada pihak yang mahu menyumbang bantuan kewangan, GGMM bersedia memfailkan semula saman terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang.Ditanya mengenai kurangnya pihak yang bersedia menyumbang kepada GGMM untuk membiayai kes tersebut, Khairul berkata, ia mungkin perkara itu belum cukup menyentuh emosi orang Melayu."Ini kerana mereka tidak dapat melihat air mata kami," tambahnya.
Dalam writ saman yang difailkan pada 4 November lalu, gabungan itu memohon mahkamah mengeluarkan perintah menghalang papan tanda itu dinaikkan.Gabungan itu turut memohon satu deklarasi dibuat berhubung Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan bagi mempertahankan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
Writ saman telah difailkan oleh wakil gabungan itu Nik Rizman Sapian menerusi peguam Sahrihan Jani dari Tetuan Sahrihan & Hamdan, dengan menamakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebagai defendan pertama dan kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai defendan kedua.
Dalam penyata tuntutan, Nik Rizman yang juga anggota GGMM, menyatakan bahawa beliau telah menghantar notis tuntutan kepada kedua-dua defendan supaya membatalkan keputusan memasang papan tanda nama jalan dalam pelbagai bahasa di tapak warisan Georgetown - Malaysiakini.

Umno bukanlah pejuang atau parti kemerdekaan sebenar
Daripada fakta-fakta yang telah kita kaji dengan mendalam, tambah dengan perakuan beberapa pengkaji sejarah jelas telah menunjukkan bahawa Umno bukanlah parti politik yang sebenarnya memperjuangkan kemerdekaan negara kita sebelum ini.
Fakta-fakta yang dikaji beserta dengan perakuan tersebut juga telah dengan sendirinya telah terbukti berikutan kejayaan penerbitan beberapa buku yang berkisahkan beberapa pemimpin Melayu dari Parti Komunis Malaya (PKM) seperti Rashid Maidin, Abdullah C.D., Samsiah Fakeh, Abu Samah dan Kamarulzaman Teh serta kegiatan-kegiatan awal perjuangan mereka.
Malah beberapa dekad sebelum kewujudan Umno, telah terdapat dua parti nasionalis Melayu yang telahpun bergiat aktif di dalam memperjuangkan kemerdekaan negara kita. Mereka adalah Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang dipimpin oleh Ibrahim Yaakob dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Kedua-dua parti politik Melayu ini telah jelas membuktikan perjuangan mereka pada masa itu yang menentang penjajah British dengan tuntutan kemerdekaan mereka yang secara terbuka.
Sejarah awal mengenai kegiatan-kegiatan pro-kemerdekaan yang digerakan oleh KMM, PKMM dan kemudiannya PKM adalah tidak dapat dinafikan kerana ianya telah dicatat dan diiktiraf, walaupun adalah usaha oleh segelintir pemimpin Umno yang cuba untuk memutarbelitkan fakta tersebut yang menyatakan KMM dan PKMM adalah parti-parti pro-British. Fakta mengenai kegiatan-kegiatan pro-kemerdekaan yang diusahakan oleh para pemimpin Melayu di dalam PKM adalah juga tidak dapat dinafikan dengan sepenuhnya. Para pemimpin Melayu PKM ini telah meneruskan usaha-usaha perjuangan kemerdekaan yang dipelopori oleh KMM dan PKMM sebelum ini dengan perjuangan bersenjata menentang penjajahan British dan seterusnya pendudukan Jepun dan kemudiannya pendudukan semula British.
Malah perjuangan bersenjata PKM yang berterusan pada zaman pra-kemerdekaan telah menyebabkan pihak British terpaksa menaja penubuhan Umno demi mengusahakan kemerdekaan di pihak mereka secara aman.
Dengan terbongkarnya beberapa fakta sejarah ini, ia telah membuktikan bahawa apa yang didakwa oleh Umno sebagai pemilik usaha kemerdekaan adalah tidak benar sama sekali. Umno yang ada pada hari ini bukanlah pejuang kemerdekaan yang asal dalam erti kata yang sebenarnya. Hakikatnya adalah Umno hanya bertindak sebagai penerima kemerdekaan pada tahun 1957. Apa yang telah diusahakan oleh KMM, PKMM dan PKM sebelum ini telah dinikmati sepenuhnya oleh Umno yang kemudiannya telah memperoleh hak kemerdekaan tersebut sebagai milik tunggalnya.
Oleh yang demikian, Umno pada hari ini juga tidak berhak untuk memiliki apa yang dikatakan “ketuanan Melayu” dan perjuangan Islam. KMM dan PKMM adalah pejuang bangsa Melayu dan agama Islam yang asal dan yang sebenarnya, di mana ianya cuba dinafikan oleh beberapa pemimpin Umno pada hari ini.
Umno yang ada pada hari ini hanyalah sebuah parti politik biasa yang diperkumpulkan oleh beberapa pemimpin yang berkepentingan tertentu di dalam memastikan kekayaan mereka yang di bawah naungan “perjuangan bangsa dan agama” akan senantiasa dikecapi secara berterusan, dengan kuasa dimonopoli oleh kegiatan politik wang mereka, ditambah pula dengan beberapa skandal-skandal seks serta jenayah yang berkemungkinan besar akan terbongkar di masa yang akan datang.

Monday, January 12, 2009
Bendera DAP dirampas oleh pihak berkuasa
Kami telah mendapat berita bahawa bendera DAP yang dipasang sempena pilihanraya kecil kawasan parlimen Kuala Terengganu baru-baru ini telah dirampas oleh sebuah agensi penguatkuasa dengan alasan DAP bukan parti yang bertanding di dalam pilihanraya tersebut.
Yang anehnya kenapa agensi penguatkuasa tersebut hanya bertindak terhadap parti-parti Pakatan Rakyat? Di sekitar kawasan tersebut terdapat banyak bendera-bendera Umno yang dipasang dan kenapa pula bendera Umno itu dibenarkan?
Setahu kami, Umno bukanlah sebuah parti yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk bertanding dengan pilihanraya tersebut, tetapi hanya Barisan Nasional dan PAS sahaja yang bertanding. Jadi bendera-bendera Umno juga tidak sepatutnya dikibarkan atau dipasang di dalam pilihanraya kecil tersebut.
Itu tidak adil kerana pihak berkuasa tersebut pilih kasih.

Thursday, January 8, 2009
Pilihanraya kampus USM 15 Januari
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Universiti Sains Malaysia (USM) dibubarkan hari ini untuk membolehkan pilihanraya kampus diadakan pada 15 Januari depan.Pemilihan kali ini membabitkan 29 kerusi pusat pengajian tinggi serta enam kerusi umum.
Pengumuman tersebut dibuat oleh pengerusi urusetia pemilihan USM. Notis mengenainya ditampalkan di sekitar kawasan kampus. Notis tersebut - yang bertajuk 'Maklumat Penting Pemilihan MPP 2008-2009 - menyebut bahawa MPP dibubarkan hari ini.
Manakala borang-borang penamaan calon dikeluarkan di Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (BHEPP) mulai jam 9 pagi ini hingga jam 4.30 petang Jumaat depan untuk kampus induk. Hari penamaan calon pula ditetapkan pada 12 Januari - mulai jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Kempen pula dibenarkan selama tiga hari, dari 12 Januari hingga 14 Januari depan - mulai jam 7 malam 12 Januari hingga 12 tengah malam 14 Januari.
Pengundian pula akan bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang 15 Januari depan.Manakala proses pengundian dijangka selesai jam 5.30 petang. Sehubungan itu, para pelajar diingatkan supaya memberi perhatian kepada tarikh-tarikh di atas.
Bagi mereka yang berminat untuk bertanding pula diminta mengambil borang penamaan calon dengan segera - Malaysiakini.

Media pro-BN membohong
Setahu kita, sejak kebelakangan ini media-media pro-Barisan Nasional (BN) banyak memburuk-burukan Kerajaan-kerajaan negeri Perak dan Selangor behubung dengan isu-isu tabika-tabika Umno yang menumpang di dewan-dewan umum di dalam beberapa buah daerah di negeri-negeri tersebut yang telah dikunci, diarah berpindah dan macam-macam lagi tuduhan serta fitnah yang tidak benar.
Malah masalah dan pembohongan tersebut sengaja diperbesar-besarkan oleh beberapa media pro-BN yang bertujuan menggambarkan kononnya Pakatan Rakyat bertindak kejam terhadap orang ramai khususnya kanak-kanak.
Oleh yang demikian, Kerajaan-kerajaan negeri Perak dan Selangor perlu tampil ke depan untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya dengan segera agar rakyat tidak dibohongi dengan pelbagai maklumat palsu yang sering dipapar oleh media-media pro-BN.
Kepada para penduduk dan rakyat, janganlah mempercayai sangat media-media pro-BN yang berat sebelah ini. Kebanyakan berita-berita yang disiarkan oleh mereka ini adalah tidak benar dan bertujuan untuk mengelirukan rakyat.
Tuesday, January 6, 2009
Pilihanraya kecil dan projek pembangunan
Sebagaimana yang telah kita ketahui, apabila tiba sahaja pilihanraya kecil di sesuatu kawasan parlimen atau dewan undangan negeri, kawasan tersebut akan dihujani dengan pelbagai projek pembangunan dan pelbagai bantuan kewangan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).
Pilihanraya kecil terbaru adalah di kawasan parlimen Kuala Terengganu yang kosong akibat dari kematian penyadangnya daripada BN sebelum ini. Pilihanraya kecil yang lalu adalah di kawasan parlimen Permatang Pauh pada tahun lalu dan PKR menang sekali pun kawasan tersebut telah didatangani dengan pelbagai projek dan janji-janji pembangunan berterusan.
Perlulah kita mengetahui bahawa, kerajaan BN akan hanya membawa pelbagai peruntukan, pembangunan dan bantuan kewangan ke kawasan tersebut sekira adanya pilihanraya kecil berlaku di tempat tersebut. Sekiranya tidak ada pilihanraya kecil yang berlaku di kawasan tersebut, apakah yang akan terjadi kepada pelbagai peruntukan, pembangunan dan bantuan kewangan tersebut? Adakah ia akan tetap disalurkan kemudian ataupun sebaliknya? Persoalannya, adakah kerajaan BN benar-benar ikhlas di dalam menyalurkan kesemua bantuan ini kepada rakyat jelata?
Kita sering mendengar bahawa, sewaktu pilihanraya kecil berlaku di sesuatu kawasan, kerajaan BN akan mempercepatkan kempen pilihanrayannya dengan menyalurkan pelbagai bantuan, peruntukan dan kewangan kepada sekolah-sekolah, badan-badan kebajikan, jalanraya ditar dan diperbaiki, lampu isyarat, lampu jalanan dipasang atau diperbaiki dan kemudahan asas di kawasan perumahan dipertingkatkan dan sebagainya. Dengan BN akan berkata, hanya merekalah yang boleh membawa pembangunan dan ini dia pembangunan yang dimaksudkan itu.
Sewaktu pilihanraya kecil di suatu kawasan pada tahun yang lalu, kami telah membuat tinjauan khusus di beberapa buah kampong di kawasan tersebut bagi mendapatkan reaksi beberapa penduduk dan pengundi mengenai beberapa projek pembangunan dan peruntukan yang disalurkan oleh BN dengan begitu cepat sewaktu pilihanraya. Jawapan daripada penduduk kampong tersebut adalah “jalan-jalan kecil di depan rumah saya ini dah berpuluh tahun tidak ditar dan tiba-tiba bila didatangani dengan wakil BN dan pihak JKR bubuh tar di jalan-jalan ini dari satu hujung ke satu hujung dengan begitu cantik”. Seorang lagi penduduk menyampuk “bila kita minta jalan tar 10 hingga 20 tahun yang lalu permohonan kami tidak dilayan dengan cepat, malah wakil BN kata peruntukan tidak cukup, kena ikut giliran lah dan pelbagai karenah lagi”. Tambah beliau “bila tiba pilihanraya kecil semuanya pun datang dengan cepat sekali, yang kita tak pohon pun mai jugak”.
Jadi, agenda BN yang sebenarnya adalah bila adanya pilihanraya kecil, maka pembangunan akan disalurkan dengan alasan itu hanya kebetulan sesuatu projek itu telah diluluskan pada tarikh yang sekian, sekian dan sebagainya. Jikalau tidak ada pilihanraya kecil, bagaimana pula dengan pelbagai peruntukan-peruntukan tersebut dan di manakah ianya akan disalurkan? Adakah peruntukan itu hanya khusus untuk pilihanraya kecil semata-mata ataupun ianya telah diperuntukkan kepada kawasan tersebut? Adakah kerajaan BN akan jujur dan ikhlas di dalam mengenalpasti kedudukan sebenarnya peruntukan-peruntukan tersebut sama ada ianya dana pembangunan ataupun tambung pilihanraya semata-mata?
Oleh yang demikian, rakyat kita perlu peka dan berhati-hati di dalam membuat keputusan di mana-mana pilihanraya yang akan datang bagi memastikan agar kita tidak termakan ataupun terpengaruh dengan pelbagai janji-janji berbentuk rasuah dan cakap-cakap manis yang sebegini.

Monday, January 5, 2009
Skandal di dalam MIC
Kos pembinaan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) milik MIC yang mula beroperasi setahun lalu, melonjak dari anggaran asal RM230 juta kepada RM500 juta dalam tempoh 12 bulan.
Persoalannya adalah kenapa kos pembinaan tersebut telah melonjak dengan begitu tinggi sekali? Siapakah dalang sebenarnya di dalam skandal penipuan ini yang telah melesapkan jutaan ringgit milik rakyat dan masyarakat India khususnya? Yang hairannya adalah hanya bekas bendahari-agung MIC yang dipecat baru-baru ini dipertanggungjawab sepenuhnya ke atas skandal ini.
Untuk menyiasat, kenapa MIC tidak berani melaporkan skandal tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) yang baru dibentuk bagi menyegerakan siasatan terhadap penyalahgunaan kuasa tersebut? Adakah MIC ingin melindungi beberapa pemimpin parti yang tertentu yang disyaki terlibat bersama.
Skandal ini bukanlah sekadar perbuatan hanya seseorang individu. Ia ada melibatkan beberapa kroni yang tertentu di dalam parti.
Sunday, January 4, 2009
Kenyataan Umno memakan diri sendiri
Kenyataan yang dibuat oleh ketua penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhamad Taib baru baru ini yang mengatakan bahawa perbezaan pendapat di antara parti-parti komponen Pakatan Rakyat akan menyebabkannya ia berpecah jelas telah memakan dirinya sendiri dan juga Umno.
Ini adalah kerana Muhammad sebenarnya tidak begitu faham dengan idea-idea politik yang berlandaskan demokrasi penuh baru-baru ini. Perbezaan pendapat di dalam Pakatan Rakyat menunjukkan kepada rakyat bahawa pakatan pembangkang tersebut benar-benar mengamalkan demokrasi di dalam erti kata sebenarnya kerana setiap parti komponen di dalam Pakatan Rakyat tidak mengira besar ataupun kecil adalah dibenarkan mengemukakan pendapat mereka secara umum untuk diperdebatkan agar suatu kefahaman dapat dicapai di kalangan mereka. Itulah yang dimaksudkan demokrasi yang sebenarnya. Di dalam Pakatan Rakyat, tidak ada mana-mana parti walaupun ianya besar yang dapat menguasai keseluruhan pakatan pembangkang tersebut dan tidak ada dominasi yang wujud di dalam pakatan tersebut.
Di dalam Barisan Nasional (BN) pula, amalan tersebut adalah sebaliknya. Umno selaku parti terbesar di dalam BN mendominasi keseluruhan BN di dalam keputusan, penetapan dasar dan arah tuju barisan tersebut dan tidak ada parti-parti komponen lain di dalam BN yang berhak menolak atau mendebatkan sesuatu polisi untuk disempurnakan sepenuhnya. Apa yang ditetapkan oleh Umno harus dituruti oleh setiap parti komponen tanpa berbanyak soal mengenai kebaikan atau keburukannya.
Selain daripada itu, kepimpinan di dalam BN juga beroperasi sama seperti suatu kongsi gelap dan kesemua perbincangan dan keputusan tidak kesemuanya didedahkan kepada tatapan umum atau sebagainya. Adakah itu demokrasi yang sebenarnya. Rakyat kita sehingga kini tidak akan mengetahui sebarang usul atau ketetapan yang diputuskan oleh kesemua parti-parti komponen BN kerana kesemua perjalanan mesyuarat umum dijalankan secara tertutup dan rahsia. Kita tidak alan mengetahui sekiranya kesemua parti-parti komponen BN benar-benar mencapai sesuatu keputusan secara konsensus seperti yang didakwa oleh Umno selama ini. Adakah benar-benar parti-parti komponen BN ini dilayan dengan samarata dan saksama.
Kita perlu ingat bahawa bekas presiden Gerakan Tun Dr Lim Keng Yaik pernah mengakui sendiri bahawa MCA, MIC, Gerakan, PPP dan sebagainya perlu menjadi seperti pengemis apabila mereka ingin membentangkan sesuatu cadangan kepada Umno untuk diterimanya.
Kita yakin bahawa rakyat dan pengundi telah memahami di manakah kebenaran dan pembohongan sebenarnya berlaku di dalam arena politik Malaysia sekarang. BN tidak akan bertahan lama kerana Umno itu sendiri penuh dengan perbalahan di antara puak di dalamnya dan tambah pula dengan gejala politik wang dan pengundi hantu dalamannya yang cukup serius.
Masalah dalaman Umno itu tidak akan berakhir dan selagi ianya berterusan, maka BN tidak akan dapat menunjukkan kerelevannya kepada umum di masa yang akan datang.

Saturday, January 3, 2009
BN kata tiada masalah !
Baru-baru ini kita telah mendapati bahawa timbalan menteri kewangan Datuk Kong Cho Ha sebagai memberitahu sidang parlimen bahawa krisis kewangan global yang sedang melanda masyarakat dunia hanya memberikan kesan yang paling minima kepada Malaysia dan kita tidak seharusnya bimbang dengan keadaan tersebut.
Oleh kerana itu, kerajaan BN langsung tidak mengambil langkah-langkah yang wajar untuk menangani masalah tersebut daripada menular di negara kita ini. Setahu kita, 2000 orang telah kehilangan kerja di Pulau Pinang, tambah pula dengan 1500 lagi di Sarawak. Keadaan yang sama juga dapat dirasai di Shah Alam, Pelabuhan Klang dan Senai dan begitu juga dengan jiran kita Singapura.
Jadi, kata BN tiada masalah, teruslah bergembira!

Subscribe to:
Posts (Atom)