Sama ada Umno kini sedang menjalani proses peralihan kuasa atau sebaliknya, ianya akan tetap sama seperti yang sedia ada.
Walaupun para pemimpin yang lama telah pergi dan pemimpin yang baru mula mengambil-alih, namun segala dasar-dasar yang diamalkan oleh parti tersebut tetap sama seperti dahulu kala. Ia mash mengutamakan satu kaum, masih mengutamakan ketuanan, masih mengutamakan ekuiti tetap, masih mengutamakan fahaman yang berlandaskan keganasan, dasar-dasar yang melanggari hak dan batas kemanusiaan dan sebagainya.
Jadi, yang sebenarnya berlaku pada minggu ini hanyalah bertukar topeng baru tetapi tangan, kaki dan badan tetap sama.
Gejala politik wang yang berleluasa di dalam Umno sekarang tidak akan pulih dan akan tetap berterusan sehingga ke akhir hayat parti tersebut, kerana para pemimpin parti tersebut sememangnya telah berbudaya sedemikian. Begitu juga dengan adegan-adegannya yang bersifat perkauman, ganas, mengancam, radikal, ketuanan dan banyak lagi aspek-aspek hitam yang mereka amalkan.
Itulah Umno dan hakikatnya mereka masih menafikan diri mereka yang sebenarnya.
1 comment:
Saya sangat bersetuju dengan anda. Rasuah dan politik wang masih berlaku berleluasa. Kalau mereka masih tidak berubah, negara kita tidak akan menjadi negara maju pada tahun 2020. Sesiapa sahaja yang menjadi pemimpin negara kita tidak akan mengubah kenyataan ini.
Post a Comment