Laporan daripada akhbar NST baru-baru ini telah menyatakan bahawa naib presiden Umno yang baru dan menteri pelajaran Datuk Hishammuddin Hussein telah mencadangkan agar guru-guru sekolah dibenarkan untuk berkecimpungan secara aktif di dalam bidang politik. Ini adalah kerana sumbangan mereka adalah perlu bagi memastikan pembangunan berterusan.
Bagi kami, cadangan yang dikemukakan oleh Hishammuddin itu adalah tidak waras dan ianya akan hanya memberikan manfaat kepada dirinya sendiri. Ini adalah kerana kebanyakan guru-guru sekolah kebangsaan adalah juga ahli Umno.
Dan sekiranya cadangan beliau itu telah diterima pakai oleh kerajaan pusat dan guru-guru sekolah dibenarkan aktif di dalam politik, ianya seperti menyeru para pelajar dan anak-anak kita agar terus meninggalkan pelajaran dan alam persekolahan mereka.
Sekiranya guru-guru sekolah aktif di dalam politik, ke manakah arah pendidikan dan persekolahan para pelajar dan anak-anak kita? Adakah guru-guru yang aktif di dalam politik ini dapat memberikan perhatian penuh kepada keperluan dan kebajikan para pelajar dan anak-anak kita sewaktu berada di sekolah? Adakah guru-guru yang aktif di dalam politik ini akan dapat memberikan perkhidmatan mereka yang berkesan serta berkualiti kepada sektor pendidikan dan pembangunan para pelajar dan anak-anak kita semua?
Jawapan yang jelas adalah guru-guru yang aktif di dalam politik tidak akan mempunyai sebarang masa yang mencukupi untuk menumpukan perhatian mereka kepada pendidikan para pelajar dan anak-anak kita di sekolah. Guru-guru yang aktif berpolitik ini akan hanya sibuk mengejar kedudukan dan pangkat di dalam parti mereka dan kerja-kerja mereka sebagai pendidik akan diabaikan dengan sepenuhnya.
Akibat daripada pengabaian oleh guru-guru berpolitik ini terhadap para pelajar mereka di sekolah, ibubapa pula akan senantiasa bimbang dengan kedudukan dan kemajuan anak-anak mereka, lantas menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat tuisyen bagi memastikan tahap kemajuan mereka tidak menurun, kerana mereka kurang yakin dengan kemampuan guru-guru sekolah.
Adakah ini yang Hishammuddin inginkan selama ini, menolak tanggungjawab pendidikan tersebut kepada para ibubapa semata-mata untuk kemajuan dan kepentingan politik dirinya sendiri. Ini seolah-olahnya mempergunakan para pelajar dan anak-anak kita agar guru-guru yang aktif berpolitik ini akan mendapat gaji tanpa memberikan khidmat mereka dengan berkesan dan sepenuhnya kepada bidang pendidikan.
Perbuatan mencadang langkah-langkah tersebut adalah hanya kepentingan politik Umno semata-mata dan memudaratkan para pelajar dan anak-anak kita. Cadangan yang dibuat oleh Hishammuddin itu juga adalah sangat keji, kejam dan jijik sekali.
Monday, March 30, 2009
Thursday, March 26, 2009
Sama ada peralihan kuasa atau tidak, ianya tetap sama
Sama ada Umno kini sedang menjalani proses peralihan kuasa atau sebaliknya, ianya akan tetap sama seperti yang sedia ada.
Walaupun para pemimpin yang lama telah pergi dan pemimpin yang baru mula mengambil-alih, namun segala dasar-dasar yang diamalkan oleh parti tersebut tetap sama seperti dahulu kala. Ia mash mengutamakan satu kaum, masih mengutamakan ketuanan, masih mengutamakan ekuiti tetap, masih mengutamakan fahaman yang berlandaskan keganasan, dasar-dasar yang melanggari hak dan batas kemanusiaan dan sebagainya.
Jadi, yang sebenarnya berlaku pada minggu ini hanyalah bertukar topeng baru tetapi tangan, kaki dan badan tetap sama.
Gejala politik wang yang berleluasa di dalam Umno sekarang tidak akan pulih dan akan tetap berterusan sehingga ke akhir hayat parti tersebut, kerana para pemimpin parti tersebut sememangnya telah berbudaya sedemikian. Begitu juga dengan adegan-adegannya yang bersifat perkauman, ganas, mengancam, radikal, ketuanan dan banyak lagi aspek-aspek hitam yang mereka amalkan.
Itulah Umno dan hakikatnya mereka masih menafikan diri mereka yang sebenarnya.

Wednesday, March 25, 2009
NUJ Utusan mohon permit berpiket di sidang Umno
Malaysiakini melaporkan bahawa, polis sedang memproses permit piket yang dimohon Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Utusan Melayu (M) Bhd untuk berbuat demikian di perhimpunan parti itu, Sabtu ini.
Permohonan permit piket ini akan sekali lagi menguji sikap polis sama ada mereka pro-Umno atau sebaliknya di dalam isu-isu yang berkaitan rapat dengan Umno. Sekiranya polis tidak bersikap berkecuali dan enggan meluluskan permohonan permit piket oleh NUJ, maka akan jelaslah polis sememangnya menjadi alat politik Umno.
Kita tengok apakah tindakan polis selepas ini.

Tuesday, March 24, 2009
Wartawan Utusan siap teruskan piket
Menurut laporan Malaysiakini, Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Utusan Melayu Bhd meneruskan hasratnya untuk berpiket di persidangan agung Umno selepas gagal dalam rundingan dengan majikan.
Bagi kami tindakan NUJ Utusan itu adalah amat bijak dan kena pada masa. Tunjuk kepada para pemimpin Umno ini akibat daripada dasar ketuanan mereka yang sungguh ekstrim. Mereka ini menganggap semua orang yang bekerja di bawahnya adalah hamba-hamba belaka kerana mereka telah mencapai ketuanan yang maksimum.
Tamatkan hubungan ketuanan dan kehambaan ini dengan segera.

Keadaan dalam Umno sendiri amat sakit : Perwakilan Umno temui ROS, minta tunda perhimpunan
Laporan terbaru Malaysiakini menyebut sekumpulan perwakilan Umno akan menemui Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) esok untuk memohon supaya perhimpunan agung Umno ditunda sehingga selesai siasatan berhubung rasuah politik berkaitan dengan pemilihan parti.
Ini adalah kerana puluhan perwakilan yang dijangka hadir pada perhimpunan tersebut telah didapati muflis atau bankrap dan tidak layak memegang sebarang jawatan di dalam parti termasuk menjadi perwakilan.
Nampaknya masih terdapat pelbagai tipu muslihat, helah dan pembohongan yang masih berleluasa di dalam parti tersebut.
Keadaan Umno yang sakit kini sedang semakin parah. Mungkin parti yang paling sakit di benua Asia ini.

Majlis Peguam patut disanjung di atas perjuangan mereka untuk rakyat dan keadilan
Kami ingin mengucapkan tahniah kepada Majlis Peguam Malaysia kerana perjuangan mereka yang tidak henti-henti di dalam mempertahankan kedaulatan perlembagaan persekutuan, keadilan, kebebasan dan kesaksamaan untuk rakyat kita.
Kami juga ingin memberikan peringatan kepada Majlis Peguam agar meneruskan perjuangan dan matlamat mereka untuk negara kita dan jangan sekali-kali tunduk kepada beberapa orang pemimpin Umno yang sering menyalahgunakan jentera pentadbiran kerajaan demi kepentingan politik mereka sendiri.
Kita sedar bahawa Umno sedang mengancam Majlis Peguam dengan mengatakan bahawa mereka ini menghina agama dan kedaulatan Raja-raja. Semua ini adalah dusta, penipuan dan pembohongan belaka. Apa yang dilakukan oleh Majlis Peguam selama ini adalah demi kepentingan rakyat dan seluruh masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan kedudukan.
Apa yang dilakukan oleh para pemimpin Umno adalah untuk mempertahan kepentingan peribadi politik, kekuasaan, kekebalan dan kekayaan mereka semata-mata dan langsung tidak mempertahankan kepentingan masyarakat Melayu dan Raja-raja seperti yang didakwa mereka. Umno hanya berselindung di sebalik dan mempergunakan masyarakat Melayu dan Raja-raja mereka untuk meluaskan kepentingan peribadi politik, kekuasaan, kekebalan dan kekayaan mereka sendiri dan itu adalah hakikatnya.
Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama terus mengecam segala ketuanan, keganasan, kekejaman dan kezaliman yang ditonjolkan oleh Umno terhadap rakyat kita yang kian menderita setiap hari.
Penderitaan rakyat negara kita haruslah dihentikan dengan seberapa segera yang boleh.

Wednesday, March 18, 2009
Mohd Ali Rustam hilang kelayakan bertanding dalam pemilihan Umno
Calon timbalan presiden Umno Datuk Mohd Ali Rustam telah hilang kelayakan untuk bertanding merebut jawatan dalam parti tersebut pada penghujung bulan Mac ini kerana beliau telah didapati terlibat secara aktif dalam kegiatan politik wang oleh jawatankuasa disiplin parti.
Sebenarnya perkataan “politik wang” itu tidak pernah wujud. Ianya direka cipta oleh segelintir pemimpin Umno bertujuan untuk mengelirukan rakyat mengenai perbezaan perkataan tersebut. Gelaran sebenarnya bagi perbuatan tersebut adalah Rasuah dan tidak ada perkataan lain lagi. Gelaran “politik wang” yang direka itu adalah hanya untuk memberikan gambaran kepada rakyat bahawa “politik wang” itu bukanlah Rasuah dan kedua-dua perkataan dan perbuatan itu adalah berbeza.
Oleh kerana Ali Rustam telah didapati bersalah kerana kegiatan merasuah para perwakilan untuk mengundinya di dalam pemilihan parti yang akan datang, beliau hilang kelayakan bertanding untuk jawatan timbalan presiden parti.
Yang menghairankan adalah kenapa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum mengambil tindakan terhadap Ali Rustam yang terlibat dalam rasuah? Adakah SPRM takut kerana beliau adalah seorang ketua menteri di sebuah kerajaan negeri? Adakah SPRM dihalang daripada mengambil tindakan atas arahan presiden dan timbalan presiden Umno? Ataupun SPRM akan hanya memberikan alasan bahawa tidak ada laporan rasmi dibuat terhadap kegiatan rasuah Ali Rustam?
Umno telah menghukum beberapa orang pemimpinnya kerana mengamalkan rasuah tetapi enggan menyerahkan kes-kes tersebut kepada SPRM untuk diadili, walaupun telah terdapat saksi-saksi yang tampil ke hadapan untuk berbuat demikian. Dan SPRM pula tidak ingin campurtangan di dalam kes-kes tersebut mungkin kerana mereka merasakan bahawa “politik wang” di dalam Umno itu tidak sesalah perbuatan Rasuah.
Mungkinkah itu tanggapan SPRM, oleh kerana Umno adalah parti yang menerajui kerajaan pusat.

Sunday, March 15, 2009
Semua orang berhak ke atas khidmat guaman
Semua orang tidak kira sama ada beliau orang awam ataupun kakitangan kerajaan berhak untuk mendapatkan khidmat guaman pilihan mereka sendiri.
Nampaknya hasrat kerajaan pemberontak Umno negeri Perak untuk menghalang Speaker Dewan Undangan Negeri V.Sivakumar daripada mendapatkan khidmat guamannya sendiri tidak kesampaian apabila Mahkamah Rayuan telah mengetepikan penghakiman yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Ipoh yang menghalang beliau daripada mendapatkan khidmat guaman peribadi atas alasan beliau sebagai Speaker DUN adalah juga bertaraf seorang pejawat awam.
Apakah semua penjawat awam tidak mempunyai hak untuk mendapatkan khidmat guaman peribadi bagi menguruskan kes-kes ataupun hal-hal berkaitan dengan undang-undang bagi pihak mereka? Adakah peguam negara ataupun penasihat undang-undang negeri akan mewakili semua penjawat awam di dalam soal atau kes perundangan yang mereka ini hadapi?
Dan sekiranya ini benar-benar berlaku maka peguam negara ataupun penasihat undang-undang negeri akan dikehendaki menjalankan tugas mereka 24 jam tanpa henti.
Seorang tukang sapu yang bekerja untuk majlis perbandaran adalah penjawat awam, seorang pemandu kereta rasmi perdana menteri adalah penjawat awam, seorang guru sekolah adalah penjawat awam, seorang pegawai kastam adalah penjawat awam, seorang kerani yang bekerja di jabatan kewangan adalah penjawat awam dan sebagainya, adakah mereka ini perlu diwakili oleh peguam negara ataupun penasihat undang-undang negeri sekiranya mereka mempunyai sebarang kes ataupun usul yang melibatkan undang-undang di mahkamah?
Para penjawat awam adalah juga manusia dan sebagai manusia kita ada hak asasi kemanusiaan kita . Dan hak asasi kemanusiaan serta hak kita untuk mendapatkan khidmat guaman adalah juga termaktub di dalam perlembagaan persekutuan.
Ini bermakna Umno telah menghina perlembagaan persekutuan kerana cuba menghalang seseorang daripada mendapatkan khidmat guamannya sendiri dan tindakan ini juga jelas telah menlanggari hak asasi kemanusiaan seseorang.

6 penulis blog dihadap ke mahkamah
Seramai 6 orang penulis blog dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan “menghina” Sultan Perak berikutan rampasan kuasa Umno yang mengulingkan kerajaan negeri yang sah pada awal bulan Februari yang lalu.
6 orang penulis blog yang didakwa di mahkamah sebenarnya telah meluahkan perasaan mereka dan kebenaran di sebalik rampasan kuasa yang didalangi oleh Umno. Mereka sebenarnya tidak melanggar sebarang undang-undang tetapi hanya ingin menegakkan keadilan dan kebenaran.
Oleh kerana azam penulis-penulis blog tersebut amat kuat dan bertekad untuk meneruskan perjuangan mereka, Umno mulai takut kerana sekiranya ia berterusan kedudukan mereka akan tergugat dan mereka akan kehilangan kuasa. Umno takut akan kejahatan mereka akan diketahui umum.
Jadi, mereka mengarahkan polis supaya menahan dan mendakwa para penulis blog tersebut bagi menakut-nakutkan mereka dan lain-lain penulis blog agar mereka tidak berani lagi mendedahkan kebenaran dan menegakkan keadilan.
Kita percaya bahawa para penulis blog yang lain tidak akan patah semangat dan akan terus berjuang demi menegakkan keadilan. Kita menyokong 6 penulis blog tersebut dan menggesa agar mereka terus mempertahan hak mereka dengan sewajarnya.
Dan kini kita mengulangi seruan kita, mansuhkan kerajaan pemberontak Umno negeri dan bubarkan dewan undangan negeri bagi membolehkan pilihanraya negeri diadakan semula.

SIAP tiada kuasa langsung
Rang undang-undang penubuhan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa (SIAP) yang dibentang di dalam parlimen baru-baru ini jelas memperlihatkan isi kandungan dan bakal peranannya yang amat terhad sekali.
Ini adalah kerana SIAP tidak mempunyai bidang kuasa yang penuh serta mencukupi bagi memastikan ketelusan dan keadilannya di dalam menjalankan pelbagai tugasannya, seperti menyiasat, mendakwa, memberikan penetapan dan perlaksanaan.
Mengikut rang undang-undang tersebut segala urusan dan perlaksanaan SIAP masih tertakluk kepada arahan dan keputusan peguam negara yang berada di bawah arahan perdana menteri, sama ada sesuatu kes, pengaduan ataupun penyiasatan perlu dimulakan, diteruskan atau sebaliknya.
Ini bermakna SIAP bukannya sebuah badan yang bebas sepenuhnya. Ianya akan dibentuk sama seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang masih di bawah pengawasan jabatan perdana menteri.
Selain daripada itu, adalah amat mustahil dan tidak masuk akal bagi membukti yang SIAP dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan sempurna kerana peranan yang bakal mereka mainkan akan meliputi lebih 21 buah agensi penguatkuasa yang mengandungi pelbagai undang-undang, prosedur dan peraturan yang akan bercanggah dengan tugas dan tanggungjawab SIAP itu sendiri.
Oleh itu, SIAP tidak akan dapat berfungsi dengan berkesan memandangkan keperluannya untuk meliputi puluhan agensi penguatkuasa yang mempunyai pelbagai undang-undang, prosedur dan peraturan yang berlainan bentuk dan sekiranya SIAP ingin bertindak terhadap sesuatu agensi ianya tidak akan dapat berbuat demikian secara berkesan dengan penggunaan prosedur perintahnya kerana ia mungkin bercanggah atau tidak dapat diguna pakai melalui agensi-agensi penguatkuasa yang berkenaan.
Jadi, penubuhan Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) seperti yang diperkenankan oleh Suruhanjaya DiRaja mengenai Pasukan Polis pada tahun 2006 yang lalu adalah jalan penyelesaian yang sepatutnya dilaksanakan dengan segera.
Tetapi kerajaan BN-Umno masih enggan menerima hakikat, sebaliknya terus berdolak-dalik dan memutarbelitkan usaha-usaha tersebut dengan memberikan pelbagai alasan yang tidak dapat diterima oleh rakyat jelata.

Tunku Aziz seru pengharaman nama Allah dikaji semula
Naib Pengerusi Kebangsaan DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim baru-baru ini telah menggesa kerajaan pusat yang diterajui oleh Umno agar mengkaji semula tindakan untuk mengharamkan penggunaan nama Allah di dalam penerbitan bukan Islam sebelum mahkamah mengeluarkan penghakimannya.
Menteri di jabatan perdana menteri Datuk Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini dilaporkan kini sedang mengusahakan satu undang-undang yang bakal mewajibkan negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja seperti Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak agar mengikut jejak langkah kerajaan pusat di dalam menguatkuasakan larangan pengunaan nama Allah di dalam sebarang penerbitan bulan Islam.
Perbuatan Zahid tersebut jelas tidak adil sama sekali kerana beliau tidak mahu menunggu keputusan penghakiman mahkamah yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi. Selain itu, tindakan Zahid tersebut juga tidak menghormati sistem perundangan di negara kita ini.
Perbuatan Zahid yang tergesa-gesa itu jelas memperlihatkan tindakan beliau dan para pemimpin Umno lain cuba mempergunakan isu sensitif ini bagi memancing sokongan dan undi untuk pemilihan majlis tertinggi Umno yang akan diadakan pada penghujung bulan Mac ini.
Sebelum ini, menteri dalam negeri Datuk Syed Hamid Albar telah menandatangani arahan membenarkan pengunaan nama Allah di dalam penerbitan bukan Islam tetapi kemudian menarik balik arahan tersebut dengan alasan kementeriannya telah melakukan suatu kesilapan.
Tunku Aziz juga berkata adalah menjadi suatu hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang dikongsi hidup oleh semua kaum dan masyarakat berbilang agama di mana sesuatu pihak tidak berhak untuk mengakui ketuanannya ke atas kaum dan agama yang lain.

Thursday, March 12, 2009
Kebanyakan NGO di Perak mahukan pembubaran dewan undangan negeri dan pilihanraya semula
Kebanyakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berpusat di negeri Perak telah sebulat suara menyeru agar baginda Sultan Perak segera membubarkan dewan undangan negeri Perak bagi member laluan kepada pilihanraya negeri yang baru.
Ini adalah kerana sejak rampasan kuasa yang didalangi Umno pada awal bulan Februari yang lalu keadaan politik di negeri tersebut telah menjadi semakin runcing dan nampaknya tidak ada sebarang jalan penyelesaian yang kukuh terhadap krisis tersebut diakibatkan oleh kegiatan-kegiatan Umno yang tidak demokratik serta melanggar perlembagaan.
Rakyat di negeri tersebut telah melihat kerajaan pemberontak yang diterajui oleh Umno sebagai tidak sah kerana ianya diperolehi melalui amalan yang tidak beretika di mana elemen rasuah dan salahguna kuasa dilaporkan berlaku di pihak Umno.
Di antara NGO yang mengemukakan usul mereka kepada baginda sultan adalah dua puluh tiga pertubuhan dan dewan masyarakat Cina, Rangkaian Penulis-penulis Blog Negeri Perak, empat pertubuhan Islam iaitu Jamaiy Negeri Perak, Kumpulan Prihatin Pertubuhan Islam bukan kerajaan Negeri Perak, Yayasan Amal Negeri Perak dan Biro Kebajikan Pusat Khidmat Sosial Islam Negeri Perak.
Selain daripada itu, para NGO tersebut juga telah menjalankan kempen mereka di seluruh negeri bagi mengumpul tandatangan daripada rakyat di dalam usaha mendapatkan sokongan untuk merayu baginda sultan agar segera membubarkan dewan undangan negeri bagi member laluan kepada pilihanraya semula di negeri tersebut.
Nampaknya, kebanyakan rakyat negeri Perak telah bosan dengan segala pembohongan, pemalsuan dan karenah yang ditonjolkan oleh Umno selama ini.
Tidak ada jalan lain lagi, pilihanraya negeri harus diadakan semula demi kepentingan rakyat pada keseluruhannya. Kita harus menghalang Umno daripada terus menghuru-harakan rakyat dan keadaan di negeri tersebut. Perbuatan Umno tersebut adalah derhaka sebenarnya.

Sunday, March 8, 2009
SU politik menteri Umno ditahan SPRM
Setiausaha politik seorang menteri Umno telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rabu lalu, kerana disyaki terbabit dalam rasuah melibatkan RM70,000.
Adalah difahamkan bahawa menteri Umno tersebut adalah merupakan seorang calon yang akan bertanding untuk kerusi majlis tertinggi parti di dalam pemilihan Umno yang bakal diadakan pada penghujung bulan ini.
Bolehkah Datuk Azalina Othman ataupun mana-mana pemimpin Umno menjelaskan mengenai penahanan setiausaha politik menteri tersebut.

Umno sama seperti Hezbollah
Menurut kenyataan yang dilaporkan di dalam akhbar New Straits Times Press pada 7hb Mac lalu, setiausaha Umno Pulau Pinang dan ahli dewan undangan negeri kawasan Penaga Azhar Ibrahim telah menyamakan DAP dengan pertubuhan haram Al-Arqam di dalam program pembasmian kemiskinan anjuran DAP melalui penjualan akhbar parti Roket kepada orang ramai.
Selain daripada itu, Azhar juga menyebut, program anjuran DAP tersebut telah memperhambakan orang ramai untuk menjual akhbar Roket bagi pihaknya dan hanya untuk kepentingan parti tersebut serta tidak ikhlas di dalam mengusahakan kegiatan pembasmian kemiskinan yang sebenarnya.
Kita semua tahu apakah niat sebenarnya Azhar dan Umno di dalam memberikan kenyataan yang sedemikian. Mereka ingin mengelirukan rakyat dan membangkitkan kemarahan masyarakat dengan sewenang-wenangnya yang boleh mengakibatkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Kita tengok apa yang dapat kita samakan dengan Umno. Jelas dapat kita lihat Umno pada hari ini jelas menyamai Hezbollah dari Lebanon. Hezbollah adalah sebuah pertubuhan yang mengutamakan kegiatan ketuanan, keganasan, peperangan, perkauman serta pengeboman terhadap orang-orang yang tidak berdosa. Umno mempunyai daya dan keadaan yang hamper menyerupai Hezbollah.
Di dalam adegan-adegan politik tanahair kita sering melihat Umno memperkasakan dasar-dasar perkauman mereka, dasar-dasar anti perpaduan mereka, menyokong keganasan, ketuanan dan suka menghuru-harakan rakyat dan keadaan. Itu adalah hakikatnya.
Di dalam perhimpunan agung parti mereka yang lalu, mereka mahukan pertumpahan darah dan peristiwa 13 Mei berulang demi mempertahankan kedudukan parti tersebut daripada ditolak rakyat di dalam pilihanraya umum. Mereka menggesa agar keris mereka dicelup dengan darah daging kita sebagai peringatan agar kita tidak mempersoalkan hak asasi dan keadilan umum di negara kita.
Umno melalui sayap pemudanya juga pernah mengancam untuk membakar Dewan Perhimpunan Cina Selangor oleh kerana isu-isu pendidikan yang dipertikaikan kedudukannya, menyerbu masuk ke dalam forum pendamaian dan hak asasi kemanusian dan mengancam keselamatan para peserta, menyerbu dan menyerang para perserta forum perlembagaan dan sebagainya.
Umno inilah yang bakal memusnahkan negara kita di masa yang terdekat. Dan sekiranya kita tidak menghalang Umno yang menyerupai Hezbollah ini daripada terus memerintah, negara kita mungkin akan menuju kehancuran tidak lama lagi.

Thursday, March 5, 2009
Dah rampas kuasa, kini rampas bangunan dewan undangan negeri
Setelah Umno Perak merampas kuasa dengan menggulingkan kerajaan negeri Perak yang dipilih oleh rakyat, kini mereka merampas bangunan dewan undangan negeri pula bagi menghalang persidangan dewan diadakan mengikut lunas demokrasi yang sedia ada dengan bantuan pasukan keselamatan persekutuan.
Nampaknya demokrasi di negara ini sedang menuju ke arah kehancuran dan sekiranya Umno dibenarkan untuk terus mentadbir kerajaan pusat, perlembagaan persekutuan mungkin akan dilupuskan dengan begitu sahaja di suatu hari nanti.
Negeri Perak telah menjadi satu contoh yang dapat dilihat oleh masyarakat bukan sahaja di negara kita, malah negara-negara lain juga sedang memerhati segala tindak tanduk yang dilakukan oleh Umno selama ini.
Adakah itu bermakna, sewaktu rampasan kuasa di Perak, Umno mengadakan persidangan dewan undangan negerinya di ibupejabat Umno Perak tanpa kehadiran speaker dan sekaligus mengeluarkan undi tidak percaya mereka kepada kerajaan negeri pada masa itu. Adakah itu persidangan yang sah? Kenapa Sultan Perak menerima pakai persidangan dewan tersebut yang diadakan di ibupejabat Umno Perak tanpa kehadiran wajib speaker yang sepatutnya mempengerusikan persidangan tersebut tetapi dipengerusikan oleh timbalan presden Umno pula?
Kenapa segala kesalahan yang dilakukan oleh Umno selama ini adalah dianggap sah dan betul malah apa yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat demi masyarakat adalah salah dan derhaka?
Ini adalah kerana Umno mempunyai ketuanannya yang menjamin kekebalan kuasaya dan boleh bertindak di luar batas undang-undang dan perlembagaan. Itu lah hakikatnya.

Monday, March 2, 2009
Mat rempit, kumpulan binatang peliharaan pemuda dan putera Umno
Kejadian mat rempit menyerang, mencedera, membunuh dan lain-lain lagi jenayah terhadap orang awam kini kian menjadi ganas dan tidak berperikemanusiaan.
Namun, sehingga kini pihak polis masih gagal menangani masalah tersebut yang semakin berleluasa sehingga mengakibatkan beberapa siri kematian terhadap sesetengah mangsa yang tidak berdosa ini. Malah adalah sesetengah anggota polis dilaporkan takut dengan kumpulan bermotosikal samseng ini oleh kerana mereka ini turut memiliki senjata api dan lain-lain alat-alat yang berbahaya yang boleh menyebabkan maut.
Kenapa kegiatan kumpulan mat rempit ini menjadi semakin meluas? Jawapan yang paling tepat adalah kerana mereka ini dinaungi oleh pergerakan pemuda Umno Malaysia melalui sayap remajanya yang bergelar putera Umno. Dan itu adalah hakikatnya.
Pemuda Umno dan sayap puteranya sebelum ini pernah beberapa kali telah menganjurkan beberapa siri dan program yang kononnya didakwa akan dapat membawa kumpulan-kumpulan mat rempit kembali ke pangkuan masyarakat.
Namun, di sebaliknya kumpulan-kumpulan mat rempit ini telah diberikan latihan khusus di dalam pelbagai kegiatan politik untuk kegunaan mereka, seperti sabotaj politik, pencetus pergaduhan di dalam perarakan, membangkitkan kemarahan, melakukan keganasan politik dan sebagainya.
Malah, kumpulan-kumpulan mat rempit ini juga telah diberikan peruntukan kewangan yang besar bagi menjalankan pelbagai kegiatan mereka untuk Umno dan pada masa yang sama memperkukuhkan kumpulan mereka dengan pelbagai peralatan perlindungan sewaktu melakukan jenayah ataupun lain-lain kegiatan yang tidak bermoral serta negatif.
Oleh kerana kumpulan-kumpulan mat rempit ini terus dibiayai oleh pemuda Umno dengan sepenuhnya, pihak polis tidak dapat melakukan apa-apa bagi membendung kegiatan mereka dengan berkesan dan malah, jika sekiranya ada di antara mereka ini ditahan polis, mereka akan segera dijamin keluar oleh agen-agen yang mempunyai kait rapat dengan pemuda Umno.
Mungkinkah kumpulan-kumpulan mat rempit ini akan dinaik taraf oleh Umno di suatu hari nanti untuk dijadikan pasukan militia parti tersebut. Dan sekiranya ia benar-benar menjadi kenyataan, negara kita mungkin akan musnah di tangan Umno pada suatu hari nanti.
Jadi, kita tidak boleh membenarkan Umno terus memerintah negara ini lagi. Kita perlu sama-sama berganding bahu di dalam menghalang usaha-usaha keganasan mereka daripada menghampiri masyarakat kita.

Kebaikan ketuanan Umno terhadap para pemimpin and ahli-ahlinya
Sejak dari dahulu lagi Umno asyik melaung-laungkan ketuanannya demi membuktikan kepada umum bahawa mereka amat berkuasa dari pelbagai aspek. Menurut Umno, ketuanan tersebut telah memberikan kepuasan maksima terhadap apa yang diperlakukan mereka adalah demi "bangsa” mereka.
Sebenarnya itu adalah tidak benar sama sekali seperti apa yang didakwa mereka. Para pemimpin and ahli-ahli Umno sebenarnya telah mempergunakan konsep ketuanan tersebut untuk melanjutkan usia kepentingan politik mereka. Buktinya adalah sehingga sekarang peratusan paras kemiskinan “bangsa” yang Umno mendakwa memperjuangkan untuknya masih tinggi dan tidak mencapai sebarang kemajuan yang boleh dibanggakan.
Di samping itu, konsep ketuanan yang diperjuangkan oleh Umno ini juga telah memberikan suatu kekebalan kepada semua pemimpin dan ahli-ahlinya agar segala tindakan yang diambil oleh mereka tidak akan ditafsirkan sebagai melanggari sesuatu undang-undang.
Ini bermakna, ketuanan yang dipelopori oleh Umno ini memberikan jaminan bahawa para pemimpin dan ahli-ahlinya adalah kebal dari segi undang-undang. Ketuanan Umno ini juga telah meletakkan para pemimpin dan ahli-ahlinya berada di atas undang-undang, berada di atas Raja-raja, berada di atas perlembagaan dan akhirnya berada di atas Allah s.w.t.
Oleh itu, kerana kekebalan yang dimiliki oleh para pemimpin dan ahli-ahli Umno ini, mereka mendakwa bahawa mereka amat berkuasa dari segi undang-undang dan politik dan berhak melakukan apa sahaja bagi mempertahankan hak dan kekebalan mereka. Sesiapa yang mengkritik dan mendedahkan kesalahan ataupun kelemahan mereka adalah dianggap mengkhianati negara, mengkhianati Raja-raja dan mengkhianati perlembagaan.
Ketuanan yang dinikmati penuh oleh para pemimpin dan ahli-ahli Umno ini juga membolehkan mereka melakukan apa-jua ancaman, gertakan, keganasan ataupun kekejaman demi memastikan agar rakyat dan masyarakat umum mematuhi segala dasar mereka tanpa mempersoalkan apa-apa darinya.
Malah para pemimpin dan ahli-ahli Umno ini juga ditakuti pihak berkuasa seperti polis dan tentera oleh kerana kuasa, pengaruh, darjat dan kekebalan mereka yang dianggap sangat tinggi. Para pemimpin dan ahli-ahli Umno ini juga sering menganggap diri mereka sebagai golongan bangsawan yang tidak boleh dipersoal hak mereka dengan sewenang-wenangnya.
Jadi, dengan ketuanan Umno inilah yang bakal memusnahkan negara kita di suatu hari nanti, sekiranya kita sebagai rakyat Malaysia tidak menjalankan kewajiban kita dengan bersungguh-sungguh. Kita mesti ingat bahawa adalah tugas dan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia di dalam memastikan keamanan dan perpaduan di negara kita ini terjamin demi keluarga kita, anak-anak kita, sahabat-handai kita dan seterusnya generasi kita yang akan datang.

Subscribe to:
Posts (Atom)