Friday, June 5, 2009

Perbalahan puak dalam Umno runtuhkan stadium di Terengganu

Oleh kerana puak-puak di dalam Umno Terengganu saling bertelagah di antara satu sama lain, kerajaan Umno negeri Terengganu telah mengabaikan pembangunan dan kebajikan di negeri tersebut kerana mereka asyik berpolitik, sehingga mengakibatkan runtuhnya Stadium Sultan Mizan di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Runtuhan tersebut berlaku akibat daripada struktur bangunan yang tidak kukuh dan jelas terdapat elemen-elemen rasuah di dalam pemberian kontrak pembinaan tersebut sampailah ke peringkat kelulusan dan persijilan.

Sekiranya kerajaan Umno negeri Terengganu itu benar-benar mengutamakan pembangunan dan keperluan rakyat, runtuhan stadium yang sedemikian yang sungguh memalukan tidak akan berlaku. Kejadian tersebut telah benar-benar memalukan seluruh negara di mata dunia.

Tahukah apa yang akan berlaku jika sekiranya terdapat acara sukan dan keramaian yang sedang berlangsung di dalam stadium tersebut pada hari kejadian? Sudah pasti beratus-ratus orang akan mati ditimbus runtuhan tersebut. Malah besar kemungkinan juga ada orang kenamaan ataupun dari kalangan keluarga di raja akan turut menjadi mangsa akibat daripada kejadian tersebut.

Adakah kerajaan negeri ingin menunggu sehingga ada orang meninggal dunia barulah tindakan susulan diambil?

Difahamkan bahawa pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) tidak mengeluarkan Sijil Penyempurnaan Kerja terhadap stadium tersebut kerana mereka telah mengetahui struktur bangunan stadium tersebut tidak kukuh dan merbahayakan.

Tetapi kenapa pula pihak JKR tidak menghalang stadium tersebut daripada dibuka kepada orang ramai atau digunapakai walaupun mereka mengetahui stadium tersebut tidak selamat untuk digunakan?

Adakah mereka ini cuba merahsiakan sesuatu ataupun telah dirasuah oleh pihak-pihak tertentu agar perkara ini tidak dihebohkan kepada umum?

Ini jelas menunjukkan bahawa elemen rasuah dan penyalahguna kuasa sememangnya sedang berlaku di dalam projek pembinaan stadium ini. Rasuah tetap rasuah !

2 comments:

Kelana said...

Lembab betul SPRM bertindak.
Knp ya SPRM ni lembab?? Kalau tak tau kerja SPRM boleh lah berhenti dan duduk kat rumah memasak ke..

saji said...

SPRM yang saya tahu, menyiasat dan mencegah rasuah berdasarkan pandangan mata dan hati atau logik akal iaitu mencari dan melihat bukti2 yang boleh dicari dan dilihat dengan mata dan akal sahaja. Sedangkan dia sendiri tahu bukti2 peneyelewengan amat sukar dicari dan dilihat bagi kes2 yang melibatkan UMNO/BN, khasnya.

Lagi pun, kalau dia jumpa bukti2 sedemikian ia boleh dicabar atau dihujah lanjut, bukan sahaja dikalangan peguam UMNO/BN, malah di kalangan hakim-hakimnya.

Kerana dalam Islam itulah kelemahan mengesan bukti2 masalah penyelewengan yang menggunakan pandangan mata dan akal.Selain ia hanya mampu menemukan kesan pada masalah iaitu mengapa bumbung Stadium Sultan Mizan runtuh, yang hakikatnya, tidak boleh diatasi atau kalau pun cuba diatasi ia akan berulang.

Apa yang dikehendaki oleh Islam ialah sisatan masalah mengapa bumbung stadium tersebut runtuh yang menggunakan pandangan mata hati, di mana dalam kes stadium tersebut, siasatan dan pencegahan berdasarkan pandangan mata hati membawa maksud berikut:

1. Kajian mendalam dari sudut kontrak pembinaan Islam dan Barat.

2. Kajian mendalam dari sudut sejarah seni bina moden mengenai reka bentuk stadium tersebut yang meliputi kajian mendalam reka bentuk seni bina dan struktur bumbungnya yang runtuh itu.

Kerana, dalam Islam, kajian menggunakan pandangan mata hati tersebut mampu menemui punca pada masalah yang menyebabkan bumbung stadium tersebut runtuh yang jika diatasi ia tidak akan berulang lagi.

Kedua2 kajian di atas telah saya lakukan yang hasilnya seperti di bawah:

a) Kajian 1:

Muamalat Islam mengkategorikan kontrak pembinaan stadium tersebut sebagai jual beli barangan yang dilakukan dalam keadaan tidak wujud ketika akad.

Di mana, mazhab Hanbali, Maliki dan mazhab kita Shafiee' hanya mengharuskan penggunaan kontrak pembinaan jenis al-Ijarah atau Melayunya upahan atau maksud Baratnya Cost Reimbursement contract.

Sebaliknya, kontrak pembinaan stadium tersebut menggunakan kontrak jenis price-in-advance atau maksud Islamnya kontrak pembinaan al-Istisnaa' atau Melayunya kontrak pembinaan tempahan yang diharamkan oleh tiga mazhab tersebut, atas alasan kontrak tempahan bukan kontrak tetapi tanggungjawab melakukan amanah.

Maknanya, penggunaan kontrak pembinaan yang tidak diharuskan oleh Islam berdasarkan pandangan tiga mazhab Islam tersebut merupakan punca yang menyebabkan bumbung stadium tersebut runtuh.

b) Kajian 2:

Dari sudut sejarah senibina moden tempatan, senibina bangunan stadium merupakan cubaan pertama arkitek tempatan membawa masuk bentuk seni bina generasi baru yang dinamakan teknorganik atau seni bina high tech dalam bentuk organik.

Ia, dikalangan arkitek dan pengkritik seni bina, merupakan seni bina yang sukar, dalam erti kata arkitek yang mahu mempraktikannya perlu mahir dalam ilmu kejuruteraan struktur atau tidak terlalu bergantung kepada jurutera strukturnya atau subkontraktor pakar yang tahapnya sama dengan arkitek Sentiago Calatrava, Kuisho Kurikawa dan Renzo Piano iaitu 3 arkitek yang terkenal dengan senibina teknorganik.