Monday, June 22, 2009

Bentuklah Gerakan baru, jika sayangkan parti

Naib presiden Gerakan yang telah digantung keahlian, Huan Cheng Guan semalam mengatakan bahawa beliau sayangkan partinya dan bagaikan parti tersebut sebagai isteri keduanya selama ini.

Jika beliau benar-benar ikhlas di dalam kesayangan beliau terhadap Gerakan selama ini, beliau mempunyai beberapa pilihan untuk berbuat demikian. Jangan keluar parti dan menyertai PKR ataupun mana parti komponen di dalam Pakatan Rakyat.

Oleh kerana Gerakan kini dikuasai oleh golongan konservatif seperti yang didakwanya dan tidak ada tempat lagi bagi mereka-mereka yang inginkan perubahan, bentuklah satu lagi Parti Gerakan (Baru) untuk meneruskan perjuangannya dan membuktikan kepada rakyat bahawa beliau benar-benar ikhlas di dalam memastikan perubahan politik dilaksanakan secara bersungguh-sungguh.

Dengan pembentukan Gerakan (Baru) dengan Huan sebagai pemimpin barunya dapat menunjukkan kepada umum bahawa beliau serius di dalam menggerakkan arus perubahan di dalam partinya dan keadaan politik semasa.

Selain daripada itu, Huan juga boleh membawa Gerakan (Baru) pimpinannya untuk menyertai gabungan Pakatan Rakyat bagi merealisasikan agenda perubahannya yang turut diperjuangkan oleh DAP, PKR dan PAS selama ini.

No comments: