Langkah speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk menggantung keanggotaan Ahli Parlimen Bukit Gantang yang baru Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin selama dua hari adalah suatu tindakan yang diktator dan tidak demokrasi.
Penggantungan terhadap Nizar dibuat oleh Pandikar dibuat atas alasan Nizar melaungkan slogan "bubarkan DUN" dan memakai sepanduk tersebut di dalam dewan. Apakah tindakan sedemikian merupakan suatu kesalahan? Apakah tindakan sedemikian merupakan suatu kekasaran seperti yang didakwa oleh Pandikar? Apakah tindakan ini adalah merupakan kesakitan mental seperti yang dikatakan oleh Datuk Nazri yang turut mengalami penyakit yang lebih teruk dari itu?
Kita kena lihat dari sudut peranan sebagai anggota parlimen, sewaktu mengangkat sumpah, Datuk Nizar telah bersumpah untuk mempertahankan keutuhan perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Jadi apa yang baik kini telah dipersalahi semata-mata untuk tujuan politik dan kuasa BN-Umno.
Jadi apa yang dilakukan oleh BN-Umno yang melancarkan rampasan kuasa di Perak pada Februari yang lalu adalah betul. Tindakan BN-Umno menggunakan kekerasan untuk mencederakan dan mengusir Speaker DUN Perak V.Sivakumar daripada kamar beliau itu adalah betul. Tindakan BN-Umno menyeludup masuk Datuk Ganesan untuk menggantikan Sivakumar itu adalah juga betul. Semua yang dilakukan oleh BN-Umno yang jelas melanggari undang-undang dan perlembagaan itu adalah betul, kerana ketuanan yang dipelopori oleh BN-Umno itu adalah benar-benar di atas segala-galanya.
Ketuanan BN-Umno telah mengatasi segala-galanya, ketuanan BN-Umno telah mengatasi Raja-raja Melayu dan perlembagaan persekutuan. Ketuanan BN-Umno telah menjadikan mereka maha berkuasa yang boleh melakukan apa sahaja demi mencapai tujuan politik mereka yang kejam dan keji itu. Ketuanan BN-Umno itu telah membolehkan mereka memerintah negara ini secara kuku besi mengikut sesuka hati mereka dan menjadikan rakyat jelata hamba abdi mereka.
Kini segala undang-undang dan perlembagaan akan lesap sama sekali dengan ketuanan BN-Umno terus mencapai tahap kekuasaan mutlak yang maksimum.
No comments:
Post a Comment